Bab 33

91 13 4
                                        

AKU mula panik bila Raisya tiba-tiba bangkit. Saja nak buka ruang supaya Raid mendekat. Saja nak Raid ambil tempat dia. Saja nak buat aku jadi tak keruan depan suami sendiri.

Tak jadi Raisya nak melangkah bila aku sambar lengan dia. Elok dia menoleh, aku geleng kepala dua kali. Berharap Raisya tak tinggalkan aku berdua dengan Raid.

"Tolong jangan tinggalkan aku." Bisik aku sangat perlahan bersama mimik muka simpati.

Aku sanggup berdepan dengan kemarahan Raid asalkan Raisya jadi peneman. Sekurang-kurangnya ada yang tahu jika hari ini merupakan hari terakhir aku melihat dunia. Kegilaan Raid itu umpama bom jangka. Bila-bila masa boleh meledak.

"Aku akan stay dekat sana. Jadi jangan risau. Ada apa, panggil je aku." Raisya kerling pintu bilik. Nak duduk jauh-jauh. Tak nak masuk campur urusan kami suami isteri.

Rasa cemas yang baru pergi, elok berpatah balik. Lebih tak elok, Raisya meleraikan cengkaman aku.

Percubaan aku sambar lengan Raisya buat kali kedua gagal bila ada tangan besar disua pada aku. Tangan lelaki. Tangan yang buat aku kaku beberapa saat. Dua kali air liur tersekat di kerongkong.

"Dah tak sudi nak pegang tangan saya?"

Raid jatuhkan tangan bila huluran dia tak bersambut. Kerusi meja solak ditarik rapat ke katil. Sengaja dia duduk dekat-dekat. Sampai lutut bertemu lutut. Tak ada ruang aku nak gerakkan kaki. Sama macam kena gari dengan kaki manusia.

"Awak tahu apa salah awak?" Raid terus ke titik utama.

Aku tarik nafas dalam. Pura-pura berani berdepan dengan dia walaupun jiwa aku sedang meraung tanpa sesiapa pun dengar.

"Ya, saya tahu." Jawab aku perlahan.

"Baguslah." Jawapan Raid menyusul selepas diam seketika. Pakej anggukan kepala dua kali.

"Rai!" Kuat suara Raid memanggil.

Tak sampai semint, terdengar bunyi pintu berdentum menyapa dinding. Muncul Raisya bersama dulang di tangan. Dengan penuh berhati-hati dia menghampiri.

Hati aku sudah berbunga-bunga bila ada Raisya sekali dalam ini. Kurang sedikit rasa gugup nak berdepan dengan Raid.

"Letak situ, lepas tu keluar."

Arahan tersebut menjatuhkan bergelen-gelen rasa sedih. Meranapkan juga semua kegembiraan yang baru aku kecapi selama tiga saat.

Mata hanya mampu menghantar pemergiaan Raisya sebelum tubuh langsing itu hilang di sebalik pintu.

"Awak lebih sudi pandang Rai dari pandang saya."

Aku kelip-kelip pandang dia yang capai sudu lalu menggaul isi dalam mangkuk. Tahu-tahu saja, hujung sudu sudah melekat di hujung bibir. Spontan kepala aku menjauh. Muka berkerut.

"Panas lagi?" Tanya Raid sambil tiup bubur. Sesekali dia kerling aku.

"Makan dulu. Perut awak kosong nanti masuk angin." Sua Raid selepas pastikan bubur itu sejuk dan selamat melalui tekak.

"Terima kasih." Ucap aku selepas menelan.

"Sa..." Usaha aku nak bersuara gagal bila suapan kedua menyusul.

"Makan dulu."

Nampak gayanya, Raid memang nak aku diam. Tak nak dengar semua penjelasan.

"Sambil tu dengar apa saya cakap." Kata dia lagi.

Tak janji, tapi aku akan cuba. Apa lagi duduk dekat-dekat sebegini, dipaksa pula makan, takut sistem pendengaran mengalami masalah gangguan. Tak mampu nak hadam apa yang cuba dia sampaikan.

Hello Mr FreezeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang