4.4 Di Pulau Mutiara

378 17 1
                                    

Malam itu, selepas solat isyak, aku menelefon Cathy. Aku menggunakan telefon awam, aku tidak mahu keluargaku mendengar perbualanku dengannya. Lagi pun aku ingin mengambil masa yang singkat sahaja untuk membuat temu janji.

"Hello? Oh Zek. Lama Zek tak datang sini!" Auntie yang mengangkat. "Zek apa khabar?"

"Baik Auntie. Auntie apa khabar?" Aku menelan air liur. Takut bercampur rasa bersalah terhadapnya. Sedaya upaya aku cuba memenangkan perasaanku.

"Sihat Zek. Kenapa Zek dah lama tak datang sini?"

"Seminggu dua ni sibuk sikit. Hari ni pun baru balik dari Penang. Mungkin minggu depan baru kami nak mula study balik."

"Elok sangat la tu. Auntie pun kadang-kadang jemu jugak asyik bersembang dengan Uncle dan Cathy hari-hari. Hari Sabtu ni Zek datang sini nak? Auntie buat tomyam dan udang goreng untuk Zek."

"Tak payah la Auntie susah-susah."

"Kalau macam tu tak apalah. Nanti Auntie siapkan apa yang patut." Aku tahu dia juga rindukan bakal menantunya yang kacak ini, yang selalu melayani sembangnya. "Zek nak cakap dengan Cathy ka?"

"Ya, nak cakap dengan dia sat."

Sebentar sahaja suara Cathy sudah kedengaran. Mungkin Cathy sudah berada di sebelah Mamanya semasa kami bersembang tadi.

"Hai Zek."

"Hai. You tak pergi mana-mana ka hari ni?" Aku memulakan skrip dialog yang sudah kami rancangkan semasa membuat temujanji kami beberapa hari sudah.

"I pi SP kejap. Pi rumah Peik Chew. I telefon rumah you, tapi Umi kata you pergi swimming kat Penang."

"Mama you ada ka dekat you?" Aku membisik.

"Tak ada."

"Kita chat malam ni nak?"

"Ok. Bila?"

"Jam sebelas, boleh?"

"Ok."

"Pass. I love you Cathy."

"Me too." Dan aku terus meletakkan gagang.

Walid sudah pun keluar dari masjid dan menghala kepadaku. Mujur juga aku cepat menghabiskan perbualan kami. Aku berjalan pulang beriringan dengan Walid.

Tepat jam 11.00 aku memasang internet. Di bawah semuanya sudah gelap, adik-adikku pun sudah masuk tidur. Aku terus masuk ke bilik private antara aku dan Cathy.

< abang > helo sayang

< sayang > helo abang

< abang > dah lama tunggu?

< sayang > tunggu tu dah lama, tapi baru connect

< abang > abang nak tanya sikit boleh?

< sayang > boleh, banyak pun takpa

< abang > you seronok tak hari ni?

< sayang > tentu seronok kalau dengan abang

< abang > puas hati la dah dapat abang punya?

< sayang > tentu la, dah lama I tunggu

< abang > you tak menyesal

< sayang > tak, I bangga, thanks z

< abang > sakit tak

< sayang > mula-mula sakit sungguh

< abang > lepas tu

< sayang > sakit jugak, tapi you ada dekat I, ok la

< abang > you punya tu liat sangat

< sayang > you punya tu besar sangat

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now