3.1.2 Tiusyen 🔞

1.8K 33 2
                                    

Apabila sessi persekolahan bermula semula Cikgu Annan terpaksa mengurangkan kelasnya, hanya dua kali seminggu. Kami tidak dapat berkata apa-apa kerana sebenarnya itulah yang dipersetujui pada mulanya. Hanya pada cuti penggal yang lepas sahaja dia menambah masa kerana tidak sibuk. Memandangkan aku masih sering berulang ke TJ, Uncle mencadangkan supaya kunjungan aku ke sana dimanfaatkan sepenuhnya dengan belajar. Dia berjanji akan membuat satu tempat khas untuk kami belajar. Aku hanya boleh mengangguk sahaja, itu pun jika Walid bersetuju. Aku tahu dia ingin membuat yang terbaik untuk Cathy dan aku juga.

"Zek, semalam Papa cakap dia nak beli motor for you." Cathy bersuara sewaktu kami berehat sebentar dari mentelaah buku-buku pelajaran.

"Buat apa?" Aku bertanya.

"Untuk you berulang alik ke sekolah."

"Ala takda masalah Cathy. Tak payah la membazir."

"Masa hari tuition kan I boleh tumpang sama."

"Actually memang I suka sangat dapat naik dengan you. Tapi semua orang nampak. Mula la depa bercakap."

"Even now pun depa bercakap kan?"

"Kita naik bertiga, Pak Mat ada sama. Depa tak boleh tuduh apa-apa. Di rumah pulak Umi dengan adik-adik ada sama. Lagipun kita baru dua bulan belajar sekali, belum timbul apa-apa masalah. Walid pun mungkin berat nak bagi lampu hijau."

"Macam ni. I mintak Papa tangguh dulu. Sekali dua nanti kita balik jalan kaki. Kata Pak Mat tak dapat ambil. Lepas tu baru kita bangkit pasal motor ni balik." Dia memberi idea liciknya.

Aku hanya tersenyum, bagus juga. "Ikut suka hati you la."

Aku mendapat motosikal juga seperti mana yang dijanjikan oleh Uncle Neoh, dua minggu selepas Cathy memberitahu. Aku tidak sampai hati untuk membenarkan Cathy berjalan sampai ke rumahku. Sebelum itu Zaki membantu dengan meminjamkan motor mereka untuk kami berdua sementara dia pula membonceng motor Ramli. Sebenarnya aku pernah juga mengajak mereka mengikuti tuisyen bersama kami, tetapi mereka menolak dengan mengatakan bahawa mereka pun sedang mengikuti kelas tuisyen juga. Walid pada mulanya tidak berapa suka dengan pemberian itu. Maklumlah, akan bertambah lagi hutang budi kami kepada Uncle Neoh dan juga pandangan orang lain terhadap kami berdua. Tetapi memandangkan Uncle Neoh sendiri datang memberi penjelasan, untuk memberi kemudahan kepada kami dan lebih elok daripada menumpang motosikal orang. Lagipun dia dan Pak Mat sudah semakin sibuk ke sana ke sini atas urusan perniagaan, agak sukar untuk mengambil dan menghantar Cathy. Motosikal itu pun Cathy yang punya, dan dia akan menunggang pulang ke TJ ketika tiada tuisyen.

Memang pada mulanya ada bisik-bisik di sekolah bila melihat aku sentiasa bersama Cathy dengan motosikal baru. Motosikal baru itu tidak menjadi isu kerana terdapat beberapa rakan sekelas kami pun yang membawa kereta ke sekolah, cuma perdampingan aku dengan Cathy sahaja yang kelihatan semakin erat. Kami buat tidak peduli sahaja kerana sebelum itupun kami sudah menunggang bersama. Zaki dan Ramli banyak membantu melenyapkan bisik-bisik itu, begitu juga dengan Zahariah. Pada mereka itu semua adalah satu keperluan dan kemudahan bagi aku dan Cathy, tidak lebih daripada itu. Tetapi bagi kami berdua, ia merupakan satu lagi anak tangga dalam merapatkan lagi perhubungan kami berdua, keluarga kami berdua dan penerimaan orang ramai terhadap kami berdua. Biar mereka sedikit demi sedikit dapat menerima jalinan persahabatan kami berdua, tidak lagi merasa janggal melihat kami berdua.

Cathy memang pandai mengawal dirinya. Dia tidak memegang atau memeluk tubuhku semasa membonceng. Seolah-olah biasa sahaja, tiada sebarang keistimewaan dalam persahabatan antara kami berdua. Cuma semasa naik dan turun sahaja dia memegang bahuku. Kami tahu, Walid, Umi dan yang lain sentiasa memerhati. Hanya pada ketika hari hujan sahaja Cathy tidak melepaskan peluang untuk mendakap erat tubuhku. Itu pun dengan baju hujan menyelimuti seluruh tubuh. Aku tahu aku bahagia dalam keadaan sebegini, dan aku pasti Cathy pun demikian juga. Kami bagaikan sentiasa berdoakan semoga hujan turun setiap kali hendak pergi dan balik sekolah.

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now