BAB 60

12 2 2
                                    

KHAIRUL berjalan di belakang bangunan sekolah. Mata meliar untuk mencari kelibat pelajar yang mungkin bersembunyi. Pen di tangan ditekan dan ditutup berulang kali.

Sepanjang bulan puasa, para pelajar beragama Islam diminta untuk berada di surau untuk menjalankan aktiviti Tilawah Al-Quran. Hanya pelajar yang bukan beragama Islam sahaja dibenarkan berada di kafeteria. Sementara para pengawas ditugaskan untuk meronda seperti biasa.

Tetapi Khairul yang merupakan pengawas berpangkat tinggi mempunyai tugasan lain.

Iaitu menangkap pelajar yang ponteng puasa.

“Tahun ni tak jumpa pulak geng-geng Amirul. Dah tukar port ke?” Bicara Khairul yang tidak melihat sekumpulan pelajar lelaki 5 Seni yang suka melepak di belakang bangunan blok D.

Kakinya memutar arah ingin kembali ke blok C. Namun kemudian, dia terdengar suara bisikan halus dua orang manusia yang sayup-sayup kedengaran.

You nak buka puasa dengan I tak weekend ni?” Itu suara seorang pelajar lelaki.

“Buka puasa dekat mana?” Sahut suara lembut milik seorang pelajar perempuan.

Kening Khairul bertaut rapat. Bulan puasa pun ada yang bercinta?

Kaki Khairul menukar arah ke hujung bangunan. Suara itu datang dari tangga yang terletak di tepi blok. Sengaja dia meredam bunyi tapak kasutnya supaya tidak mengejutkan dua manusia yang masih rancak berbual.

You nak makan dekat mana?” Tanya lelaki itu balik.

“Hm... I tak kisah mana-mana janji bukan dekat mamak.” Gadis itu membalas manja.

“Kenapa tak nak mamak? Mamak sedaplah! I selalu lepak situ dengan kawan-kawan I.”

“Eww, I gelilah dengan mamak! Yakin ke makan dekat situ bersih? Halal?”

“Alah, mamak pun muslim jugak. Mestilah bersih dan halal!”

Semakin lama dia mendengar, semakin geli Khairul dibuatnya. Tahu pula si Amirul ni kedai mamak tu kedai muslim dan halal. Habis dia mengayat anak dara orang bulan puasa ni tak kira pula halal haram.

Puas mendengar, Khairul akhirnya memunculkan diri dari bawah tangga.

“Hah! Korang buat apa berdua-duaan dekat sini? Buat maksiat?!” Jerkahnya sambil bercekak pinggang.

Kedua pelajar itu terkejut beruk.

Pelajar perempuan di sebelah Amirul direnung sejenak. Sekali pandang Khairul kenal pelajar itu adalah Balqis, pelajar tingkatan 4 Ekonomi. Khairul selalu mendengar khabar tentang gadis itu yang agak liar dan sering bertukar kekasih.

Balqis bangkit berdiri dari duduknya. Bahasa badan gadis itu terlihat seperti ingin melarikan diri namun segera dihalang oleh Khairul.

“Jangan nak lari, Balqis! Aku ingat muka kau!” Jari ditunjuk pada wajah gadis tersebut.

Balqis mula kecut perut.

Ditangkap oleh Khairul tidak ubah seperti ditangkap khalwat oleh JAIS. Lelaki itu bukan hanya pengawas biasa yang boleh dilawan balik. Tetapi lelaki itu adalah Syed Khairul Hamidi Bin Syed Khairil! Ketua pengawas mereka! Lelaki yang digeruni seisi sekolah!

Sementara Balqis sudah pucat lesi, Amirul yang masih duduk di tangga mencerlun tajam ke arah Khairul.

“Kau ni potong line betullah! Kitorang cuma berbual je! Tak ada pegang-pegang tangan buat maksiat! Kau yang tiba-tiba datang fitnah kitorang!” Amirul membela diri.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now