Bab 7

39 9 2
                                    

"Saya tak dengar suara cikgu. Dah la saya duduk paling belakang sekali. Dengar pun, hujung-hujung je. Tolong prihatin sikit dekat saya yang dianiaya ni."

Arahan diterima. Dengan besar hatinya, nada suara dinaikkan satu graf. Bila tiada suara berbunyi, maka suara aku boleh didengari oleh pelajar paling hujung sekali. Biarlah terkeluar anak tekak sekali pun, aku sanggup demi anak-anak murid tersayang.

"Cikgu, saya tak nampak. Tulisan cikgu macam kuman. Mata saya nak guna lama, takut ada penyakit rabun nanti."

Jadi? Mahu aku bekalkan seorang demi seorang kanta besar? Banyak dia punya cekadak!

Biarpun hati mengomel, tetap juga permintaannya aku turuti. Selesai lagi satu masalah.

"Saya tak faham? Mana datangnya sungai-sungai yang panjang ni? Cikgu tahu tak sungai-sungai dekat Malaysia ni sebenarnya pendek, beraliran deras dan berliku-liku di bahagaian hilir."

MasyaAllah! Kenapalah aku setuju menjadi guru ganti mengajar subjek geografi? Mana tahu rupanya dalam kelas ini sebenarnya ada pelajar yang berpotensi menjadi guru. Malah berpotensi juga menjadi pelajar yang hyper active. Mujurlah aku sememangnya sudah dididik supaya bertenang dalam segala hal.

Aku pusing, mencari punca arah suara yang dari tadi terlalu mendominasi kelas. Baru dua hari, sudah pandai mengadu domba.

"Raid...Apa yang saya lukis dekat depan ni, contoh. Bukannya sungai yang sebenarnya." Terangku tatkala pandangan kami bertaut. Sengaja menekankan perkataan contoh. Dan penjelasan aku dibalas anggukan kepalanya.

"Kalau awak nak sangat tengok sungai, kita boleh buat lawatan sambil belajar di mana-mana sungai di Malaysia ni. Nanti saya usulkan pada pengetua."
Raid picing mata. Marah mungkin.

Tanpa pedulikan marahnya, aku sambung menulis di papan putih. Dalam hati berharap Raid berhenti merungut seperti anak kecil. Takut nanti ada yang tercium pemadam papan putih.

"Siap, hantar dekat saya sebelum habis kelas." Arahku sebaik saja selesai menulis.

Sempat aku menjeling Raid yang nampak tekun menulis. Lebih ajaib, tiada lagi suara-suara rungutan di pihaknya. Sindiran aku sedikit sebanyak berjaya menjinakkan dia.

Waktu mengajar berbaki lagi sepuluh minit. Separuh daripada pelajar telah pun mula menghantar kerja-kerja mereka. Sambil menunggu mereka siap, aku mengemas meja. Siap untuk menamatkan sesi pembelajaran hari ini. Kerja-kerja mengemas tergendala bila ada bayang hitam muncul di sisi.

"Ya, Raid? Dah siap, letak saja atas meja." Hairan bila Raid hanya berdiri tegak.

Buku tulis dihulurkan padaku. Buruknya tulisan! Itu pandangan pertama aku. Kedua, Raid tiada bakat melukis. Bentuk sungai sudah menjadi bentuk peta air liur sedunia saja rupanya. Dan kerja Raid tidak siap sepenuhnya.

"Apa saya nak buat dengan awak, Raid? Kalau ada free shipping, saya akan hantar awak pergi bulan. Senang kerja saya. Dunia saya pun aman." Omel aku perlahan. Masih sibuk belek hasil kerjanya.

"Kalau ada pakej couple, saya bawa cikgu sekali. Biar sama-sama mereput dekat sana."

Aku ketawa perlahan. Raid dengar rupanya. Dan Raid handal juga melawak. Lawak Raid berhasil buatkan aku masih ketawa geli hati. Setelah ketawa reda, loceng berbunyi nyaring. Menandakan aku perlu angkat sauh. Selesai tugasan untuk hari ini.

"Okey. Waktu saya dah habis. Yang belum siap, hantar ke bilik guru sebelum balik." Buku atas meja aku capai. Beg digalas atas bahu.

"Awak...Tolong saya bawa buku ni ke bilik guru." Buku tulis yang beratnya tidak seberapa dihulur pada Raid. Berharap tiada rungutan dipihak dia.

Hello Mr FreezeWhere stories live. Discover now