Bab 37

80 12 0
                                        

HAMPIR dua jam aku berada dalam bilik pengetua sekolah. Dua jam itu jawapan aku hanya iya atau tidak. Selebihnya aku banyak berdiam diri dan tersenyum. Segala pujuk rayu atau nasihat ditolak secara baik. Keputusan aku bulat. Tiada sebarang perubahan mahupun rombakkan. Titik.

Lega?

Tentunya aku merasa lega. Sedikit pun tidak rasa menyesal dengan keputusan yang aku buat secara drastik tanpa pengetahuan sesiapa. Semuanya atas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan.

Sepulangnya aku, ada bayang yang menunggu di depan pintu. Bayang itu nampak seperti menahan resah gelisah. Marah pun ya. Sepertinya sedia nak sembur aku dengan kata-kata kurang menyenangkan.

"Dari mana?"

"Sekolah." Jawab aku sepatah. Tanpa menghiraukannya, langkah diatur perlahan menuju ke bilik.

"Awal balik hari ni?"

"Ya." Jawapan paling pendek jadi pilihan utama saat ini. Tak ada hati nak sembang lebih panjang. Lebih tepat, nak tamatkan perbualan serta merta.

"Saya belum makan." kata dia.

Tangan aku kaku di tombol pintu. Hujung mata perasan bayang hitam itu sudah ada di sisi. Hanya berjarak berapa kaki saja.

"Saya kenyang." Bohongku. Selera aku mati sejak beberapa hari ini. Benda sedap pun jadi tak sedap.

Tanpa melihat dia, lekas aku masuk ke dalam bilik lalu dikunci dari dalam. Aku mahu sendirian tanpa gangguan. Mohon mengerti.

Dua minit bersandar pada pintu, aku menapak ke katil. Beg tangan dicampak, kaki menuju ke almari. Nak mandi dan tukar baju. Kemudiannya aku mahu tidur sepanjang hari. Itu merupakan terapi paling mujarab yang aku amalkan sejak akhir-akhir ini. Kesihatan emosi juga terjaga.

Elok saja pintu almari terbuka, mata aku meluas. Tiada sehelai pun baju. Kosong. Laci baju ditarik. Jawapannya masih sama, kosong. Kepala berpusing pada meja solek pula. Baru perasan, segala barang-barang skincare milik aku ghaib.

Bibir mengetap kuat. Ada yang masuk bilik tanpa kebenaran. Bahkan, ada yang sesuka hati pindahkan semua barang juga tanpa pengetahuan. Tahukah, ceroboh privasi seseorang tanpa kebenarang adalah satu kesalahan besar?

Aku putuskan untuk beri pengajaran buat si pelaku yang sewenangnya menceroboh sesuka hati. Belum sempat nak buka pintu bilik, ada tolakkan dari luar. Tak sempat mengelak, kepala sudah terima ciuman keras. Tanpa sedar bibir mengaduh perlahan. Tangan naik melekap dahi yang mula rasa berdenyut.

"Sorry, saya tak sengaja." pinta dia.

Pandangan aku berpinar sejenak. Tangan masih di kepala.

"Awak okey?" Ada tangan kasar memagut dagu. Memaksa aku angkat kepala.

"Ada luka. Tak dalam sangat. Mungkin dalam 1.5cm." Dia sibuk menilai kecederaanku. Kalah adjuster insurance

"Saya okey." Tubuh dia ditolak menjauh.

"Baju saya mana?" Aku terus bertanya. Tak peduli bila dia masih sibuk nak rawat dahi aku yang mula bengkak.

"Biar saya tuam dahi awak." Pinta dia.

"Tak perlu." Tegahku.

"Saya nak mandi." Harap dia pulangkan semua barang keperluan aku semula.

"Awak boleh halau saya bila saya dah jumpa rumah nanti. Bagi saya sikit masa." Tiada sesi marah atau maki hamun. Aku ambil pendekatan bercakap baik tanpa berbaik.

Mungkin dia terkejut besar. Selalunya aku bercakap hanya sepatah-sepatah. Hari ini buat kali pertama setelah sekian lamanya aku nak bercakap panjang lebar.

Hello Mr FreezeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang