SUBUH tadi, doa aku lebih panjang dari biasa. Bersungguh-sungguh aku berdoa. Dalam doa tersebut, aku mohon agar masa berlalu dengan cepat. Tak tahan rasa bila berada dekat dengan tunang sendiri. Terseksa jiwa dan raga.
Usai saja aku aminkan doa, ada yang menganggu. Ada yang sibuk menghantar pesanan whatsapp pagi-pagi buta. Siapa lagi kalau bukan Raid orangnya.
Belum pun sempat baca pesanan tersebut, nama dia naik sebagai pemanggil. Aku lepaskan keluhan berat. Nampak gaya doa aku tidak dimakbulkan. Gara-gara aku selitkan sedikit doa supaya Raid ditimpa kemalangan kecil dan ditukarkan dengan orang lain.
"Ya, Raid."
"Keluar jom, kita tengok matahari terbit."
Aku menimang-nimang saranan dia. Dalam waktu yang sama, perut mula berbunyi. Mana tidaknya, malam tadi aku tidur dengan perut kosong. Sibuk fikirkan perut semua pelajar sampai lupa perut sendiri. Bertambah pula kejadian habis madu, tunang dibuang. Maka, sepanjang malam aku puasa.
"Lepas tu, kita keluar. Ambil sarapan dekat bandar. Pihak katering tak sempat nak hantar ke sini. Boleh kita sarap sekali."
Oh. Aku tak dimaklumkan perkara tersebut. Mungkin pihak katering sudah maklum kepada pihak penganjur.
"Tak lama, Heera. Saya akan pastikan kita pulang awal." Raid beri jaminan.
Lama aku sepi. Setelah puas berfikir, aku beri kata putus.
"Janji?" Bukan apa, tak manis. Nanti ada suara sumbang yang berbunyi. Lagipun mereka semua pun tak tahu kami sudah pun bertunang.
"Janji."
Melebar senyumanku. Raid yang aku kenali sangat tepati janji orangnya.
"Cepat. Sementara semua tengah tidur lagi." Gesa Raid.
Lekas aku cabut telekung dan mula bersiap ala kadar. Mujur aktiviti pagi ini bermula lambat dari biasa. Itupun atas ihsan Raid gara-gara aktiviti night walk tamat lewat pagi.
Menyesal tak pakai baju sejuk. Tak sangka cuaca pagi sesejuk ini. Angin pula boleh tahan kencang. Lengan digosok berkali-kali bagi mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam.
"Pakai sweater saya."
Terbata langkahku. Kepala berpusing ke kanan. Huluran Raid dibiar tak bersambut.
"Saya okey." Aku paksa bibir senyum biarpun kebas.
Anak mata Raid bergerak-gerak sebelum dia ambil dua langkah. Tanpa pedulikan kataku, dia sendiri menyarungkan sweater ke tubuh.
"Dekat mata saya, awak tak okey. Pipi merah, mata merah. Hidung berair."
Tangan laju naik meraba hidung. Ya. Ada cecair hangat yang baru saja meleleh. Spontan hujung baju Raid aku capai mengesat hidung.
"Sorry." Pintaku. Baru sedar aku telah mengotorkan baju dia.
"Nanti saya basuh."
Respon dia, hanya senyum. Tak kisah kalau baju dia kotor sekalipun.
"Ambillah baju tu. Nanti kita dah kahwin, awak boleh pulangkan semula. Atau kita boleh share."
Lama aku pandang Raid sebelum akur. Cumanya bahagian kongsi itu akan aku bangkang setelah kami menikah. Lambat-lambat aku mengorak langkah menyaingi langkah dia.
"Macam mana kalau Serina tahu tentang kita?" Bohonglah aku tak merasa bimbang. Aku telah caras tunang orang demi kepentingan sendiri. Dapat aku bayangkan amukkan Serina jika tahu hubungan kami kelak.
"Saya buat keputusan tepat, Heera. Saya yang putuskan pertunangan kami."
"Awak yang minta putus?" Tak percaya Raid yang cinta Serina separuh mati boleh berbuat demikian.
![](https://img.wattpad.com/cover/371042494-288-k424149.jpg)
YOU ARE READING
Hello Mr Freeze
RomansaAntara kerja dan cinta, mana yang lebih penting? Cinta itu pelengkap kehidupan. Kerja pula demi nafkah untuk meneruskan sebuah kehidupan sementara. Runsing! "Kau dah janji, deposit pun kau dah ambil. Aku bayar. Bukan guna khidmat secara percuma Heer...