Bab 8

62 11 0
                                        

Sebentar tadi aku menerima mesej secara bertulis supaya menghantar laporan melalui pesanan whatsapp. Laporan tentang keadaan aku selepas kejadian. Laporan tersebut perlu dihantar sesegera yang mungkin.

'Syukur tuan, saya masih hidup!' – Aku

Tiga emoji tepuk tangan aku hantar pada dia.

'Dapat saya jumpa tuan lagi." – Aku

Mesej kedua menyusul selang sesaat.

'Tuan patut berbangga dengan saya.' – Aku

Ayat ketiga berbaur riak, aku titipkan.

'Saya cekal orangnya...tapi itulah, disebalik kecekalan saya. Ada yang terluka.' – Aku

Dalam mendabik dada, ada cerita-cerita sedih yang perlu disampaikan. Wajib!

'Ni...' – Aku

Gambar kain baju kurung moden koyak-rabak aku hantar pada dia. Punyalah kalut keluar dari perut kereta, tak perasan kain tersangkut. Tarik punya tarik. Prak!

Hilang senyuman aku bila pesanan sepi. Tiada balasan dari pihak Raid. Tadi dia beria-ia minta pihak medik supaya aku suruh hantar laporan diri kepadanya. Sekarang, senyap dipihak dia pula.

'Tuan! Jangan bagi saya dua garis biru. Saya elergik, tuan!' – Aku

Selang dua saat. Raid menghantar emoji senyuman sinis. Bibir aku mencebik. Raid terlalu jual mahal. Raid tidak tahu, lakonan aku telah dinaik tarafnya gara-gara komen Raisha tempoh hari. Kata Raisha, misi aku belum ada tanda-tanda positif. Masih di garisan permulaan. Belum tiba di pertengahan.

Telefon di simpan dalam beg. Cerita Raid pun ikut tersimpan sekali. Perjalanan masih jauh. Ada banyak cara lagi. Akan aku titipkan doa juga supaya jodoh Raid dan Serina tidak ke jinjang pelamin. Demi kerjaya Raid selaku barisan hadapan negara.

Sekarang aku dibenarkan pulang. Tiada sebarang kecederaan serius. Hanya mengalami sedikit luka-luka kecil dan trauma tahap satu. 

"Kawan cik dah sampai?" Muncul jururawat bersama senyuman manis.

"Kalau belum, cik boleh duduk sini sampai kawan cik sampai." Katanya lagi.

"Tak perlu. Kawan saya dah sampai." Bohongku. Kaki mula jejak lantai, tak sabar nak keluar dari sini secepat yang mungkin.

"Terima kasih." Ucapku sebelum mengatur langkah ke pintu.

Aku buat pilihan yang tepat dengan menggunakan khidmat grab car. Kereta pula pihak forensik telah bawa ke IPD sebagai bahan bukti untuk periksaan lebih lanjut. Mungkin kereta aku bakal ditahan selama beberapa hari. Itulah berita buruk yang pihak JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) sampaikan padaku.

Perkara paling penting, keluargaku tidak boleh tahu menahu perihal kejadian pagi tadi. Bimbang mereka risau dan mula melancarkan segala cara demi keselamatanku terjamin.

Tidak jauh dari pintu masuk, aku menemukan sebuah kereta perodua Bezza berwarna biru. Sebaik saja tiba, cepat aku meloloskan diri ke dalam perut kereta. Tanpa sedikit pun memandang pemandu kereta tersebut.

Sejurus kereta Bezza meninggalkan perkarangan hospital, aku buang pandangan ke luar tingkap. Mula mengarang ayat-ayat bagi mengelak disoal siasat oleh orang tuaku dan Abang Mus.

"Tuan Azman dan Mus dah tahu."

Tersentak dengar suara dari depan. Elok mata aku bersabung dengan mata Raid melalui cermin pandang belakang. Cukup tiga saat, tumpuan Raid beralih ke jalan raya.

"Apa tuan buat dalam kereta ni?" Tak berkelip aku pandang dia. Mengharapkan penjelasan dengan kadar paling pantas.

"Saya? Saya sedang memandu."

Hello Mr FreezeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang