Bab 5

45 12 4
                                    

Lima minit lima puluh saat masa yang diambil oleh Raid menyudahkan kerja-kerja menukar tayar keretaku. Sepanjang itu juga, mata tidak lepas dari melihat betapa tangkasnya dia melakukan kerja tanpa kekok. Terselit rasa kagum.

Polis kan? Sememangnya terlatih dalam apa jua keadaan. Bantuan dihulur tanpa mengira masa dan siapa. Semua golongan wajib dibantu.

"I'm done."

"Err..."

Gugup apabila tertangkap dek ralit merenung anak teruna orang. Demi menutup rasa malu, lekas-lekas aku masuk dalam kereta. Kurang dari seminit aku keluar berjumpa dengan Raid semula.

"Nah." Sekeping not lima puluh ringgit aku hulurkan pada dia. Namun huluran aku dipandang sepi. Tiada tanda-tanda pemberianku diterima.

"Ambillah...Baju tuan pun dah kotor gara-gara tolong saya. Belum kira tenaga tuan yang saya dah kerah. Tiada apa mampu saya balas melainkan dengan ringgit." Mata turun pada kesan hitam yang melekat pada dada Raid. Belum tengok lagi peluh Raid yang berjurai dekat dahi.

"Perkhidmatan saya percuma...Lebih-lebih lagi untuk kaum lemah. Percuma seumur hidup. Tiada bayaran dikenakan."

Oh, ya? Kenapa aku tak rasa terharu langsung? Kenapa mesti aku rasa terpukul dengan ayat dia berbaur sindiran itu. Rasa macam sedang ditampar berkali-kali.

Raid sedang mengemas semua peralatan dan disimpan dalam ruangan boot kereta. Sempat hujung jari dia menyeka dahi.

Melihat betapa penatnya Raid, aku ambil pendekatan menjatuhkan sauh. Berhenti berbalah. Anggap saja bukan rezeki dia hari ini.

"Pasal Sya..."

"Saya minta maaf...Tapi, demi Allah. Saya tak pernah hasut dia." Sungguh-sungguh aku katakan. Mohon Raid mengerti bahawa aku dalam keadaan tersepit.

Raid peluk tubuh memandang aku tanpa suara. Wajahnya juga serius tanpa senyuman.

"Tuan...Sa..."

"Lupakan...Tak ada apa yang nak dibahaskan lagi. Kes dah tutup. Dan dengan jayanya, saya gagal dalam tugas." Potong dia.

Jatuh sepasang bahuku. Semakin teruk aku diserang rasa serba salah. Nampak gayanya, sampai bila-bila pun Raid akan salah faham. Gara-gara salah faham itulah menyebabkan tidurku tidak lena. Makanku juga tidak berselera.

"Tuan!" Seruku bila Raid ingin beredar. Lama Raid menatap aku. Menanti aku mengarang ayat seterusnya.

"Terima kasih." Kesudahannya, hanya itu mampu aku katakan. Tiada lagi pembelaan dari pihakku. Tiada lagi ayat-ayat melibatkan kes tempoh hari. Cerita tamat.

"You are welcome."

Sepasang iris menghantar pemergian Raid sebelum susuk tubuh hilang dari pandangan. Meninggalkan aku sendirian memikirkan dari mana datangnya makhluk seumpama Raid. Manusia yang sulit diajak berbincang. Manusia yang pandai menamatkan segala perbualan jika dia tidak berminat sesuatu perkara diketengahkan. Handal sekali manusia bernama Raid.

Sedikit sebanyak, keegoan Raid melonjakkan secara perlahan-lahan rasa tercabarku. Hampir saja tembok kesabaran aku roboh. Lelaki seperti Raid perlu diberi sedikit pengajaran. Tak banyak mana pun. Memadai jika Raid pandai berbahasa dan tidak menuduh secara membuta-tuli. Dan paling penting, graf keegoan dia juga perlu berada pada paras lelaki normal.

Bibir tersungging senyuman penuh makna. Ada rencana yang sudah tersusun di dalam kepala. Dan perkara tersebut bakal disampaikan kepada rakan seperjuanganku. Dia pasti gembira mendengarnya nanti.

Sebelum memulakan pemanduan, sempat aku mendail nombor teledon Raisha. Rakan komplot jahat aku. Belum pun mula sesi perbentangan mengenai kejahatan bakal aku lakukan, suara esakkan Raisha terlebih dahulu memberi salam.

Hello Mr FreezeWhere stories live. Discover now