4.8.2 Wellington 🔞

317 11 2
                                    

Sabtu 23/10/1999

"Papa, Cathy cakap dia tak mau ikut kita. Dia kata dia sakit kepala."

"Ai macam mana pulak. Kereta sudah kita sewa."

"Dia suruh kita saja pi. Dia kata dia nak tidur saja."

"Dia sudah makan ubat?" Uncle bertanya.

"Dia cakap sudah." Jawab Auntie. "Takpa kut tinggal dia. Lagi pun dia bukan kecil lagi." Aku hanya membisu, tidak berani masuk campur.

"Papa, Mama, tunggu apa lagi. Evonne sudah ada bawah." Nicky bersuara sebaik sahaja dia keluar dari lif. Evonne, pemandu pelancong kami sejak dua hari yang lalu memang tepat dengan janjinya.

"Cathy pening pulak." Auntie memberitahu Nicky. "Dia tak mau pi."

"Dia tak mau pi, tinggal la dia."

"Tapi kita petang baru balik."

"Suruh Zek jaga Cathy. Dia pun bukan seronok mau pi kalau Cathy takda." Aku tersentak. Uncle dan Auntie memandangku.

"Zek mau jaga Cathy ka?" Tanya Auntie.

"Saya ikut saja. Kalau Auntie suruh, saya jaga."

"Kalau macam tu, Zek tolong jaga Cathy ya. Nanti Uncle beli souvenir sama Zek." Aku mengangguk sahaja.

"Jom, jom." Ajak Nicky. Dia tidak mahu Evonne tertunggu-tunggu di bawah.

"Terima kasih Zek." Auntie memegang tanganku dan mereka bertiga segera turun.

Aku menarik nafas panjang, masih tercegat di hadapan bilik Uncle. Mungkin apa yang dikatakan Nicky tadi benar, aku pasti dak bergembira tanpa Cathy. Lagi pun aku hanya menumpang. Dapat memijak bumi Kiwi ini pun sudah merupakan suatu rahmat bagiku. Walaupun aku amat seronok melawat ke merata tempat di Wellington ini, namun apa yang aku tidak dapat lihat pada hari ini bukanlah suatu kehilangan besar buatku. Cathy lebih memerlukan aku ketika ini.

Mulanya aku sudah beralih untuk menuju ke bilik aku dan Nicky, tetapi aku perlu menjenguk Cathy dulu. Semasa sarapan tadi pun dia tiada, bersarapan di bilik, kata Auntie. Aku mengetuk pintu.

"Come in." Dia bersuara, perlahan sahaja.

Aku membuka pintu itu perlahan-lahan. Dia masih lagi terbaring di atas katil. Selimut tebal menutupi seluruh tubuhnya, yang nampak hanyalah matanya sahaja.

"You pening ka?" Dia mengangguk.

Aku bertenggek di katilnya, mencium dahinya. "Mama dengan Papa you dah pi Downtown dengan Nicky."

"Kenapa you tak ikut?"

"I kena jaga you."

"Rugi la you tak ikut. Tak payah jaga I pun takpa."

"Its ok. Kalau I pi pun tak seronok, you takda."

Cathy menghulurkan tangannya dari bawah selimut dan meramas-ramas tanganku. Aku turut meramas-ramas tangannya. Kedua-dua tangan kami sejuk walaupun suasana di luar terang benderang di musim summer ini. Lama juga kami berdiam.

"Zek, please hug me."

"I tutup pintu dulu." Aku bangun dan menutup pintu yang terbuka sedikit sejak aku masuk tadi.

Cathy menyelak selimut dan mengubah sedikit kedudukan tubuhnya. Dan aku seperti faham kehendaknya, membuka kasut yang aku pakai. Aku memasukkan kakiku yang masih berstokin itu ke dalam selimut dan berbaring di sampingnya di atas katil bujang itu. Dia merapatkan tubuhnya kepadaku dan meletakkan kepalanya di lenganku. Dan aku memeluknya dengan erat. Dia memejam mata dan aku turut memejam mata. Dia meletakkan peha dan kaki kanannya di atas pehaku. Kehangatan tubuhnya membuatkan aku mula naik ghairah dan butohku mula mengembang di dalam sangkarnya. Walaupun sudah lama kami tidak berpeluang berasmaradana namun aku terpaksa menahan nafsuku. Cathy tidak sihat.

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now