Cathy
Hasratku untuk ke CSC akhirnya tercapai. Aku tahu Nick selalu juga ke sana, dan aku menggunakannya untuk mengajak Papa dan Mama bersama, tidaklah timbul sebarang syak wasangka terhadapku yang tidak semena-mena ingin berenang di sana. Aku berharap sangat yang Zek juga akan berada di sana.
Tekaan dan harapanku tepat. Dia sudah berada di dalam kolam setiba kami di sana. Sebaik sahaja aku kenakan swimsuit baruku, aku pun terjun ke kolam. Hatiku berdebar-debar, bagaimana harus aku menghampiri dia. Buat masa ini aku biarkan sahaja keadaan menentukannya.
Sedang aku berkhayal-khayal, tiba-tiba seseorang berenang laju menuju kepadaku.
Sempat juga aku mengelak, tetapi dia sudah tersasar dari kuakannya. Aku mengangkat tangan meminta maaf tetapi dia hanya berlalu dengan meneruskan renangnya. Sekali pandang aku jangka Zek, tetapi aku tak pasti. Sebentar kemudian aku pun naik dan duduk bersama keluargaku. Papa dan Mama menjamu selera dengan kuetiau kerang yang enak. Sedang aku mengelap mukaku, Zek naik. Aku mencuri pandang. Bentuk badannya sasa dan tegap. Dadanya bidang, bahu, lengan dan tengkuknya berulas-ulas. Pastilah dia seorang perenang yang berdedikasi, jika tidak pun mengangkat berat.
Pahanya kelihatan slim tetapi tegap, dihiasi dengan bulu-bulu roma yang kini basah rapat di paha dan betisnya. Dia memakai seluar renang berwarna kuning, mencengkam erat dan memperlihatkan bonjol di hadapannya dengan jelas. Terasa panas juga mukaku dalam usaha mencuri-curi memerhati gerak geri Zek. Dia memeluk bahu kawannya menuju ke tempat mereka. Dia seorang saja berbangsa Melayu, tetapi mereka kelihatan sungguh mesra.
Mereka turun lagi. Kali ini baru aku dapat mengenal pasti jurulatih mereka. Akan aku tumpukan sepenuh perhatian kepada Zek dan jurulatihnya itu. Aku juga turun semula, tetapi hanya sekadar berendam sahaja. Berada berhampiran tangga yang hampir sekali dengan tempat mereka duduk tadi. Aku berharap dia akan menuju tangga itu untuk naik ke atas.
Coach sudah meniup wisel. Namun aku tidak dapat mencari Zek. Berpusing-pusinga ku di dalam air itu namun hampa sahaja. Terlalu banyak kepala yang mendongak di dalam air. Aku hampa, bagaikan mahu menangis kerana kehilangan Zek. Aku mendaki tangga perlahan-lahan sambil menjeling ke tempat duduk mereka. Kawan-kawanya semua sudah ada,tetapi dia tiada juga. Aku sungguh-sungguh hampa. Aku terpaksa akur dan bersyukur, perancangan yang aku buat dulu hanyalah sekadar untuk melihat dia dari jauh sahaja. Bukan untuk bersemuka dengannya.
Tiba-tiba sahaja darahku berderau, suara si dia kedengaran di belakangku. Rapat dibelakang aku. Spontan aku terus mengalih. "Hai Zek!" aku memberanikan diri, menegurnya.
Agak lama juga baru dia mengenaliku. Maklumlah aku memakai cap, lagi pun kami bersua di sini, di suatu tempat yang tidak pernah disangkakan untuk bertemu. Lainlah jika di SP, pasti dia mengenal aku dari awal lagi. Dia memperkenalkan aku kepada kawan-kawannyadan kami berborak-borak. Mereka mengusiknya, walaupun dia hanya tersenyum, tetapi aku lihat mukanya berubah, mungkin malu kepadaku.
Zek berkulit putih kemerah-merahan, mungkin keturunannya begitu, macam Arab. Bibirnya juga kemerahan seperti memakai lipstik, dihiasi pula dengan kumis yang nipis. Sesekali aku menjeling padanya. Bulu dadanya tidaklah lebat, tetapi panjang, suatu yang tidak pernah aku lihat semasa di sekolah. Hanya setakat bulu-bulu roma yang agak lebat juga di tangannya sahaja, itu pun sewaktu kami berlatih badminton. Jika di dalam kelas, dia berbaju tangan panjang, kemas dan segak sekali.
Setelah agak lama, aku meminta diri, nanti apa pula kata keluargaku.
Aku cukup-cukup berpuas hati, apa yang aku rancang dan hajatkan tercapai juga. Sedikit sebanyak aku dapat mengetahui akan kegiatan jejaka yang memaut hatiku ini. Hari ini aku dapat melihat dengan jelas akan tubuh sasa yang sebelum ini hanya aku bayangkan sahaja. Dan bayanganku tidak meleset. Dan untuk lebih adil, dia juga dapat melihat akan tubuhku. Oh Zek, sememangnya kamulah lelaki yang aku idam-idamkan.
YOU ARE READING
Cathy & Zack
RomansaRiwayat sebuah kisah cinta diantara sepasang kekasih yang berlainan bangsa dan agama. Sebuah karya asal oleh PENA TUMPUL.