Bab 32

66 11 0
                                        

USAHA Raid supaya aku buka mulut menemui jalan buntu. Bermacam-macam cara dia lakukan, tetapi aku selesa tunduk menekur lantai. Sesekali jari naik menyeka hujung mata. Kemudiannya aku mengelamun sambil jari bermain sesama sendiri.

"Heera, pandang saya."

Arahan dia sejak lima belas minit tadi aku gagal patuhi. Sejak dari tadi juga sepatah ayat pun tak keluar dari mulut. Terkunci rapat.

Mata aku naik bila ada bayang duduk bertinggung di depan.

"Jangan diam macam ni. Cakap sesuatu."

Lima saat berlalu buatkan Raid mengeluh dan meraup wajah kasar. Sepuluh jari digenggam kuat sehingga timbul urat-urat hijau. Tanda-tanda kemarahan besar bakal meletus itu masih belum mampu buatkan aku bersuara.

"Awak buat saya hampir gila Heera!" Raid berdiri sambil bercekak pinggang. Muka dia merah padam. Dia buang pandangan sesaat sebelum kembali merenung aku.

Kemarahan Raid yang semakin meruncing buatkan aku tunduk semula. Mengusap telapak tangan tanpa henti. Kunci mulut rapat-rapat. Tenggelam dalam dunia sendiri tanpa Raid.

"Minum ni."

Sangka aku, Raid akan keluar. Biarkan aku di sini. Mana tahu rupanya dia muncul semula dengan segelas air masak lalu disuakan padaku.

Huluran Raid yang tak bersambut menjadi punca dia bertindak sedikit agresif. Bibir gelas dibawa rapat ke bibir aku lalu ditolak sedikit. Nak tak nak aku buka mulut. Biarkan air membasahi tekak. Cukup dua teguk, aku menolak tangan dia menjauh.

"Nak makan?" Tanya dia prihatin.

Aku geleng kepala.

"Makan sikit. Dari pagi awak tak makan." Raid masih berusaha memujuk.

Pujukan dia aku balas dengan baring, tarik selimut menutupi seluruh wajah. Sempat aku nampak muka Raid yang jelas-jelas kecewa.

Maaf, aku belum ada kekuatan nak berdepan dengan Raid. Yang ada hanya cuma rasa bersalah setinggi langit. Rasa tersebut melebihi segala-galanya sampai nak pandang muka dia pun tak mampu.

Terdengar Raid melepaskan keluhan. Terdengar juga bunyi kaca berdenting.

"Kalau awak lapar, makan. Ada apa boleh panggil saya. Saya ada dekat luar."

Aku genggam selimut kuat. Mata dipejam rapat-rapat. Dua saat kemudian terdengar daun pintu mengatup. Tika itu juga daripada setitik dua, pili air mata aku rosak. Mengalir tak berhenti. Seluruh tubuh bergegar teruk.

Bibir tak henti-henti berzikir meminta maaf pada Raid. Pada tunang dia yang telah aku langgar sehingga meragut nyawanya. Tak tahu berapa lama aku begitu. Tahu-tahu saja, aku sudah terlena dibuai mimpi. Mimpi yang sering menghantui aku saban hari.

SAYUP-sayup terdengar suara. Suara orang saling bertingkah. Intonasi suaranya juga tidak stabil. Ada kalanya perlahan. Ada kalanya mampu mengejutkan seisi alam. Itupun hanya beberapa kali. Tiada lagi suara lantang selepas ada suara perempuan menegur. Hanya terdengar suara orang merengus tidak puas hati.

"Keluar dulu. Nanti Rai cuba pujuk Heera."

Selepas lama mengamati, aku celik mata setelah yakin suara itu milik Rai. Perlahan-lahan selimut yang membalut seluruh tubuh ditarik. Tidak jauh dari sini aku menemukan Raid yang membelakangkan aku. Di depannya ada Raisya yang sibuk memujuk Raid yang nampak tidak tenang.

"Sabar. Bagi dia masa untuk tenang."

Raid ketawa sinis.

"Dia tak bercakap sepatah haram pun lepas kejadian tu. Macam mana abang boleh bersabar? Siapa yang buat dia jadi macam tu?" Keras suara Raid. Namun masih terkawal. Berkat teguran Raisya berkali-kali.

Hello Mr FreezeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang