1.1.1 Recall: First Kiss

2.4K 48 1
                                    

First Kiss.

Masih ingat lagi dengan jelas akan peristiwa yang memulakan jalinan kasih antara kami berdua. Itu hari keramat bagi kami berdua, Rabu, 17 Jun 1998, hari giliranku menyediakan peralatan mengajar di kelasku. Aku memadam papan hitam, mengetuk-ngetuk pemadamnya untuk membuang habuk, menyangkut pembaris besar di tempatnya dan mengatur kapur tulis secukupnya. Aku juga menyapu meja guru dengan bulu ayam. Semasa aku menyimpan semula kotak kapur ke dalam almari, aku terlihat buku-buku nota yang tidak tersusun rapi di rak bawah almari itu.

Semasa aku tunduk untuk menyusun semula buku-bukuitu, aku terdengar hayunan langkah masuk ke dalam kelas. Aku tahu ini pasti Cathy kerana hari ini dia bertugas di pintu masuk. Pasti dia ingin menyimpan begnya dulu sebelum kesana.

Aku dan Cathy adalah pengawas sekolah. Dia sudah menjadi pengawas sejak dari Tingkatan Empat lagi tetapi aku baru dilantik pada tahun ini. Walaupun ingin benar untukku mencuri pandang betisnya yang putih melepak itu, aku pendamkan sahaja buat ketika ini.

Aku terus menyusun semula buku-buku itu dan entah bagaimana aku tertolak kotak kapur yang aku letak di pinggir rak. Habis jatuh berselerak. Cathy datang untuk membantu aku mengutip semula kapur. Semasa mengutip itu aku membelakangi Cathy. Setelah habis mengutip akupun bangun dan semasa berpaling untuk mengambil kapur yang dikutip Cathy, secara tidak sengaja siku kiriku menyentuh dada Cathy.

"Sorry....sorry", aku meminta maaf.

"It's ok", jawab Cathy dan dia meletakkan kapur yang di tangannya ke dalam kotak yang aku pegang itu.

Sebaik saja aku letakkan kotak kapur itu ke dalam almari, Cathy memegang tanganku.Tersirap darahku kerana ianya berlaku tanpa diduga. Cathy mencium pipiku dan meramas-ramas tanganku.

Aku tidak terkata apa-apa, lidahku kelu, kerana sememangnya aku terkejut. Bukanlah aku tak tergilakannya atau pun aku tak tahu akan minatnya terhadapku. Tetapi tindakannya dipagi ini, sememang tidak pernah aku jangka. Sekian lama aku sendiri memendam rasa, takut akan segala-galanya.

Takut kerana kami dari bangsa dan agama yang berbeza, takut kerana kami baru belasan tahun, masih bersekolah, masih bergantung kepada ibu bapa. Aku juga takut kepada masyarakat sekeliling, warga sekolah, dan takut kepada diri sendiri. Adakah ini merupakan cinta sejati ataupun cinta monyet, aku sendiri tidak pasti.

Tetapi yang aku tahu ialah ini merupakan kali pertama aku benar-benar tertarik kepada seorang wanita. Aku tidak pandai untuk bayangkan segala manis dan indahnya dalam bercinta. Padaku hanya masa sahaja yang dapat menentukan nasib aku dengan Cathy. Buat masa ini aku lebih selesa membiarkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa membentuk persahabatan kami mengikut apa yang tersurat.

Tetapi hari ini, ketika ini Cathy sudah memberi bayangan yang nyata tentang isi hatinya terhadapku. Itu yang aku pasti. Belum pernah lagi aku dengar seorang wanita mencium pipi hanya kerana suka-suka, sekurang-kurangnya di dalam masyarakat ini. Mungkin dia ingin meruntun hatiku untuk menerimanya sebagai buah hati, seorang kekasih. Logikku memberontak, walaupun semuanya nyata, hatiku tetap berbisik, jangan, nanti, sabar, tunggu dulu, membuatkan diriku berbelah bagi.

"I'll see you later, ok," dia melepaskan kedua-dua tanganku dan beredar keluar dari kelas.

Aku hanya berupaya menelan air liur sahaja. Degupan jantungku masih berdetik dengan laju. Betulkah apa yang berlaku tadi atau hanya satu dari angan dan khayalanku saja. Cathy adalah heroin dalam dunia anganku.

Sejak Tingkatan Empat lagi aku menaruh hati pada Cathy. Setiap detik nafsuku diwarnai oleh Cathy, dilaksanakan bersama Cathy dan dipersembahkan untuknya seorang. Daripada seorang peminat, aku meningkat kepada seorang pemuja, dan akhirnya penggoda Cathy.

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now