4.8.1 Wellington

227 14 1
                                    

Peperiksaan percubaan STPM baru tamat minggu lepas, dan keputusannya sekarang berada di tangan kami. Cikgu Samad sudah pun memberi surat memanggil waris untuk datang mengambilnya. Tetapi bagi aku dan Cathy, katanya, kami terpaksa berjumpa dengan Pengetua dulu. Hatiku terus sahaja berdebar-debar, mungkinkah kerana keputusan kami merosot, mungkinkah kerana perhubungan kami sudah diketahui, ligat otakku berfikir. Waktu rehat itu kami berdua terus menuju ke pejabat Pengetua.

"Macam mana ni Zek?" Bisik Cathy di sebelahku, suaranya juga cemas.

"I don't know. Apa pun kita jangan mengaku. Kita kawan saja. Maybe best friend, but not lovers. Ok?"

Dia mengangguk sahaja.

Aku mengetuk pintu perlahan-lahan.

"Masuk." Terdengar suara Mr. Chin Hoy Weng.

Aku memulas tombol pintu itu dan masuk, diikuti oleh Cathy. Aku terperanjat lagi. Uncle Vincent sudah berada di depan meja Pengetua kami itu. Dia hanya tersenyum memandang aku dan Cathy.

"Duduk."

"Terima kasih Cikgu." Selalunya kami hanya berdiri sahaja.

"Zek, Cathy. Actually banyak yang saya mau tanya dengan you berdua. Tapi lepas bincang dengan bapa Cathy ni, saya tak mau cakap apa. Dia pun sudah ceritakan semua mengenai kamu berdua."

Debaran hatiku semakin kencang, walaupun baru sebentar tadi agak reda sedikit melihatkan senyum Uncle.

"Zek. Your father tak dapat datang hari ini. Dia wakil dekat Encik Vincent ini saja. You punya result pun saya tengok ok. Tapi saya ingat boleh buat lagi baik. You dapat 3 A One 2 A Two. Any comment?"

"Saya akan usaha lagi Cikgu." Aku merasa lega. Terlepas sudah satu hal.

"Baik." Dia menghulur Buku Laporan itu kepadaku. "Get your father's signature and return back to Cikgu Samad."

Aku mengangguk.

"Now Cathy. I just don't know whether to believe it or not what your father has explained to me just now. You are not a mediocre student, you are not even an average student. I don't know what you did, or what both of you did. But anyway, congratulation. You pun dapat result macam Zek jugak."

Aku menarik nafas lega sekali lagi. Mr. Chin benar-benar membuatkan aku dan semestinya Cathy merasa kecut perut. Cathy yang terlindung dari aku oleh Uncle kedengaran terisak-isak. Uncle menepuk-nepuk belakangnya.

"Let me tell both of you. You can get better result if you can maintain your hardwork." Mr Chin tersenyum sedikit. "Actually there's rumours in school about you two. But after hearing explaination from Cathy's father, and looking at both your results, I don't want to say anything. Anyway, please maintain your hard work, your good names dan the name of this school."

"Kami berjanji Cikgu." Entah bagaimana kami berdua dapat bersuara serentak, mengucapkan kata-kata yang sama.

"You ada mau cakap apa Vincent?"

"Takda apa. Saya mau bawak ini dua orang pi makan angin. Kasi depa relax sikit." Tangannya mendepang, memeluk bahuku dan juga Cathy.

"Good idea. I know they must have been studying really hard all this time. Tidak kalau Cathy tentu tak dapat result macam tu. Dia sudah banyak improve."

"Banyak, Hoy Weng. Banyak." Tangannya masih lagi menepuk-nepuk bahu kami.

"Where do you want to take them?"

"Tak tau lagi, US ka Europe ka?"

"Why so far. I recommend you New Zealand. Very nice place, quiet and beautiful. And its cheaper too."

"See la how."

"I think I want to give them half day off today. You boleh bawak depa balik."

"Terima kasih Hoy Weng." Uncle bangun dan berjabat salam dengan Pengetua.

Kami berdua pun turut bersalaman dengannya sambil mengucapkan terima kasih. Uncle memeluk lagi bahu kami berdua yang berada di kiri kanannya sambil berjalan menuju ke keretanya. Pastinya warga sekolah yang lain memerhati sahaja kami bertiga, apa lagi ketika ini masih lagi waktu rehat.

"Zek dengan Cathy mau balik ka?"

Cathy mengangguk sahaja.

"Sehari dua ni pun bukan ada belajar sangat." Aku memberi sedikit penjelasan.

"Mr Chin cakap apa tadi Papa?" Tanya Cathy. Soalan yang ingin juga aku ajukan tetapi berat untuk diluahkan.

"Betul ka you dua orang main cinta?"

"Takda lah." Spontan jawab Cathy.

"Papa pun cakap macam tu. Kawan baik tu ada la. Tuisyen sama, study pun sama-sama. Itu motor pun Papa beli mau kasi sama-sama naik pi balik sekolah."

"Dia cakap apa?"

"Dia kata ada cikgu cakap-cakap, tapi takda proof. Boleh jadi pasal nampak you dua orang selalu sama-sama."

"Mesti la. Kami satu kelas, main badminton pun sama-sama, prefect pun sama. Papa pun sendiri tadi cakap tuisyen sama-sama, study pun sekali, naik motor pun Papa yang bagi."

"Papa tau. Mr Chin pun sekarang sudah tau. Bila dia tengok you punya result pun, dia sudah tak boleh cakap apa. You dua orang tak usah la susah hati."

Tiba-tiba handfonnya berdering.

"Hello?" Uncle menjawab panggilan di handfonnya. "Ya, ya... Ok. No, tak payah... Takpa, kita jumpa rumah Tuan Syed... Ok. Bye... Baik, baik." Uncle memasukkan semula handfonnya ke dalam poket. "You punya Walid pun on the way balik. Kita jumpa sana." Dia memberitahuku. "Cathy mau balik dengan Papa ka?"

"Papa pi la dulu. Kami nak kena pack buku-buku dulu. Nak kena bagitau Cikgu kelas lagi."

"Ok."

Sebaik sahaja kami keluar dari pintu pagar sekolah, Cathy memelukku dengan erat sekali. Dia mencium tengkukku. Dia sudah tidak peduli sama ada orang melihat atau tidak. Aku juga jika boleh mahu mengelilingi bandar ini berkali-kali, membiarkan Cathy memelukku selama mungkin. Tetapi Uncle mungkin sudah berada di rumahku, menanti kami.

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now