Ahad 24/10/1999
Hari ini adalah hari terakhir kami di Wellington. Keluar sahaja dari May's Cottage dekat Boom Rock, kami terus mengelilingi bandar Wellington. Kami tidak singgah di mana-mana tempat, hanya menghabiskan masa menunggu gedung perniagaan di buka. Kami berhenti di Victoria Street, kawasan membeli belah yang terkenal di sini. Dan seperti yang dibincangkan semalam, kami berpecah, Uncle bersama Auntie, Nicky bersama Evonne dan Cathy bersamaku. Masing-masing sudah ada tugas menunggu. Aku dan Cathy telah diberi sebanyak NZ$200 untuk membeli cenderamata khas untuk Zahariah dan Zakuan sahaja. Untuk Walid dan Umi, itu menjadi tanggungjawab Uncle dan Auntie. Manakala Nicky pula bebas dengan kehendaknya, tetapi dia ada bercakap hendak membeli cenderamata untuk seseorang. Walaupun dipujuk Cathy, Nicky tetap tidak memberitahu. Dua tiga kedai juga yang kami masuki sebelum habis wang yang diberikan itu.
"Dah pukul berapa?" Cathy bertanya sebaik sahaja kami keluar dari kedai terakhir tadi.
"Sebelas setengah." Aku terpandang jam yang tergantung di kedai itu tadi.
"Ada setengah jam lagi." Aku juga turut teringat akan janji kami untuk berjumpa semula pada jam 12.00 tengah hari di persimpangan antara Victoria dengan Vivian Street, tempat kami berpecah tadi. "Jom kita makan dulu." Cathy bersuara lagi.
Aku menyeluk saku dan mengira baki wang yang ada padaku, NZ$12.00. Mungkin cukup untuk kami berdua, berkongsi pun takpa, kata hatiku.
"Don't worry. I ada spare."
Kami terus berjalan menuju tempat yang dijanjikan. Mujur juga terdapat sebuah kedai makan orang Turki, ada jual kebab. Dengan tulisan Bismillah dan beberapa ayat quran, aku merasa lega.
"Assalamualaikum."
"Mualaikum salam warahmatullah hi wabarakatuh. Yes brother, how can I help you." Penjual yang kurus dan berjambang itu bertanya.
"We would like to have two kebab please."
"Which one?"
Aku dah tak tau mana yang nak dipilih. Dari senarai yang tertera di atas dinding itu, terdapat enam jenis kebab. Harganya pula sekitar lima ke enam dollar, mencukupi dengan wang yang aku ada. "I'm sorry. We have only heard about kebab, but haven't tasted it. Which one would you recommend."
"Well, for your first taste of kebab, I would recommend Shish Kebab. But its a bit hot, with a lot of garnishing, if you like."
Aku memandang kepada Cathy, dia hanya mengangguk.
"Have a seat inside, I can serve you tea also."
Aku lihat pelanggan sebelum kami tadi hanya membungkus sahaja. Dan aku takut akan dikenakan bayaran yang tinggi pula, siap dengan table dan service charge pulak. "No thank you, I have just enough money for the two kebabs only."
"Don't worry brother, I'll charge for the kebabs only. Go in."
Teragak-agak juga aku nak masuk, namun aku beranikan juga. Hanya terdapat empat meja kecil sahaja yang setiap satu untuk dua orang. Aku dan Cathy duduk dimeja yang paling hampir sekali dengan jalan. Kami tidak berkata apa-apa, hanya pandang memandang antara satu sama lain.
"Here you are, two Shish Kebab, specially made for you." Sebentar kemudian seorang wanita yang berjubah datang menghantar dua gelas teh panas kepada kami.
Daging, sayur-sayuran, keju, kacang dan sos dibalut roti yang bagaikan capati itu sememangnya enak. Terasa juga pedasnya dari serbuk lada. Dan ditambah dengan teh panas itu, membuatkan aku merasa berpeluh. Mata Cathy pun aku lihat berair. Kami sama-sama tersenyum.
Sebaik sahaja kami habis dan bangun dari kerusi, penjual itu datang.
"That would be twelve dollars. The tea is on the house."
"Alhamdulillah. Praise be with Allah."
"Alhamdulillah." Dia menyambut dan menerima wang yang aku hulurkan itu. "Are you studying here?"
"No we're just visiting."
"You're from?" Dia bertanya lagi.
"Malaysia."
"Alhamdulillah. Very good Moslem country."
"Alhamdulillah. Thank you for the tea. Assalamualaikum."
"Mualaikum salam brother, sister. May Allah be with you."
Aku menarik nafas. Mengapa aku meragui akan keikhlasan dan kejujurannya tadi, hatiku bertanya.
YOU ARE READING
Cathy & Zack
RomanceRiwayat sebuah kisah cinta diantara sepasang kekasih yang berlainan bangsa dan agama. Sebuah karya asal oleh PENA TUMPUL.