4.1 Di Pulau Mutiara

674 23 4
                                    

"Umi, besok Ya nak pergi berenang." Aku memberitahu.

"Duit ada dah ka?"

"Ada."

"Nak tumpang Walid ka?"

"Walid kan cuti esok."

"Hmmm...lupa pulak Umi. Suka hati Ya la. Tapi jangan balik malam-malam." Aku hanya mengangguk.


Hari Kekasih

Ahad 14/2/1999

Sejak masuk Tingkatan Enam aku hanya ke sana sebulan sekali sahaja. Ini adalah perkara biasa bagi aku yang telah berulang ke CSC sejak Tingkatan Satu lagi semasa belajar di Butterworth. Apabila aku pindah ke SP ini pun aku teruskan aktiviti renang ini, tetapi agak jauh, hanya dua kali sahaja dalam sebulan aku ke sana. Walid menghulurkan wang saku RM20.00 seperti biasa. Aku menyandang beg sukan yang berisi sepasang pakaian salinku, seluar renang, goggle dan alat kemasan diri seperti biasa.

Aku sampai ke Butterworth hampir jam 9.00 pagi. Aku terpaksa menunggu. Dia sudah berjanji akan menaiki bas selepas aku, bermakna selang 15 minit. Aku tak kisah menunggu walaupun 10 jam untuk menemuinya. Mulanya dia yang ingin menunggu, tetapi aku tidak setuju. Dia tidak biasa di sini, baik dia menunggu aku berlepas dari SP baru menaiki bas yang berikutnya. Agak berdebar juga hatiku ini. Maklumlah temu janji yang pertama sebagai sepasang kekasih. Kemana harus aku membawanya, jika dengan menaiki bas, pilihannya agak terhad dan pasti memakan masa. Kalau nak shopping kat Penang Road tu mudahlah, tetapi peruntukanku agak terhad juga. Sambil menunggu, aku membeli akhbar Sunday Star, membelek-belek dari satu muka ke satu muka dengan laju. Sekali sekala aku memerhati keadaan sekeliling, takut terserempak dengan kawan lama, maklumlah tempat aku biasa tinggal bersekolah dari kecil. Bagus juga aku berselindung di sebalik akhbar ini. Wah, hari ini Hari Valentine, Hari Kekasih. Satu kebetulan yang sungguh tepat bagi ku. Betulkah ini satu kebetulan, aku rasa sudah pasti sebab dia hanya mengajak sahaja, aku yang menetapkan hari. Aku bergegas ke kedai bunga di sebelah kedai aku membeli akhbar tadi. Mujur juga kedai pun baru dibuka, jika tidak sudah pasti habis dibeli kekasih-kekasih lain. Aku hanya membeli satu kuntum bunga mawar merah. Malu juga aku rasa semasa membeli tadi, tetapi untuk si dia aku sanggup buat apa saja.

Bas 516 yang ditunggu sampai tepat pada masanya. Aku sorokkan bunga sekuntum itu di celah akhbar. Cathy sudah tersenyum sebaik sahaja melangkah turun dari bas dan terus menghampiriku.

"Hai Zek."

"Hai. Cantik you hari ni." Memang dia cantik daripada biasa. Dia pandai berhias dengan bedak dan gincunya. Begitu juga dengan baju berbunga-bunga hitam putih dan memakai slack kelabu. Satu beg kecil tersangkut di belakangnya. Dia lebih cantik dari yang selalu aku lihat, beruniform sekolah.

Dia tersenyum manis, "Thank you. Jom kita."

Kami berjalan beriringan. Dia di sebelah kiriku. Mulanya kami hanya bersentuhan tangan sahaja, tetapi selepas beberapa puluh langkah, aku memberanikan diri dan memegang tangannya. Dia menerimanya dengan senang hati. Jari jemari kami yang berselang seli itu digenggam kemas. Terasa hangatnya. Tangan kananku masih lagi memegang akhbar yang terselit bunga. Entah bila aku hendak serahkan kepadanya aku pun tak tahu.

Di atas feri, Cathy duduk di tepi tingkap, aku di sebelahnya. Penumpang tidaklah ramai, yang berulang pergi kerja sudah tiada di hari Ahad begini. Sebaik sahaja feri berlepas, Cathy bangun dan berdiri di tingkap. Rambutnya yang dipotong ala Puteri Diana itu beralun-alun kecil ditiup angin laut. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Entah apa yang difikirnya aku pun tak tahu. Ya, inilah masa yang aku nantikan itu. Aku mengeluarkan bunga mawar merah sekuntum itu dan bangun merapatinya. Kedua tangan kami bergeselan di ruang yang sempat itu.

