"ALAH Awani, bagitahulah siapa lelaki tu?"
Awani mula menyesal bertanyakan soalan tadi kepada Zunirah.
Gadis itu mula mendesaknya untuk memberitahu identiti lelaki yang disyaki menyukai Awani. Lelah dengan pujukan dan rayuan Zunirah, dia akhirnya memberi jawapan.
"Kau tak kenal pun. Lelaki tu jiran sebelah rumah aku." Awani tipu sunat.
Dia kemudian menyibukkan diri memasukkan alat tulis ke dalam bekas pensel. Mereka sudahpun selesai dengan kelas Pendidikan Islam dan kini hendak kembali ke kelas.
Jawapan Awani mengundang cebikan di bibir Zunirah.
"Cis, anak jiran rupanya! Aku ingat classmate kita tadi. Baru aku nak ship korang!" Dengus Zunirah kecewa.
Kening Awani bercantum menjadi satu.
"Ship? Ship yang kapal tu? Kenapa kau nak kapalkan aku dengan dia?" Tanya Awani tidak tahu tentang slang remaja terkini.
Zunirah terkekeh dengan pertanyaan Awani. Terlupa pula dia bahawa gadis itu bukanlah seseorang yang berminat dengan dunia hiburan musik.
Kalau K-pop pun Awani tak tahu, apatah lagi pasal ship. Awani ni memang baka rare di abad-21.
"Itu slang untuk dua orang yang kita nampak serasi. Contoh aku ship kau dengan Alfi sebab aku rasa korang berdua ni sepadan. Selalu bergaduh macam kucing dan anjing. Comel!" Seru Zunirah bagaikan peminat yang melihat dua artis yang disukainya berinteraksi.
Awani yang sedang menutup zip menjadi kaku.
Fuh, nasib baik dia rahsiakan identiti Alfi tadi. Kalau tak...
Mampus!
"Ish, tak naklah aku dengan Alfi tu! Dia macam kau dengan Kamal lah! Kau pun tak suka bila orang padankan kau dengan dia, kan? Macam tulah aku dengan Alfi! Tak ngam!" Bangkang Awani mati-matian.
Kenapalah orang ingat bergaduh macam anjing dan kucing tu comel?
Dorang tak tahu ke hati Awani selalu panas bila bertikam lidah dengan Alfi. Kalau Awani ni seekor kucing, dah lama dia cakar muka kerek Alfi tu!
Menyampah!
Zunirah mengerucutkan bibir. Alah, Awani memang suka Alfi ke? Siap samakan dia dengan Kamal lagi.
Walaupun dua orang tu diibaratkan seperti pasangan merpati sejoli, tapi kalau tuan badan kata tak suka, takkan dia nak paksa? Zunirah pun tak suka kalau orang padankan dia dengan Kamal.
"Okaylah. Aku tak ship dah kau dengan Alfi. Tapi kalau suatu hari nanti kau berubah hati, kau kena janji aku orang pertama yang kau bagitahu." Zunirah tersengih. Jari kelingking dikeluarkan.
Awani melepaskan keluhan berat.
Jari kelingkingnya dikaitkan dengan jari Zunirah. Sekadar cukup syarat supaya gadis itu tidak lagi membangkitkan topik tidak berfaedah ini.
Awani berharap ini bakal menjadi kali terakhir dia mendengar perkataan crush.
"Aku janji."
.
.
.
ALFI melamun jauh.
Dia masih cuba memikirkan tentang kejadian yang berlaku kebelakangan ini.
Sejak Awani mempersoalkan tingkahnya yang tidak normal, Alfi mula bermuhasabah diri. Atau bak kata orang Barat, self-conscious.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』