Bab 23

84 11 4
                                        

JENUH aku cari alasan paling munasabah untuk mengelak hal pertunangan kami diketahui. Namun itu semua mustahil bila rakan sekerja ada kepakaran dalam bidang penyiasatan. Sepuluh minit juga disoal siasat hingga aku putuskan untuk jujur saja.

Hasil kejujuran tersebut, teruk juga aku kena usik. Semua sibuk bertanya bila majlis bakal berlangsung. Jawapan paling selamat, tunggu saja kad undangan. Tersenyum-senyum mereka semua. Senyum yang beri maksud cerita aku akan tersebar meluas di sekolah. Kalah gosip artis tempatan.

Sepanjang perjalanan pulang, mulalah aku mengadu pada Raid kejadian aku disoal siasat mengalahkan penjenayah. Lima lawan satu. Adil tak? Tak sempat nak jawab, soalan lain pula menyusul. Siap pakej bukti dan saksi yang kami berjalan di tepi pantai berdua. Mujur bukan waktu malam.

"Baguslah dia orang dah tahu. Tak timbul fitnah."

Jawapan Raid buatkan aku diam sepanjang menemani dia memandu. Geram bila tak ada unsur-unsur nak back up tunang sendiri.

Rusuhan aku tak kekal lama kalau lawannya anggota polis. Dengan sedikit nasihat yang berjaya menjentik kesedaran, silent treatment aku lancarkan kecundang dengan jayanya. Elok aku berbual dengan dia. Supaya mata dia cergas dan pemanduan juga lancar.

"Terima kasih hantar saya." Titip aku berdiri di luar pintu kereta. Dia mengerdip mata sekali bersama senyuman.

Selepas ini, aku akan syorkan pada Raid supaya amalkan konsep komunikasi. Aksi-aksi isyarat secara fizikal tidak dibenarkan. Kelip mata pun tak boleh. Supaya iman terjaga. Apalagi iman aku selalu sangat goyah kalau berdepan dengan dia.

"Baik-baik drive." Aku angkat tangan kanan, lambai dekat dia. Bibir auto senyum manis.

"Lain?"

Soalan dia buat aku binggung sejenak.

"Dah sampai, maklum saya."

Jawapan aku buat Raid garit kening perlahan. Barangkali jawapan aku tidak memuaskan.

"Jangan rindu saya." Mungkin ini yang Raid nak dengar.

"Almost there..." Kata dia.

Berkerut teruk dahi licin aku.

"Raid, awak bawa saya pusing-pusing sampai sesat...Tolong bawa saya ke jalan yang betul. Biar saya faham apa kemahuan awak."

Nampak kening Raid terjongket.

"Tak faham?" Soalku bila nampak dia macam kurang faham dengan bahasa kias.

"Lepas ni, tolong straight to the point. Baru saya faham dan tahu apa awak nak."

Turun naik kepala Raid. Baru faham agaknya.

"Lupakan."

"Lah?" Aku pula yang blur.

"Saya balik dulu." Titip dia bersama senyuman terpaksa.

Sesaat kemudian kereta dia memecut pergi. Tinggal aku yang binggung sendiri. Terkejut dengan perubahan monsun emosi dia.

"Dia merajuk ke?" Gumamku perlahan. Masih merenung jalan dengan pandangan kosong biarpun kereta Raid sudah lama menghilang.

"Ingat handsome ke lelaki merajuk?" Mulut masih tak berhenti mengomel sambil tarik bagasi masuk ke dalam rumah.

Kalau merajuk sekalipun, tak kuasa aku nak pujuk. Diri sendiri pun terkadang tak terpujuk, apa lagi orang lain.

Tapi itulah, aura Raid itu jahat sebenarnya. Baru lima langkah, aku menoleh lagi. Tenung lagi jalan raya yang kosong.

"Ish! Takkanlah?"

Kali ini aku benar-benar melangkah masuk tanpa menoleh lagi. Jejak saja kaki dalam bilik, aku capai telefon pintar. Kosong. Tiada pesanan daripada Raid. Boleh jadi lelaki itu masih memandu.

Hello Mr FreezeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang