BAB 51

24 3 3
                                    

TENGKU Naufal meneguk ludahnya kelat.

Entah salah apa yang dilakukannya, setelah mereka selesai berbincang tentang pembahagian kumpulan dan bersurai, Alfi menahannya dengan wajah ketat.

Dia ada tersalah cakap ke sewaktu perbincangan tadi?

Setahunya, Alfi tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dia memberikan cadangan. Memandangkan prop team mempunyai tugas yang paling mencabar, Tengku Naufal mencadangkan mereka mempunyai lebihan ahli.

Atau mungkin Alfi tidak berpuas hati kerana Tengku Naufal melantik dirinya sendiri menjadi ketua kumpulan logistik?

Berbagai macam telahan telah bermain di fikiran Tengku Naufal. Dia sungguh bingung kenapa dia ditahan oleh si ketua kelas. Jarang sekali dia menimbulkan masalah sehingga Alfi mahu bertemu empat mata dengannya.

Oh no, jangan cakap di nak ajak by one?

"Aku nak usya kereta kau. Awani kata kereta kau lagi selesa dari kereta aku. Aku nak tahu kalau itu fakta atau auta." Ucapnya sambil berpeluk tubuh.

Tengku Naufal yang tadinya gemuruh melepaskan keluhan lega. Sangkaannya salah sama sekali. Ia tiada kena mengena dengan hal perbincangan projek mereka dan hanya hal peribadi. Syukurlah.

Tapi kenapa tiba-tiba?

"Awani ada cakap apa-apa ke pasal kereta aku?" Soalnya dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

Awani Safiah.

Gadis yang tidak bergaul dengan pelajar lain dan banyak menyendiri. Namun begitu, diamnya Awani mempunyai isi. Apabila mendengar nama itu, orang lain akan berfikiran sama.

Oh, budak nerd tu.

Tapi bukan dengan Tengku Naufal.

Gadis itu mendapat tempat istimewa di hatinya. Dan dia ingin tahu apa yang dikatakan gadis bermata empat itu kepada lelaki berwajah sugul di hadapannya.

"Awani kata dia lebih prefer kereta kau dari kereta aku. Katanya kereta kau ada plushie." Lelaki yang berketinggian 181cm tu berpeluk tubuh dengan bibir yang cemberut.

Hati Tengku Naufal dipagut rasa gembira kerana mendengar pengakuan Awani dari mulut Alfi. Kerana dirinya yang sering memberi tumpang kepada Awani, dia sentiasa memastikan keretanya bersih dan wangi.

"Betullah tu. Kereta aku memang ada plushie. Nak tengok ke?" Pelawa Tengku Naufal dengan senang hati.

Alfi mengangguk mantap dan mengikuti langkah kaki Naufal dari belakang. Model kereta Honda Civic Type R berwarna hitam itu diamati tanpa berkedip mata.

Cemburu.

Hanya itu yang dirasai Alfi ketika meneliti kereta yang gah tersebut.

"Kau racing pergi sekolah ke apa Fal? Bawa touring car camni. Tak boleh bawa kereta yang humble sikit? Sakit mata aku tengok kereta kau ni. Jatuh market aku." Sinis Alfi yang hanya dibalas Tengku Naufal dengan tawa halus.

Faham maksud Alfi kerana dia juga menjadikan kereta sebagai satu simbol kejantanan.

"Ini kereta abang sepupu aku yang lama. Dia pelumba kereta jadi bila dia beli model kereta baru, dia bagi yang lama ni dekat aku. Hadiah hari jadi kononnya." Jelas Tengku Naufal sambil menekan butang kunci keretanya untuk membuka pintu yang terkunci.

Menguak pintu kereta Tengku Naufal di bahagian penumpang hadapan, Alfi melabuhkan punggung di kerusi dan mula menganggumi kenyamanan kereta tersebut.

Mencium bau haruman mawar dari freshener yang tergantung di cermin, ia sudah cukup membuktikan betapa romantiknya lelaki bernama Tengku Naufal Haziq Bin Tengku Harris itu. Freshener tersebut juga berbentuk bunga mawar dengan ditaburi glitter emas. Entahlah mana dia dapat gantungan unik tu, mungkin custom made.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now