Bab 43

1 0 0
                                    

BETARA menjadi geram kembali setelah mendengar kata-kata Sang Ukong. Kera itu benar-benar keterlaluan bicara dan tingkah-lakunya.

"Kurang ajar kera celaka!" 

"Cis, manusia lemah.. Jangan kau berani menggertakku.. Aku adalah kera sakti dari kayangan!" Sang Ukong berubah riak wajahnya menjadi masam mencuka. Kera sakti itu kemudian perlahan-lahan menghalakan tongkat kayu di tangannya ke arah Betara.

"Memanjanglah tongkat sakti!" Tiba-tiba tongkat kayu di tangan Sang Ukong menjadi panjang dan dengan pantas mengenai perut Betara. Tongkat yang berubah menjadi panjang dengan sangat cepat itu langsung tidak diduga oleh Betara sehingga pemimpin Puak Saga itu tidak sempat mengelakkannya. Rasa senak yang amat menyakitkan di perutnya menyebabkan Betara terundur beberapa langkah ke belakang. Sejurus itu juga tongkat yang memanjang tadinya kini memendek kembali. 

"Tak guna.." sarut suara Betara yang keluar dari halkumnya.

"Hihihi.. lemah sekali.." Sang Ukong mentertawakan Betara sambil bertitar terlompat-lompat.

"Lemah..lemah..lemah.." 

"Arghhh!!!" Betara kembali mengamuk apabila disindir sebagai lemah oleh seekor kera. Api mula menyala kembali di mata Keris Taming Gemala Naga miliknya. Mata Betara sudah merah menyala seperti saga dan mula menyorot ganas. Barisan giginya yang terkancing rapat kini terlihat seperti ada taring yang tumbuh.

"Hihihi..si lemah ini sudah mengamuk.." Sindiran dari Sang Ukong masih tidak berhenti. Kera itu sengaja memancing kemarahan Betara.

"Baiklah, kalau kau dapat kalahkan aku, aku akan kembalikan perempuan itu.. setuju?" Kera sakti itu masih tersengih-sengih memberi tawaran kepada Betara. Betara yang terlihat seolah sudah hilang kewarasannya langsung tidak menunjukkan reaksi selain ingin menghabisi kera di hadapannya itu.

Betara mula berlari ke arah Sang Ukong sambil menggenggam kemas keris di tangannya. Sang Ukong pula begitu tenang sambil mencabut beberapa helai bulu di kepalanya. Bulu yang berada di tangannya itu kemudian ditiup lalu bulu-bulu itu bertukar menjadi beberapa ekor kera yang mirip sekali dengan Sang Ukong. Itu adalah kesaktian Sang Ukong yang dapat menjelmakan klon dirinya sendiri dari bulu miliknya. Kini di hadapan Betara, terdapat lima ekor Sang Ukong.

Kera sakti itu sungguh gemar bermain-main dan memperlecehkan lawannya. Kelima-lima ekor Sang Ukong itu terlompat-lompat disekeliling Betara yang ingin menyerangnya. Raja kera itu masih tidak melakukan sebarang serangan ke atas Betara melainkan cuma mengelak-elak serangan lawannya sambil ketawa terbahak-bahak.

Selepas beberapa kali serangan, akhirnya Betara yang sudah dirasuk amarah itu berjaya menikam salah seekor dari Sang Ukong. Klon Sang Ukong yang merupakan bayangan itu pun menghilang selepas diserang dan kini masih berbaki empat Sang Ukong yang mana tiga daripadanya adalah jelmaan bayangan dan cuma satu sahaja badan yang asli.  

Betara semakin mengamuk dan api dari serangannya semakin marak membakar semula sekitar kawasan tersebut. Tiba-tiba salah seekor dari Sang Ukong itu terjerit-jerit. Rupa-rupanya ekornya sudah terbakar setelah terkena api. Sang Ukong segera meniup-niup api yang menyala di hujung ekornya itu dengan bersemangat sekali. Itu adalah diri asli Sang Ukong.

Sifat nakal dan humor jelas terlihat pada kera sakti itu walaupun tingkah lakunya sangat menyakitkan hati. Bahkan semasa berdepan dengan Betara yang sedang mengamuk pun dia masih mampu untuk bermain-main sambil ketawa. Betara kemudiannya memekik dengan kuat dan api mula menyebar ke seluruh badannya. Kini seluruh badan Betara diselubungi oleh api yang marak. Api itu seolah-olah melindungi Betara dan akan membakar apa sahaja yang berada berdekatan dengannya. Mungkin itu adalah kesaktian dan kemampuan yang dimiliki oleh Betara sebagai keturunan dari naga. 

HATI HUTAN : CINTA SI PARI-PARIWhere stories live. Discover now