Bab 12

3 0 0
                                    

MASTIKA menundukkan pandangan wajahnya. Kenchana pula menyeka air mata yang sudah bergenang di kelopak matanya.

"Di sinilah tempat Betara mengamuk. Cuma batu ini sahaja yang tersisa." Mastika menepuk hamparan batu yang menjadi tempat dia dan Kenchana sedang duduk sekarang.

"Di sini?" Kenchana melihat ke sekeliling kawasan tersebut.

"Dulu batu ini adalah bongkahan batu yang besar dan tinggi. Banyak lagi batu sebegini di kawasan ini asalnya. Tapi semua dihancurkan oleh Betara. Hanya batu ini sahaja yang dihancurkan bahagian atasnya."

"Bagaimana dengan Kirana?"

"Selepas dua hari pengsan, baru Betara sedar. Setelah dia menceritakan apa yang berlaku, baru kami pergi mencari Kirana. Mayatnya dibawa kembali dan di makamkan di tanah perkuburan sebelah sana." Mastika menunjukkan jarinya ke arah tanah perkuburan yang tidak dapat dilihat dari tempat mereka berada sekarang.

"Sejak dari itu, Betara menjadi kurang berbicara. Dia lebih banyak menghabiskan masanya bersendirian." Mastika menyambung ceritanya.

"Dan.. bunga-bunga ini pula?" Kenchana bertanya lagi.

"Bunga-bunga itu semua ditanam oleh Betara. Selepas beberapa bulan kejadian tersebut, Betara yang keluar berburu mengutip pelbagai jenis pokok bunga yang dia temui dan dibawa balik untuk ditanam di sini. Dia ingin menjadikan impian Kirana dulu sebagai kenyataan. Sekarang, selepas lima tahun, kawasan ini menjadi cantik, penuh dengan bunga-bunga, sama seperti keinginan Kirana."

"Jadi.. Betara itu asalnya bukan seorang yang kurang bercakap?" 

"Ya.. Betara dulu asalnya seorang yang ceria, banyak bercakap dan nakal." Mastika tersenyum. Setelah diam seketika, Mastika melanjutkan kata-katanya.

"Ibu perasan, Betara sudah semakin kembali seperti dulu sedikit demi sedikit."

"Maksud ibu?" 

"Sejak Kenchana datang ke sini, Betara sudah sedikit sebanyak mula bercakap dan bergaul.. Bermain dengan anak-anak kecil.. Nakalnya juga sudah kembali..semakin menjadi-jadi.. Seperti dia gendong Kenchana semalam.." 

Kenchana yang terpempan lantas menundukkan wajahnya kerana merasa malu dengan kata-kata Mastika. Dia benar-benar tidak menyangka Betara akan bertindak sebegitu di hadapan orang tua dan orang ramai. Walaupun geram dengan tindakan Betara tersebut, namun Kenchana sendiri sebenarnya merasa senang dan bahagia diperlakukan begitu oleh Betara. Entah kenapa dirinya harus merasa bahagia, Kenchana sendiri pun tidak tahu alasannya.

"Tolong ibu.. Tolong kembalikan Betara yang dahulu.. Ibu percaya hanya Kenchana yang mampu kembalikan Betara." Mastika meletak tapak tangannya di pipi Kenchana dan mengelus lembut pipi gadis tersebut.

"Ke..kenapa Kenchana?" Kenchana kebingungan.

TIDAK jauh dari mereka, di hutan pinggiran Perkampungan Bunut Naga, Betara sedang menatap sebatang pokok di hadapannya. Terlihat dua kesan tetakan pada batang pokok tersebut.  Itu adalah bekas tetakan yang dibuat oleh Betara. Kesan tetakan itu sekarang hanya separas hidung Betara dan satu lagi hanya separas dada. Kelihatannya, Betara sudah tumbuh lebih tinggi sejak lima tahun lalu. Betara mengusap kesan bekas tetakan di batang pokok yang menandakan ketinggian Kirana dahulu. Tidak lama kemudian, dia mendongakkan kepalanya memandang ke atas. Pokok tersebut juga sudah semakin membesar dan tinggi. Daunnya juga terlihat lebih lebat berbanding dulu.

"Kirana.. sayangku kepadamu juga akan menjadi lebih tinggi seperti pokok ini.." Betara berbicara perlahan.

Tiba-tiba telinga Betara menangkap suatu bunyi pergerakan. Matanya segera dialihkan ke arah punca bunyi tersebut. Dia masih mencari-cari pendatang yang tak terlihat oleh matanya. Betara yakin seseorang sedang bersembunyi di sebalik pepohonan dan semak-samun disitu. Tangannya segera mencapai hulu parang dan menghunus parangnya sebagai tanda berjaga-jaga.

HATI HUTAN : CINTA SI PARI-PARIWhere stories live. Discover now