Apa yang aku harapkan dan impikan tercapai juga. Aku lulus dengan cemerlang dalam SPM, tujuh A1 dan dua A2. Cathy juga berjaya memasuki Tingkatan Enam, dia mendapat empat A1, dua A2 dan tiga C3. Berita yang paling menyeronokkan aku ialah kami masih lagi kekal dalam satu kelas. Begitu juga dengan Amri. Cathy mengotakan janjinya. Dia rajin datang bersembang denganku, dan rajin juga mengingatiku agar lebih banyak tersenyum. Kami lebih mesra lagi. Apa tidaknya, semasa mengambil keputusan tempoh hari aku dapat berkenalan dengan kedua orang tuanya, Uncle Neoh dan Auntie Suzanna, yang turut dapat berkenalan dengan keluargaku yang telah kenal Cathy semasa kepalaku benjol dulu.
Akhirnya seperti yang dijanjikan dahulu Walid membeli sebuah komputer khas untukku, siap dengan modemnya. Sebenarnya aku tidaklah asing sangat dengan komputer kerana sering menggunakannya di sekolah, pernah juga masuk ke cyber café bersama Amri dan kawan-kawan lain. Selalunya kami surfing dan membaca e-mel. Amri yang banyak mengajar aku tentang internet, menolong aku membuka akaun e-mel. Dan dialah juga yang mengajar aku bagaimana mencari bahan-bahan rujukan untuk pelajaran sekolahku dan tidak lepas juga tapak-tapak web lucah.
Kini setelah aku mendapat komputer sendiri, rajin juga aku melayari internet, berbalas e-mel dengan kenalan-kenalan baru dan lama. Suatu hari sewaktu aku memeriksa e-melku, aku terkejut, pertama kalinya Cathy menghantar e-mel kepadaku. Secara spontan aku membaca e-melnya, maklumlah masa itu kami baru dua tiga hari menjalin perhubungan. Aku pasti dia mendapat e-melku dari majalah sekolah kerana aku sendiri tidak pernah memberinya. Dia mengajak aku chatting melalui iRC dan memberi alamatnya. Aku terus menjawab e-mel itu, memaklumkan bahawa aku tidak pernah dan tidak tahu bagaimana hendak chatting.
Malam besoknya, dia membalas e-mel aku dan memberi tunjuk ajar bagaimana hendak memastikan komputerku ada perisian yang diperlukan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuka akaun dan memulakan chatting. Dia juga memesan untuk aku memberi tarikh dan waktu untuk kami memulakan chatting. Aku mendapati komputerku memang sudah tersedia untuk chatting, selepas membuka akaun dengan iRC aku membalas e-melnya untuk membuat temujanji malam besok. Aku sudah tidak sabar lagi untuk menunggu ketika itu. Di sekolah pun kami berdua saling berpandangan dan memberisenyuman, sedikit penawar untuk menunggu malam ini.
< cnbc > are you there zek
< zz > yes, hello cathy
< cnbc > hai zek, how are you
< zz > fine, how are you
< cnbc > fine, i'm so glad to be able to chat with you
< zz > me too, i hope we can communicate like this often
< cnbc > i hope so too, nobody will know about us
< zz > i see that you are very happy today
< cnbc > i am very happy now, if only we can talk more often
< zz > i would like to, but we should not be together too often
< cnbc > why are you so afraid?
< zz > because I love you
< cnbc > i don't understand
< zz >i don't want anybody else know especially at this moment
< cnbc >why
< zz > because we are still in school, the whole school knows you, knows me,it would put us in shame if they know about us falling in love
< cnbc > i am not ashamed to fall in love with you. every girl in school fall in love with you
< zz > you are joking, aren't you
YOU ARE READING
Cathy & Zack
RomanceRiwayat sebuah kisah cinta diantara sepasang kekasih yang berlainan bangsa dan agama. Sebuah karya asal oleh PENA TUMPUL.