AWANI memeriksa laci mejanya sekali lagi. Walaupun sudah lima kali dia mencari, tetap sahaja dia tidak jumpa apa yang dia nantikan.
Kepala diangkat dengan raut muka kecewa.
“Tahun ni dia tak hantar pula. Dia pindah sekolah ke? Atau dia lupa?” Gumam Awani sendirian.
Sejak matanya celik, Awani dibuat tertanya-tanya apa agaknya hadiah yang bakal diterima dari pemberi misteri itu tahun ini. Tetapi apabila dia jenguk ke bawah meja, isinya kosong. Tiada hadiah mahupun kad yang diletakkan di situ.
Awani melepaskan keluhan kecil. Cuma ada tiga kemungkinan kenapa dia tidak dapat sebarang hadiah tahun ini.
Pertama, si dia sudah berpindah sekolah.
Kedua, si dia terlupa.
Atau yang ketiga, si dia sudah tidak sukakan Awani.
Antara ketiga-tiga itu, jawapan terakhir adalah yang paling masuk akal bagi Awani.
Mungkin orang tu dah tak suka Awani lepas tengok perangai dia yang selalu naik angin sejak jadi penolong ketua kelas? Atau mungkin disebabkan khabar angin tentang hubungan dia dan Alfi?
Entahlah Awani tak tahu.
Yang Awani tahu, dia kecewa.
Sedang dia melayan perasaan, Awani tidak sedar ada seseorang yang berjalan menghampiri dari arah belakang.
Sosok tersebut berhenti melangkah apabila dia sudah berada beberapa sentimeter dari Awani. Lalu badannya dibengkokkan sedikit. Dengan suara halus, orang itu berbisik di tepi telinga si gadis.
“Happy birthday, Awani.”
“Ekkk!” Awani melompat dari kerusi.
Meremang dan berdiri bulu romanya apabila ada suara seorang lelaki yang tiba-tiba berbisik di tepi telinga.
Awani menoleh ke belakang. Mahu memarahi sesiapa sahaja yang berani menakutkannya. Namun belum sempat lidahnya bertutur, mulut Awani dikunci rapat.
Sosok lelaki tinggi dengan senyuman manis itu tidak asing di mata Awani. Tetapi apa yang berada di tangannya yang membuat mata Awani terbuntang luas.
Sekuntum bunga mawar. Sekotak coklat.
Dan sekeping kad.
Mata Awani naik untuk melihat wajah itu kembali.
“Apa... Apa semua ni?” Tanya Awani keliru.
Lelaki itu mendengus kecil. Mengerti dengan apa yang dirasai Awani.
Satu tapak dia melangkah mendekat. Awani hanya terpaku berdiri. Menanti apa yang ingin dilakukan lelaki tersebut.
Apabila mereka hanya berjarak sekaki, lelaki itu membawa bunga mawar tersebut ke bibir. Dihidu bau wangi haruman segar yang menguar. Namun matanya tepat menembus mata Awani disebalik bingkai kaca.
Bibir merah muda lelaki itu merekah membentuk senyuman tampan.
“May you have a blessed birthday, Awani. From your secret admirer.”
Bunga itu dijauhkan dari muka. Kini tiada lagi yang menghalang pandangan Awani. Ditatap wajah cerah lelaki tersebut dengan mulut terbuka.
Peminat rahsianya.
Tengku Naufal.
.
.
.
“CUT!”
Awani membuat huruf T dengan kedua tangannya.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』