Bab 38

1 0 0
                                    

Perkampungan Bunut Naga

SETELAH kisah lama tersingkap, semua yang berada di gazebo terdiam. Masing-masing terpempan mendengarkan kisah di antara mereka satu sama lain. Puak bunian langsung tidak menyangka Betara itu adalah anak kepada Ulong, Naga Purba Raya Dirgantara. Pengorbanan Mastika untuk menjadi korban persembahan bagi penduduk Puak Saga di sana mengejutkan mengejutkan lebih-lebih lagi buat Betara dan Kenchana. Para manusia dari Puak Saga di situ pula amat tersentuh dengan pengorbanan Mulya yang meruntun jiwa. Kisah kelahiran Kenchana dan ketaksuban neneknya terhadap kuasa kesaktian sehingga sanggup untuk membunuh cucunya sendiri dianggap satu kegilaan yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

"Sungguh tak kusangka.. Ratu Manikmaya sebenarnya nenek kepada Kenchana sendiri.." Ruwai Damar menghembuskan sebuah nafas kesal. Langsung mereka tidak menyangka, orang yang mereka lawan untuk melindungi Kenchana sepuluh tahun lalu adalah nenek Kenchana sendiri. Kerana rakus akan kekuasaan dan keabadian, seorang nenek rela untuk membunuh darah dagingnya sendiri.

"Aku sendiri kesal dengan apa yang telah berlaku.. Aku minta maaf kerana sudah menyusahkan kalian dan menyebabkan kematian yang banyak dari kalian disebabkan oleh Kenchana.." Penghulu Jalit menundukkan wajahnya.

"Tidak usah minta maaf.. Kami mempertahankan Kenchana kerana dia juga sudah menjadi sebahagian dari kami.. Bahkan kami patut berterima kasih kepadamu kerana Kenchana disini, dia sudah memberikan kami zuriat yang akan meneruskan kelangsungan puak kami.." Punta Damar bijak mengambil hati Penghulu Jalit. Mereka pada masa yang bersamaan terus memandang ke arah Pekan dan Melur yang sudah tertidur disudut gazebo. Anak-anak itu sepertinya tidak memahami dan tidak mempedulikan kisah asal-usul kedua ibu bapa mereka yang diceritakan kembali oleh datuk dan nenek mereka. Penceritaan dari Penghulu Jalit dan Mastika sejak dari tadi seakan membosankan bagi kembar tersebut.

"Tapi.. Kenapa dikatakan Kenchana mempunyai kesaktian?" Kenchana pula bertanyakan soalan kerana bingung dengan cerita yang disampaikan oleh mereka tadi. Kenchana langsung tidak tahu apa-apa hal yang sakti mengenai dirinya. Penghulu Jalit dan semua yang berada disitu turut terkejut dengan pertanyaan Kenchana itu dan mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada Kenchana kerana mereka sendiri tidak pernah menyaksikan apa-apa kesaktian dari diri wanita itu.

"Kamu itu benar-benar sakti Kenchana.. Kamu adalah Hati Hutan yang dikatakan dalam legenda.." Mastika tersenyum dan mengusap kepala Kenchana.

"Hati Hutan? Apa maksud ibu?" Kenchana bertambah hairan dengan gelaran yang diberikan oleh Ibu mertuanya itu.

"Apa kamu sudah menyaksikan kesaktian Kenchana?" Penghulu Jalit bersemangat bertanya kepada Mastika. Mastika terus tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Aku tidak tahu dengan pasti setakat mana kemampuan sakti Kenchana.. Tapi sepuluh tahun lalu, Aku yakin Kenchana sendiri tidak menyedari apa yang sudah dia lakukan.."

"Apa yang telah Kenchana lakukan Ibu?" Betara pula mencelah.

"Selepas pertempuran kalian di Ulu Sepat sepuluh tahun lalu, ramai dari kita yang tercedera.. Kami juga ke sana untuk membantu pencarian mereka yang cedera dan meninggal dunia ketika itu.. Tapi kerana tidak menemukan keberadaan Betara, Kenchana yang hilang kesedaran telah mengeluarkan kesaktian yang tidak pernah kami saksikan.. Hutan yang musnah setelah menjadi medan pertempuran kalian itu dihidupkan kembali oleh Kenchana. Pokok-pokok tumbuh dan membesar sekelip mata. Mereka yang cedera di situ juga tiba-tiba kembali sembuh serta merta.. Sungguh..itu adalah kesaktian yang besar sekali.." Mastika bercerita kembali apa yang telah berlaku dengan panjang lebar.

Kenchana yang mendengar kisah dari Mastika itu terpinga-pinga kerana langsung tidak tahu apa yang sudah dia lakukan. Benar dugaan Mastika, Kenchana pada waktu itu sudah hilang kesedarannya. Namun orang lain yang mendengar penjelasan Mastika itu semuanya terlopong dan merasa takjub dengan kesaktian Kenchana yang diceritakan. Cuma Ruwai Damar sahaja yang terlihat tenang, mungkin kerana dia sudah mengetahui awal kejadian tersebut yang diceritakan lebih awal oleh Mastika kepadanya. Sepuluh tahun lalu, beberapa orang yang pulang dari medan pertarungan juga terlihat sangat taksub menyembah Kenchana kerana dikatakan mempunyai daulat sebagai Punti Puak Saga.

HATI HUTAN : CINTA SI PARI-PARIWhere stories live. Discover now