BAB 56

17 2 1
                                    

SEPANJANG Awani bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Haji Osman, ini tahun kedua dia datang pada hari festival sekolah mereka.

Jika tidak kerana kelas mereka mengadakan projek escape room ini, mungkin tahun ini juga Awani tidak hadir.

Pada hari yang meriah begini, tanpa kelas, tanpa buku, dan tanpa uniform sekolah, pastinya menjadi sesuatu yang disukai para pelajar. Namun bagi Awani, dia tidak tahu mahu berbuat apa. Tanpa peneman, dirinya hanya berjalan di sekitar kawasan sekolah sambil menunggu waktu festival tamat. Disebabkan itu Awani tidak lagi datang ke festival sekolahnya selepas di tingkatan satu.

Tetapi tahun ini, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Awani akhirnya mempunyai sesuatu untuk dibuat ketika hari festival. Dia diberi tanggungjawab untuk memantau peserta di bilik Sains seperti sesi test-run tempoh hari. Awani tidak keberatan. Kerana dia lebih suka bertugas daripada menikmati festival sekolah itu seorang diri.

Lagipula, sepanjang tiga jam dia menjadi pemerhati, gelagat dan reaksi para peserta yang hadir agak mencuit hati Awani.

"Wah! Ada alien! Sebijik macam dalam movie!"

"Akak, itu alien betul ke tipu? Kenapa nampak macam hidup?"

"Alah Awani, kitorang ni budak kelas Ekonomi! Mana faham pasal bahan Kimia ni semua! Tolonglah kami!"

"Tak boleh ke kita pecahkan je tangki tu?"

Dan bermacam lagi kerenah para peserta apabila masuk ke bilik Sains.

Ada yang bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan teka-teki, ada yang lebih berminat dengan alien di dalam tangki, dan tidak kurang juga yang cuba mendapatkan berita sensasi tentang Alfi.

Ya, ada di antara pelajar perempuan yang mencuba escape room ini semata-mata kerana Alfi.

Memandangkan lelaki itu disuruh Khairul untuk menjadi promoter dan menggunakan muka tampannya untuk menarik perhatian pelajar, jadi ramai yang datang kerana lelaki itu. Rasanya lebih dari sepuluh orang bertanya kepada Awani jika lelaki itu sudah mempunyai kekasih atau yang meminta nombor telefon Alfi.

Namun soalan yang membuatnya berkerut kening adalah apabila Awani ditanya begini.

"Akak dengan Abang Alfi couple ke?"

Soalan apakah itu?

Couple?

Dengan Alfi?

Nauzubillah min zalik!

Bukan sahaja couple itu berdosa, Awani pun tak ingin nak memadu kasih dengan lelaki kerek dan gila kuasa seperti Alfi!

Minta dijauhkan sejauh planet Neptun dari bumi!

Apabila mendapat soalan begitu, Awani langsung menjawab "Tak." tanpa berfikir panjang. Lalu dia menukar topik perbualan dengan menyebut berapa masa yang tinggal. Setakat ini, teknik itu berkesan kerana mereka menjadi gelabah dan terus melupakan Awani dan soalan panas tadi.

Meskipun Awani agak jengkel ditanya begitu, namun ia tidak menjejaskan emosinya sama sekali. Dia masih bersikap profesional dan meneruskan tugasnya seperti biasa.

Sehinggalah, jam loceng waktu rehat berbunyi.

"Awani, kau dah boleh tukar shift dengan Amir. Jom kita pergi rehat."

Itu suara Zunirah yang menjengukkan kepala dari pintu keluar ruangan.

Awani mengangguk kecil sebelum mengemas mejanya yang terdapat cop, pen, dakwat, dan rekod masa peserta. Ditinggalkan semua barang itu untuk digunakan oleh Amir untuk masa kedua nanti.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now