Aku terus menaiki kereta yang dipandu Pak Mat itu selepas selesai tugas kami di pintu masuk sekolah. Aku duduk di depan bersama Pak Mat. Walaupun aku sudah biasa dengannya, tetapi sejak mekarnya hubunganku dengan Cathy, aku agak resah."Kita pergi Central ya Pak Mat. Ada nak beli barang sekolah," Cathy bersuara sebaik sahaja kereta bergerak.
Pak Mat hanya mengangguk. Kereta terus meluncur di tengah pekan yang sibuk itu. Nasib kami baik kerana dapat meletakkan kereta berhampiran dengan pintu masuk.
"Pak Mat pi la makan dulu. Lambat sikit kot kami turun."
"Cathy dengan Zek dah makan ka?"
"Lepas kami beli nanti, kami makan la."
"Nanti Pak Mat tunggu sini ya!"
"Ok."
Kami terus sahaja naik ke tingkat atas untuk mengambil kain-kain seperti yang telah dirancang tadi.
Tetapi sebelum itu Cathy mengajak aku masuk ke kedai buku dulu, katanya untuk membeli beberapa buku rujukan. Aku tiada bantahan, malah gembira kerana mendapat sedikit masa lagi untuk bersama.
Aku megah kerana dapat berada di samping Cathy yang cantik jelita ini. Walaupun ada yang memandang kami, tetapi aku tahu mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana kami berpakaian sekolah, sedang membelek buku pula. Bukannya berpegangan tangan, sungguhpun itu yang aku harapkan bila bersamanya. Empat buah buku dibelinya sekali gus.
"Larat ka you baca banyak ni sekali gus?" aku bertanya.
"You simpan dua, I simpan dua. Nanti kita exchange la."
Aku mengangguk sambil tersenyum. Geliga juga otaknya, memberi lagi kami peluang untuk bersama.
Kain-kain yang sudah ditempah itu telah siap dan kami terus mengambilnya. Seperti yang dijanjikan Cathy mengajak aku masuk ke KFC. Dia yang membuat pesanan dan aku membawa dulang itu ke suatu sudut.
"I tak minat la Pepsi ni," dia bersuara manja.
"Yang you order buat apa?"
"Mana ada pilihan."
"Ala sekali sekala. I pun bukan suka sangat air gas ni."
"Ya ka. Pasal apa tak cakap?"
"Mana ada pilihan," aku mengulangi kata-katanya tadi. Mata kami bertembung dan kami tersenyum. Ayam goreng yang jadi makan tengahari kami hari ini kami makan perlahan-lahan.
"You..." kami sama-sama bersuara. Dan kami tersenyum lagi.
"Go ahead," kataku sambil memandangnya.
"No. You cakap dulu."
"Ok. You suka ka KFC ni?"
"Suka. Actually itu yang I nak tanya you," senyumnya manis sekali. Mukanya putihkemerah-merahan itu bagai berseri-seri.
"Ya ka."
"You suka air apa?" dia pulak bertanya.
"Air kosong. You?"
"Air kosong jugak."
"Betul ka ni. Saja nak bagi sama kot?"
"Betul. Bukan tak minum air lain, tapi I prefer mineral water saja."
"You tak makan ka kulit dia?" aku lihat dia meletakkan kulit ayam itu di tepipinggannya.
"Tak. Banyak lemak."
"You takut gemuk ka takut jerawat."
"Takda lah. You makan ka?"
"Itu yang I suka. Rangup, situ yang banyak sedapnya."
YOU ARE READING
Cathy & Zack
RomansaRiwayat sebuah kisah cinta diantara sepasang kekasih yang berlainan bangsa dan agama. Sebuah karya asal oleh PENA TUMPUL.