BAB 53

30 3 7
                                    

SETELAH mencapai kesepakatan seisi kelas, pelajar 5 Sains memutuskan untuk membuat escape room yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menguji pengetahuan para pelajar dan pelawat.

Academic Adventure: Escape Through Education

Itu temanya.

Cukup klise jika ditanya pada Awani.

Dia yang merupakan seorang nerd pun mengakui betapa skemanya tema yang dipilih. Tetapi dia merasakan ia juga bagus untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka disekolah dalam permainan mereka. Umpama bermain sambil belajar.

Setelah membuat cabutan rawak, setiap kumpulan perlu membina sebuah ruangan dengan satu subjek yang terpilih.

Kumpulan planning dan management yang diketuai oleh Khairul dan ahlinya iaitu Alfi, Adira, dan Nazmina, mendapat subjek Matematik. Dan tema yang dipilih mereka adalah Mathematical Maze.

Mereka ingin membina labirin dengan teka-teki matematik di sekitar ruangan. Untuk maju ke bilik seterusnya, peserta perlu menyelesaikan pengiraan matematik, menjawab teka-teki menggunakan formula tertentu, dan cabaran geometri.

Kumpulan prop yang diketuai oleh Adif dan anak buahnya, Amelia, Kamal, Izryn, Aaliya, and Xiao Liu pula mendapat subjek Sejarah.

Kerana kumpulannya yang paling ramai dan paling kecoh, Adif agak kewalahan menguruskan ahli-ahlinya. Mereka mula berteriak dan bertekak menyalahi Kamal kerana lelaki itu yang melakukan cabutan bertuah tadi. Sebahagian mereka yang bencikan Sejarah membentak tidak setuju dengan keputusan akhir itu.

Jikalau bukan kerana Xiao Liu yang memarahi mereka bagi pihak Adif, pasti lelaki yang mempunyai tahi lalat di tepi bibirnya itu sudah meletak jawatannya sebagai ketua.

Dengan minatnya dalam seni bina dan ukur, Adif berjaya memujuk rakannya dengan mencadangkan mereka membuat tema History Mystery. Mencipta sebuah ruangan yang mengetengahkan peristiwa bersejarah Malaysia.

Untuk keluar, peserta perlu memecahkan misteri berangkai dengan menggunakan petunjuk daripada biodata tokoh sejarawan, susunan peristiwa penting, dan tarikh-tarikh bersejarah.

Manakala untuk kumpulan multimedia and marketing yang mendapat subjek Bahasa sudah tahu apa yang ingin dilakukan mereka. Berkat ketua mereka yang merupakan pengerusi kumpulan debat Bahasa Melayu, Izlyn langsung menetapkan tema mereka sebagai Literary Escape.

Para peserta hanya perlu memadankan kepingan-kepingan gambar dengan peribahasa sesuai yang diletakkan secara rawak. Ahli kumpulannya yang terdiri daripada Taufik, Sarah, dan Uzma tidak membantah dan langsung bersetuju dengan idea ketua mereka.

Yang terakhir adalah kumpulan logistik yang diketuai oleh Tengku Naufal dan mendapat subjek Sains sebagai tema utama.

Sukar untuk mereka menjana idea tentang apa konsep yang sesuai untuk bilik bertemakan Sains. Namun mereka beruntung kerana ada Awani di dalam kumpulan tersebut.

Hanya gadis nerd itu sahaja yang berasa teruja apabila mendapat subjek kegemarannya. Dia kemudian mengusulkan sebuah idea tentang permainan yang boleh dicipta mereka kurang dari sepuluh minit. Dan konsep yang dicipta Awani diberi nama Mad Scientist's Lab.

Mereka akan mencipta sebuah makmal sains yang akan diletakkan sebuah tangki dengan makhluk misteri di dalamnya. Awani mereka sebuah situasi di mana seorang saintis gila telah menjalankan eksperimen terhadap alien berbahaya. Dan tangki tersebut mengandungi bahan kimia aneh yang bakal meletup pada bila-bila masa.

Untuk menghentikan eksperimen tersebut, para peserta perlu mengenalpasti jenis bahan kimia di dalam tangki. Petunjuk dan nota akan disertakan pada papan putih beserta lakaran eksperimen. Dengan menggunakan petunjuk, para peserta perlu mencari cara untuk menstabilkan reaksi kimia tersebut sebelum masa tamat.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now