Khamis 18/06/1998
Hari besok yang aku nanti-nantikan itu kini sudah menjelang. Langkah kakiku dari pintu pagar sekolah bertenaga sekali. Hari ini aku akan bersemuka dengan Cathy dan aku tahu dia akan sampai awal. Aku tahu dia juga berdebar-debar untuk mendapat maklumbalas dariku. Di dalam kelas, pandangan aku tertumpu ke jalan masuk, menunggu-nunggu akan kereta Honda Accord warna merah yang selalu dinaikinya. Angin pagi yang menghembus kemukaku sedikit pun tidak dapat meredakan debaran jantungku atau menyejukkan hatiku.
"Hai Zek, selamat pagi," tiba-tiba suara Cathy mencecah telingaku.
Aku berpaling. Dia sudah pun meletakkan beg bukunya di meja dan berjalan menghampiriku. Aku memerhati muka dan matanya. Renungan matanya seolah-olah mencari sesuatu dariku. Dia membuka mulut, tetapi belum sempat mengeluarkan kata-kata, aku meletakkan hujung jariku ke mulutnya.
"Yes Cathy, I love you too," terasa hangat sekali mukaku ketika mengucapkan patah-patah perkataan itu di hadapannya sendiri. Perkataan-perkataan itulah yang seringkali aku ucapkan di hatiku dan sentiasa aku tujukan kepadanya. Tetapi kali ini dia berada dihadapanku, menanti aku untuk menuturnya. Dia memelukku.
"Hei, nanti orang nampak," aku membisik.
Kami berpegangan tangan menuju ke balik almari, tempat asal dia mencium pipiku kelmarin. Dia memelukku semula. Kali ini sama-sama mendakap erat. Kehangatan tubuhnya, tangannya dan pipinya amat terasa sekali. Begitu juga dengan degupan jantungku. Sungguh enak dan mengasyikkan sekali berada dalam pelukan orang yang dikasihi. Walaupun seboleh-bolehnya aku ingin memeluk dirinya sepuas hati tetapi takut juga terserempak dengan orang lain. Perlahan-lahan aku melepasnya.
"I love you," Cathy membisik sambil mencium sekali lagi pipiku.
"I love you too," aku membalas sambil mengucup ringan di bibirnya.
"Thank you," bagaikan terpaksa, dia melepaskan tanganku perlahan-lahan dan beredar keluar dari kelas.
Aku cepat-cepat membetulkan butuhku yang meronta-ronta tadi semasa pertama kali memeluk Cathy.
Debaran jantungku tidak sedikit pun reda, walaupun dia sudah tiada. Kehangatan tubuhnya, keenakan pelukannya membuatkan aku masing berada di awang-awangan lagi. Jika inilah yang dikatakan cinta, aku ingin perhambakan diri kepadanya. Inilah nikmat hidup yang baru aku jumpa, aku rasa. Dan sesungguhnya aku tidak akan biarkan ianya lari lagi dari hidupku. Dan Cathy, gadis Cina yang cantik dan menawan itu, yang senantiasa aku puja dan impikan itu sudah menjadi milikku. Milikku buat hari ini dan buat selama-lamanya.
***
Cathy
Aku semakin terdesak. Fikiran dan hidupku semakin berkecamuk. Aku sudah tidak dapat tumpukan perhatianku kepada pelajaran dan segala kerjaku. Walaupun setiap hari kami bertemu, berpandangan mata, namun tanpa meluahkan isi hatiku ini, aku merasakan sesak dan sebak di hati. Sudah sekian lama aku menunggunya, menanti bibir-bibir yang indah dan mengghairahkan itu untuk meluahkan perkataan cinta kepadaku namun kesampaian juga.
Sekarang terpulanglah kepadaku sendiri untuk menyatakannya. Sekarang aku sudah tidak segan atau malu lagi. Untuk terus hidup aku perlu meluahkan perasaanhatiku kepadanya. Biarlah perigi mencari timba, lebih baik dari hidup di awang-awangan.
Aku tahu kemungkinan dia menolak cintaku, tetapi aku yakin dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti yang aku rasa. Tiada orang lain yang bersemadi di lubuk cintanya kecuali aku seorang. Hanya dia tidak menyatakannya. Mungkinkah kerana kami masih muda, dari berlainan bangsa. Aku tidak kisah dan tidak peduli semua itu. Walau apapun dia mesti menjadi milikku dan aku miliknya, sekarang, sebelum aku menjadi gila.
YOU ARE READING
Cathy & Zack
RomansaRiwayat sebuah kisah cinta diantara sepasang kekasih yang berlainan bangsa dan agama. Sebuah karya asal oleh PENA TUMPUL.