"Cathy. Ini untuk you." Malu pun ada, bangga pun ada. Malu kerana pasti ada orang yang melihat dan bangga kerana aku mempunyai kekasih yang cantik jelita seperti cathy. Ini merupakan tanda cinta pertamaku kepada seorang kekasih. Aku yang baru belajar mengenali erti cinta, menyambut Hari Kekasih yang pertama. Walaupun sudah tujuh bulan masing-masing meluahkan isi hati, tetapi inilah kali pertama kami membuat temu janji di luar suasana persekolahan maupun di perkarangan rumah aku dan dia. Dia menerimanya dan terus mencium, menghirup bau bunga yang semerbak wangi itu. Aku tak teringat pun untuk mencium bunga itu tadi, setidak-tidaknya ada juga sedikit bauku yang sampai ke hidungnya.

Dia rajin bertanya mengenai laut, kapal dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Aku seperti seorang pakar, menceritakan segala apa yang aku tahu. Masa berlalu terlalu cepat, belum pun seribu kali dia mencium bunga itu, kami sudah pun sampai.

"Kita nak ke mana ni?" Dia bertanya sebaik sahaja sampai di stesen bas. Sebenarnya kami hanya mengikut sahaja orang ramai.

"Entah, I pun tak tahu. You nak pergi mana? Batu Ferringhi, Bukit Bendera, Kebun Bunga. Penang Road, Tokong Ular? I boleh bawakkan."

"Kita pergi tempat Nicky nak? Tepi laut."

"Kat mana?"

"Dekat Sunrise Square."

"I tau. Kita boleh naik bas Tanjung Bungah. Jom."

"Kita naik teksi lah. Cepat sikit. Tambang pun tak mahal sangat."

"Ikut you lah." Aku biasa juga dengan kawasan itu. "Tapi abang you tak marah ka?"

"Tak."

Cathy terus membayar RM5.00 sebaik sahaja sampai, belum sempat pemandu itu memberitahu tambangnya. Kami terus turun dan masuk ke ruang lobi yang bagaikan sebuah hotel mewah. Dia terus menarik tanganku menuju ke lif. Sekejap saja sudah sampai ke tingkat 9. Ini kali pertama aku memijakkan kaki ke Sunrise Square dan terus dapat naik hingga ke tingkat 9. Dia menyeluk begnya, mengambil kunci dan terus membuka.

"Masuk la." Aku melangkah masuk perlahan-lahan ke ruang tamu yang luas itu. Dia terus meletakkan bunga yang aku beri tadi ke dalam vas yang sedia ada di atas meja. Itu pun setelah menciumnya sekali lagi.

"You duduk ya, I nak simpan barang kejap." Dia berkata sambil menuju ke pintu tengah. Aku terus duduk di atas sofa putih yang empuk itu.

Cathy sudah memakai blaus dan skirt berwarna kuning, agak singkat juga tetapi tidaklah ketat sangat seperti sesetengah gadis yang pernah aku tengok. Dia terus ke pintu cermin dan menolaknya. Angin laut yang sejuk terus menghembus masuk. Berombak-ombak kain langsir ditiupnya.

"Nicky dah lama duduk sini ka?" Aku cuma pernah jumpa Nicky beberapa kali sahaja, itu pun sekejap-sekejap sahaja. Tempat ini pun aku pernah mendengarnya dalam perbualan keluarga mereka, tetapi ini pertama kali aku sampai.

"Ak ah. Hari ni dia keluar, besok baru balik." Dia menjawab sambil duduk di kerusi sebelahku.

Fikiranku tenang kembali setelah mendapat tahu abangnya tiada. Ini peluang baik, sudah lama benar kami tidak berasmara. Hanya setakat ringan-ringan dan menikmati sup lidah sahaja. Aku terkenang kembali kisah di office Papanya dan butohku mula menggeliat. Aku memerhati keadaan sekeliling apartmen itu. Memang selesa dan terhias indah.

"Come, I'll show you the sea." Dia menghulurkan tangannya sambil bangun. Aku turut bangun dan mencapai tangannya dan menuju ke pintu kaca yang dibukanya tadi. Memang cantik pemandangan laut dari sini. Cuaca yang terang membolehkan Gunung Jerai jelas kelihatan. Angin laut yang sejuk itu menyegarkan badan kami. Aku menarik nafas panjang menghirup udara yang bersih itu. Cathy sudah berada dalam pelukanku. Dia menyandar ditubuhku, tanganku memeluk erat tubuhnya dan tangannya di atas tanganku. Walaupun kami sering berjumpa namun bila berdua-duaan seperti ini, aku terasa lapang dan lega sekali. Untuk hari ini kami sudah berjanji tidak mahu bercakap mengenai pelajaran.

"Zek. You suka tak tempat ni?"

"Suka."

"Kalau kita kahwin, I nak tempat macam ni. Sunyi, nyaman dan pemandangan yang cantik."

Kami sama-sama diam, menikmati keindahan alam yang indah itu dan juga kehadiran kekasih yang sudah berada dalam pelukan. Kalaulah kami boleh selalu begini, alangkah bagusnya. Cathy mengalihkan badannya dan mengajak aku masuk.

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now