Bab 40

1 0 0
                                    

5 tahun kemudian...

CAHAYA matahari sudah mulai tersebar dipermukaan tanah, namun kehangatan tidak terasakan kerana dinginnya puncak pergunungan Chamah. Terlihat Ruwai Damar sedang bersendirian duduk bersila di gazebo yang terbuat dari buluh. Di salah satu sudut gazebo buluh tersebut, memang sudah menjadi tempat kegemaran Ruwai Damar bersendirian. Matanya terpejam rapat, menghayati tafakurnya. Dari bahagian memasak, Betara sedang berjalan keluar bersama Mastika yang membawa talam berisi buah-buahan. Setiap pagi, Mastika akan menghidangkan buah-buahan untuk ayahnya, Ruwai Damar. Orang tua itu cuma memakan buah sahaja sebagai sarapan paginya. Betara dan Mastika mendekati gazebo untuk membawa sarapan pagi itu kepada Ruwai Damar.

"Ayah.. makan dulu.." Mastika meletakkan talam berisi buah-buahan dihadapan Ruwai Damar. Mantan pemimpin itu membuka matanya perlahan-lahan. Setelah melihat Mastika, Ruwai Damar mengalihkan pula pandangannya kepada Betara yang berada dibelakang ibunya itu. Tangan Ruwai Damar perlahan-lahan bergerak dan mengambil salah satu buah yang terhidang di dalam talam kepadanya itu. Selepas terbatuk kecil beberapa kali, Ruwai Damar pun memanggil Betara untuk mendampinginya dan sejurus kemudian, dia menggigit buah yang sudah berada dipegangan tangannya.

"Aku punya firasat buruk Betara." Ruwai Damar bersuara perlahan sambil mengunyah.

"Kenapa datuk?"

"Aku tidak tahu.. Tapi aku dapat rasakan, sesuatu yang besar akan berlaku nanti kepada puak kita."

"Mungkin itu cuma perasaan ayah sahaja.." Mastika mecelah.

"Entahlah.. semoga saja itu semua permainan perasaanku semata.." Ruwai Damar kembali mengunyah sebelum dia melanjutkan pertanyaannya kepada Betara.

"Dimana Kenchana?"

"Selepas makan tadi, dia pergi bersama Suri dan Melur. Mungkin Suri ingin terus melatih Kenchana.." Betara memberikan jawapan.

"Pekan dan pasukan pemburu sudah berangkat?"

"Ya.. Baru sebentar tadi mereka berangkat."

Ruwai Damar meneruskan gigitan dan mengunyah buah didalam mulutnya. Matanya hanya memandang kearah hadapan, seolahnya dia sedang hanyut memikirkan sesuatu. Fikirannya sudah jauh melayang meninggalkan jasadnya yang sedang bersama Betara dan Mastika. Betara dan Mastika pula hanya memandang ke arah Ruwai Damar tanpa mengganggu orang tua itu sedang berfikir.

Pada waktu yang sama, dikawasan lapang berhampiran perkampungan Bunut Naga, Melur sedang memetik bunga-bunga yang sedang mekar di sekitar kawasan. Bunga yang dipetik itu sesekali diendus baunya oleh Melur untuk merasakan sensasi keharuman diindera penghiduannya. Keharuman bunga-bunga itu menjadi aroma terapi bagi minda dan memberi rasa kesegaran kepada Melur. Tidak jauh dari Melur yang sedang memetik bunga-bungaan itu, Kenchana pula sedang bersama Suri yang kini mengubah bentuk wujudnya sebagai manusia. Suri perlu kembali ke wujud aslinya memandangkan dia perlu mengajar Kenchana dalam menggunakan kesaktian yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Selama lima tahun ini, Suri tidak henti-henti mengajarkan Kenchana. Namun Kenchana yang tidak yakin akan kemampuannya sendiri itu begitu sukar untuk menguasai dan mengawal kuasa kesaktian miliknya. Tanpa merasa jemu, Suri terpaksa juga ajarkan Kenchana agar anak saudaranya itu tidak mensia-siakan kelebihan yang dimiliki.

"Kita rehatlah dulu.. Kenchana sudah penat." Kenchana memberi alasan untuk menghentikan sesi pembelajarannya bersama Suri.

"Baru saja latihan dimulai, kau sudah penat. Mentari pun belum naik tinggi lagi." Suri mengeluh.

"Tak usah terburu-buru.. panjang lagi masa yang kita ada." Kenchana tersengih kepada bapa saudaranya itu.

"Sudah lima tahun Kenchana.. kau masih belum mampu menukar dirimu atau membuka gerbang ke alam bunian lagi." Suri menepuk dahinya dan terus melabuhkan punggungnya ke tanah. Dia seakan kecewa dengan Kenchana yang bersikap acuh tak acuh untuk belajar mengawal kuasa saktinya. Dia tidaklah merasa marah kepada anak saudaranya itu tetapi sedikit rasa geli hati dengan sikap Kenchana yang masih keanak-anakkan. Walaupun sudah mempunyai dua orang anak yang berusia belasan tahun, namun perangai Kenchana persis sama sahaja dengan perangai anak-anaknya. Bahkan Pekan sekarang sudah pun menjadi salah seorang pemburu yang handal dari Perkampungan Bunut Naga, tetapi ibunya sebagai Punti Puak Saga pula masih suka bermain dan bersenang-lenang. Kebanyakan masa Kenchana cuma dihabiskan bersama Melur dan menemani anak perempuannya itu bermain. Kenchana sepertinya menjadi kawan kepada anak perempuannya dan mereka sering bersama untuk berkongsi cerita,bermain dan memasak.

HATI HUTAN : CINTA SI PARI-PARIWhere stories live. Discover now