Pak Mat sudah menunggu apabila kami habis mesyuarat. Sudah hampir pukul 2.20, suasana sekolah juga sudah lengang.
"Come, I'll send you back." Cathy mengajak. Aku menurut sahaja.
"Buku apa tu, tebal sangat?" Dia bertanya selepas kami bersapa dan bersalaman.
"Buku Tafsir, sekolah baru beli. Saya terus lah pinjam dulu."
"You tau Zek, dalam rumah Pak Mat, banyak buku-buku Islam. Yang baru, yang lama."
"Mana you tau?"
"Lama dah, I selalu juga pergi rumah dia."
"Betul ka Pak Mat?"
"Ada la kitab-kitab lama. Zek suka ka belek-belek kitab ni? Tapi banyak dalam jawi la."
"Nak kata minat sangat tu dak la. Tapi kalau tak pegang buku sekolah, buku-buku macam ni yang saya cari. Ilmu dapat, jiwa kita pun rasa tenang. Tapi takut jugak sekarang ni,orang alim pun banyak yang terpesong."
"Di masjid takda ka tok guru mengajar?"
"Ada. Selalu jugak saya dok pi."
"Bagus la macam tu. Setengah budak-budak sekarang ni, pijak tangga masjid pun tak pernah."
Kami leka berbual sehingga tidak sedar yang kami sudah sampai di halaman rumahku. Cathy sudah turun dan bersalaman dengan Umi.
"Macam ni la Zek. Kalau Zek senang-senang, teringat nak pergi belek-belek kitab-kitab tua tu, pergi la rumah Pak Mat. Jangan segan, takda siapa, Pak Mat dengan Kak Nah saja."
"Insyaallah Pak Mat, kalau saya senang nanti, saya pergi."
Cathy mengucapkan selamat tinggal kepada Umi dan aku. Dia terus naik kereta dan meluncur keluar dari perkarangan rumah kami.
"La, tak ajak depa turun makan pun." Kataku.
"Umi ajak dah. Cathy kata dia banyak kerja di rumah." Umi memberitahu sambil melangkah masuk.
Khamis
Menyambut baik pelawaan Pak Mat itu. Ini adalah peluang baik untukku memulihkan semula imejku di matanya. Aku tak tahu apa sebenarnya tanggapannya terhadapku setelah aku dan Cathy tertangkap di pejabat Papanya beberapa bulan sudah. Walau apa pun ianya pasti sesuatu yang kurang elok bagi diriku dan aku ingin memperbetulkant anggapan itu. Aku ingin tunjukkan yang apa yang terjadi pada hari itu lebih merupakan suatu igauan buruk yang terjadi secara spontan. Aku ingin tunjukkan bahawa aku bukanlah seorang yang nakal yang mengambil peluang dari suasana yang mengghairahkan itu. Sebagaimana awal-awal dulu semasa aku merapatinya untuk membuka peluang mengurat Cathy, kini aku sekali lagi ingin merapatinya untuk memberi peluang untuk dia memahami diriku pula.
Belum pun sempat aku mengambil peluang atas pelawaannya hari itu, Pak Mat sekali lagi memberi peluang. Dia menjemputku untuk menghadiri kenduri arwah yang akan diadakan di rumahnya pada malam Jumaat ini. Aku terus mendapat kebenaran dari Walid untuk menghadirinya dan terus bermalam di rumah Pak Mat. Hari Khamis itu aku terus menumpang kereta bersama Cathy ke Tg. Juara, ke rumah Pak Mat. Cathy nampaknya cukup senang hati dengan perkembangan ini. Mungkin dia suka jika aku selalu ke sana atau kerana ini dapat membuka peluang untuk kami memperbetulkan kesilapan yang lalu itu. Aku hanya dapat mengagak sahaja kerana kami pun tidak pernah berbincang mengenai peristiwa itu. Sepertimana yang telah kami berempat berjanji, ianya seolah-olah tidak terjadi.
Pak Mat dan Kak Nah menyediakan sendiri juadah untuk kenduri malam ini dengan bantuan beberapa orang saudaranya dan jiran terdekat. Cathy juga datang membantu, menolong membeli beberapa barangan yang diperlukan. Aku sendiri pun bertongkos-lomos membantu semasa memasak, tidak pula terasa kekok atau malu, walaupun ini pertama kali aku di rumah Pak Mat. Aku juga gembira kerana Cathy sentiasa ada dalam pandanganku petang itu, walaupun tidak di sisiku.
YOU ARE READING
Cathy & Zack
Storie d'amoreRiwayat sebuah kisah cinta diantara sepasang kekasih yang berlainan bangsa dan agama. Sebuah karya asal oleh PENA TUMPUL.