MENGHADAP lautan manusia itu jauh lebih baik. Seharian pun tak mengapa asalkan dapat kembalikan semua ketenangan aku yang sudah menghilang. Namun hampa, ketenangan tidak juga kunjung tiba. Fikiran semakin jauh melayang adalah.
Mujur kerjasama di pihak Raid sangat memberangsangkan. Hampir satu jam dia biarkan aku sendirian tanpa gangguan. Terkadang suara dia kedengaran sangat dekat. Bila sedar dirinya mengganggu, mulalah dia menjauh selepas terima jelingan aku.
Sejujurnya, terselit sedikit sesalan. Kalau tahu betapa terganggunya aku setelah dengar kejujuran dari Hilman, awal-awal aku tolak pertemuan diatur Raid semalam selepas kepulangan orang tuanya. Inilah bahana di atas kedegilan sendiri. Mula rasa kemurungan. Dihantui kisah lalu yang menyedihkan.
"Kenapa awak boleh tenang Raid? Atau saya yang terlalu lemah?" Tanyaku tanpa menoleh.
Ekor mata nampak Raid suakan sebotol air. Dia mengambil duduk di sebelah setelah puas beri aku ruang. Dan kehadiran dia tidak menganggu langsung. Sebaliknya aku rasa selamat.
"Awak nak jawapan jujur atau tipu?" Dia juga tidak menoleh. Malah dia dengan selamba buka penutup air tin lalu diteguk. Air redbull. Entah apa yang sedap air tenaga jenama lembu datang bulan itu.
"Mana lebih baik?" Soalku. Raid suka bertanya sebegitu. Maka aku perlukan saranan demi menjamin kesihatan emosi sendiri.
"Dua-dua tak baik." Jawab dia bersahaja.
Aku mengeluh. Jawapan yang hanya menambah kekusutan di hati. Mata masih sibuk merenung lautan manusia yang sedang berpusu-pusu jalan di lantai paling bawah pusat beli belah empat tingkat. Suara mereka boleh dengar sampai ke tingkat atas.
"Saya betul-betul tak sangka Hilman tergamak buat macam tu." Ujarku perlahan. Sesungguhnya aku terkilan kerana pernah ada hubungan dengan penjenayah.
"Dan saya tak tahu dia sukakan tunang awak." Kataku lagi. Suara hampir tak terluah. Malu pun ya.
"Tapi cinta dia tak berbalas." Potong Raid.
Kepala turun naik. Gara-gara kenyataan pahit itulah Hilman naik hantu. Sanggup ekori ke mana saja tunang Hilman pergi dalam diam. Malam hari kejadian, Hilman hilang pertimbangan. Sanggup kejar tunang Raid semata-mata nak bunuh dia.
Muncul pula aku di waktu yang salah. Tak sedar rupanya aku sedang menjayakan rancangan Hilman tanpa sengaja. Awalnya semua aman. Siapa tahu rupanya tunang Raid masih hidup. Hal tersebut meresahkan Hilman sampai lelaki itu tergamak tamatkan riwayatnya terus selepas berjaya mengusir aku.
Mengenangkan malam itu, aku pejam mata beberapa saat. Berharap semua itu sekadar mimpi. Berharap semua itu hanya cerita drama-drama tv. Sayangnya, itu semua realiti. Tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan telan semua kepahitan tersebut.
"Awak setuju kalau kita cerai?" Aku buat keputusan drastik. Ini yang aku rasa terbaik bagi kami berdua.
Entah dari mana aku kutip keberanian sampai berani menoleh. Bertentang empat mata dengan dia. Tanpa sedar aku sedang menutup semua pintu-pintu syurga dengan meminta cerai.
Aku mengharapkan Raid marah. Dia akan maki hamun aku. Bahkan dia boleh saja pukul aku kerana berjaya petik suis kemarahan dia. Biar lunas semua dendam dia selama ini.
Sayangnya, aku terlalu banyak menonton drama suami dayus. Semua itu jauh terpesong. Malah Raid mampu tersenyum. Menyerlahkan deretan gigi putih bersih dia.
"Saya bukan pelawak Raid. Saya pun tak pernah terfikir nak jadi pelawak." Geram bila senyuman Raid bertukar jadi ketawa besar.
"Bukan ini ke yang awak nak? Awak yang minta saya jangan terlalu berharap dengan perkahwinan kita. And yes...Saya berjaya buang perasaan yang baru tumbuh. Saya tebas sampai licin. Saya terima dengan hati terbuka kalau kita berpisah." Kataku panjang lebar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hello Mr Freeze
RomanceAntara kerja dan cinta, mana yang lebih penting? Cinta itu pelengkap kehidupan. Kerja pula demi nafkah untuk meneruskan sebuah kehidupan sementara. Runsing! "Kau dah janji, deposit pun kau dah ambil. Aku bayar. Bukan guna khidmat secara percuma Heer...
