Bab 21

52 11 5
                                    

Bahang teruk muka aku ketika ini. Belum ada tanda-tanda surut bila seluruh warga tertumpu padaku. Menanti jawapan soalan cepu emas. Soalan yang payah untuk aku berikan jawapan.

"Belum ada lagi?" Bukan main tinggi lagi kening dia terjongket.

"Kalau belum, ramai yang nak isi borang jadi bakal suami. Orang lawa ni ramai peminat"

Semakin galak Raid berkata-kata selaku pengacara program. Lupa banyak mata yang memandang.

"Okey, kita tuntut jawapan tu nanti. Berbalik pada program hari ni."

Darah yang hampir mengering, lancar kembali. Mula memenuhi segenap tubuh. Aku berdehem perlahan. Cuba berlagak biasa. Buat seperti tiada kejadian disoal siasat tentang status pertunangan.

"Kenalkan...Saya Raid Zubari. Boleh panggil saya Sir Raid."

Bukan main riuh semua bila Raid perkenalkan diri.

"Saya akan ketuai semua sepanjang program berlangsung. Harap semua pelajar dapat beri kerjasama dengan baik."

Dari belakang, bukan aku tak nampak mata Raid terarah ke mana. Beberapa kali juga kami pandangan bertemu. Beberapa kali itu juga aku larikan pandangan demi mengelak kejadian menyumpah seranah tunang sendiri.

"Yang belakang tu, jangan nak mengelamun ingatkan tunang."

Suara Raid lagi. Masih berkisar tentang tunang. Masih cemerlang menjemput kemarahanku yang sedang surut.

"Saya nak semua berpecah satu kumpulan lima orang dalam kiraan sepuluh."

Belum sampai kiraan lima, mereka semua berjaya membentuk kumpulan hasil daripada larian mengalahkan kambing dipaksa pulang ke kandang. Bertempiaran semuanya.

"Pastikan satu kumpulan seimbang. Ada lelaki dan perempuan. Bukan kumpulan songsang."

Latihan larian terjadi buat kali kedua. Lebih cergas. Lebih bertenaga demi menyempurnakan ahli jemaah kumpulan seperti diarah.

"Cepat, sebelum saya suruh terjun laut sebab gagal bentuk kumpulan."

Semakin pantas mereka berlari. Tepat kiraan sepuluh semua diam tidak berkutik. Mata Raid sibuk memerhati setiap ahli kumpulan sebelum berhenti padaku.

"Awak? Mana kumpulan?"

Tercengang aku dengar soalan dia. Tak tahu pula guru pengiring perlu turut serta. Ingatkan aku sekadar menjadi pemerhati bagi memastikan keselamatan dan keperluan semua pelajar mencukupi.

"Partner dengan saya."

Riuh suara semua pelajar bersorak. Ada yang mengusik. Walhal aku sedang dibuli.

"Pastikan tunang atau teman lelaki cikgu tahu kita berpasangan sebagai kumpulan sepanjang berada di sini. Takut terjadi tragedi berdarah nanti." Bergema lagi suara Raid melalui pembesar suara.

Raid bersuara sambil mendekat. Baguslah dia ke sini. Biar dia nampak muka aku merah padam. Biar dia tahu, aku sedia bertukar buaya betina yang mahu baham dia hidup-hidup.

Lima saat beradu mata, Raid tebar pandangan ke sekeliling. Sempat aku nampak bibir dia bergerak-gerak. Jari telunjuk turun naik mengira.

"Ada lapan kumpulan, termasuk saya sembilan."

Tak pernah tahu Raid ada keupayaan mengetuai sesuatu program. Ini pertama kali aku nampak sisi seorang ketua dalam diri dia. Selalunya aku nampak sisi seorang pelajar paling bermasalah dalam dirinya.

"Dalam masa setengah jam saya nak semua cipta bendera melambangkan kumpulan masing-masing. Ikut kreativiti. Cari apa saja bahan di sekitar sebagai hiasaan."

Hello Mr FreezeWhere stories live. Discover now