Bab 19

79 9 1
                                    

Aku menangis. Ya. Baru sebentar tadi aku tanpa sengaja menitiskan air mata gara-gara disakiti oleh Raid biarpun tidak sesakit mana. Sebagai balasan buat aku menangis, tangan secara refleks menumbuk dada Raid sehingga terlepas cengkaman lelaki itu.

"Heera, sorry...Saya tak sengaja." Raid mengejar langkah aku.

"Heera..."

Pedulikan rayuan Raid. Jika Raid tidak mahu buka mulut, biar aku sendiri turun padang siasat tentang Raisha. Aku boleh cari rakan sekutu yang lain.

"Look...Saya betul-betul tak sengaja." Raid berjaya menjadi tembok, menghalang aku pergi.

"Okey...Saya maafkan awak." Kata aku tanpa jiwa. Gara-gara rasa marah masih tersisa.

"Jadi, tolong ke tepi." Arahku. Mata tajam merenung dia.

Arahan aku gagal dipatuhi. Bukannya pergerakkan, tetapi keluhan berat Raid sampai ke pendengaran. Keluhan itu sedikit sebanyak sedang menjiruskan petrol ke hati aku yang sememangnya sedang marak. Belum ada tanda-tanda mahu terpadam.

"Okey, saya tahu awak kawan baik Rai."

Aku peluk tubuh. Kan bagus kalau awal-awal lagi Raid beri kerjasama. Tiadalah aksi tumbuk-menumbuk. Tiada juga kejadian merajuk. Malah, air mata mahal aku pun tidak akan gugur.

"Dan saya tahu rancangan awak dengan Raisha."

Sebelah kening aku naik tinggi. Banyak sebenarnya rancangan aku dengan adik tiri Raid. Mana mungkin Raid tahu semuanya. Lebih-lebih lagi rancangan adiknya mahu menjadikan aku sebagai kekasih gelap abangnya. Supaya rancang Raid dan Serina ke jinjang pelamin gagal.

"Kita kahwin Heera."

Aku tergelak dengar gurauan tak terjangka Raid. Sangat tiba-tiba saja dia mengajak aku kahwin. Tak sampai seminit kami bercerita hal Raisha, sekarang Raid bercerita pula hal kahwin.

"Saya syak awak mabuk Raid."

Dia pandang aku setengah percaya. Macam orang tertelan cicak mati pun ya.

"Tunggu sini. Saya belikan air untuk hilangkan mabuk awak." Aku berura-ura pergi. Nanti aku akan minta tolong sesiapa hantarkan air untuk Raid, asalkan aku dapat lepaskan diri. Lepas dari kegilaan Raid.

"Saya suka awak." Raid bersungguh-sungguh menghalang.

"Jangan jadi bodoh Raid. Setakat bekas merah tadi, awak buat keputusan nak kahwin dengan saya? Awak bukan bunuh saya pun. Cuma tak sengaja sakiti saya."

Mengecil sepasang mata Raid. Tak suka agaknya dengan gurauan kasar aku. Lebih tak suka bila aku mengungkit kejadian tadi.

"Anggap saja perbincangan kita selesai." Aku tak nampak kecerahan masa depan jika kami terus bekerjasama. Yang ada hanya kegelapan.

"Saya faham awak datang bulan. Cukup seminggu kita bincang semula. Saya yakin masa tu mood awak dah okey."

Kurang ajar ya insan bernama Raid. Berani-beraninya dia bercerita hal wanita dengan aku. Muka bersahaja dia buatkan aku rasa nak bagi sepuluh cop jari pada wajahnya.

"Antara kita dah tak ada urusan lagi..." Sebaliknya mulut aku bercakap dengan nada masih terkawal. Tiada carut-mencarut. Seolah-olah mengeyakan aku sedang bercuti dalam melaksanakan ibadah.

"Kalau macam tu, kita bincang. Sekarang... Sebab saya tak rasa kita akan berjumpa. Boleh jadi awak akan lari jauh dari saya."

MasyaAllah. Bijaknya Raid. Pandai dia meneka agenda aku selepas ini. Sekelip mata aku tertangkap. Sayangnya, mulut aku bagai digam. Tak ada hati nak berdebat lagi.

Hello Mr FreezeWhere stories live. Discover now