Bab 15

59 8 3
                                    

Terima kasih di atas tawaran Raid. Terima kasih juga kerana dia menerima baik penolakkan aku atas dasar enggan menyusahkan mana-mana pihak dan juga tak mahu dia buang masa memikirkan masalah aku. Ada misi penting yang perlu dia selesaikan terlebih dahulu.

"Beritahu saya jika awak perlukan bantuan." Tawar Raid.

Ya. Semestinya dia akan aku cari.

"Kita nak ke mana?" Sejak dari tadi aku hanya memandu tanpa tahu ke mana arah tuju Raid. Kerlingan singgah pada dia.

"Saya nak ke pejabat."

Aku angguk kepala. Faham.

"Tunggu saya lima dalam belas minit...Kemudian kita akan bertolak ke sana."

Tak susah sebenarnya bekerjasama dengan Raid. Biarpun dia sering merombak sesuatu tentatif, dia akan pastikan rancangan seterusnya berjalan dengan lancar. Tidak menyusahkan mana-mana pihak.

"Apa kata mereka nanti kalau nampak kita bersama? Cikgu bercinta dengan murid? Payah saya nak jawab kalau cerita begitu tersebar." Aku luahkan kebimbangan.

"Apa kata mereka tak penting. Yang paling penting, awak dan saya tahu di mana batas kita."

Orang lain kalau dengar apa yang baru disebutkan Raid, reaksi mereka pasti biasa-biasa saja. Bagi aku, ayat Raid itu sangat luar biasa. Macam ada tembok besar yang Raid akan tambak dan robohkan sesuai dengan kehendak hati dia. Pantang aku akan rasa terbuai, cepat saja dia pacak benteng. Demi menjaga mata dan hatinya yang sangat suci murni itu.

"Berhenti sini."

Arahan dia, aku patuhi. Kereta berhenti sejauh seratus meter dari IPD. Ingatkan, aku saja takut dengan gosip. Dia pun lebih kurang sama. Penakut dengan cerita melibatkan perempuan.

"Tunggu saya." Pesan dia. Tangan sibuk melepaskan tali pinggang keledar.

"Ada apa, drive saja masuk balai. Awak akan selamat."

Salah tanggapan Raid. Tiada siapa berani buat kerja jahat dekat kawasan balai. Jika terjadi, maka menempah mautlah jawabnya.

"Ada apa, call saya."

Maaf. Aku belum ada hati nak bagi nombor baru pada dia. Lebih baik kami berhubung secara langsung ketika sesi persekolahan. Supaya kesucian dia tidak tercemar.

Selesai sesi penyampaian amanah, barulah Raid menapak keluar. Dan amanat terakhr menyusul sebelum pintu mengatup rapat. Amanat yang sedikit sebanyak mengugat iman.

"Kunci semua pintu."

Pesanan Raid itu terdengar seperti aku anak kecil. Yang tak tahu protol bila bersendirian di dalam kereta. Yang memerlukan peringatan berkali-kali.

Bila kelibat Raid menghilang dari pandangan, barulah aku mampu tarik nafas lega. Telefon dikeluarkan dari beg silang. Mula belek telefon sementara menunggu kemunculan dia semula.

Ketenangan aku sempat bertahan selama beberapa minit sebelum ada suara-suara asing yang mengganggu. Belum pun sempat menoleh, kedengaran cermin belakang dipecahkan dengan sesuatu. Bunyi kaca berderai, spontan aku tunduk. Tanpa sedar telefon terlepas dan jatuh ke lantai kereta. Kedengaran lock pintu sebelah aku dibuka dari dalam.

"Keluar!" Tubuhku ditarik secara paksa. Kaki tersadung, nyaris-nyaris aku tersungkur ketika melangkah keluar.

Aku beranikan diri angkat muka. Ada tiga orang lelaki bertopeng, menutup hampir keseluruhan wajahnya. Satu daripada mereka memegang kejap lengan aku yang berlapik dengan baju. Mata mencerun pada pinggang mereka yang tersisip pistol. Percubaan aku merentap, gagal. Malah tangan dikilas ke belakang sehingga aku mendesis perlahan. Menahan rasa sakit yang menjalar.

Hello Mr FreezeWhere stories live. Discover now