BAB 61

14 2 0
                                    

KHAIRUL mendengus rimas.

Beberapa hari ini, dia merasakan dirinya seperti dipermainkan.

Sejak kejadian dia menegur Amirul dan Balqis tempoh hari, gadis junior itu sering dijumpainya sedang berbual dengan pelajar lelaki lain di tempat-tempat yang berbeza.

Hari ini di taman Sains, esok di bawah pokok berdekatan padang, lusa di gelanggang badminton. Yang paling membuatnya gerun, Khairul pernah menjumpai gadis itu bersama tiga orang pelajar lelaki di sebuah bilik kelab yang pintunya dikunci.

Nasib baik dia mendengar gelak ketawa Balqis ketika membuat rondaan ketika itu. Jika tidak, entah apa yang bakal dilakukan mereka di dalam sana. Khairul bukannya hendak bersangka buruk, tetapi lebih baik mencegah daripada mengubati.

Dan hari ini, sekali lagi dia menemui Balqis bersama seorang pelajar lelaki berwajah baru di tempat letak kereta.

Ketika dia tiba, Khairul melihat tangan pelajar lelaki itu sudah merayap di pinggang Balqis ketika mereka duduk bersebelahan. Segera dia mencegah keduanya daripada terus bermaksiatan.

“Balqis! Kau ni tak serik-serik ke! Berapa kali aku pesan jangan duduk berdua-duaan dengan lelaki! Bahaya!” Marah Khairul yang sudah hilang sabar.

Namun gadis itu hanya tersengih tidak bersalah. Bagaikan tidak terkesan dengan herdikan Khairul.

“Alah, Qis cuma berborak je dengan dorang. Abang yang fikir kami buat benda bukan-bukan. Tak boleh ke Qis berkenalan dengan lelaki?” Balqis membuat muka sedih.

Khairul melepaskan keluhan berat.

Aish! Makin ditegah, makin dibuatnya!

“Bukan tak boleh, tapi jangan duduk berduaan dekat tempat sunyi macam ni. Kalau kau nak berbual, duduk ramai-ramai, ajak kawan. Barulah tak ada yang gatal tangan.” Leter Khairul letih.

Balqis mencebikkan bibir apabila dia dileteri.

Namun hatinya suka apabila Khairul menunjukkan keprihatinan tentang keselamatannya walaupun dalam bentuk bebelan.

“Tapi kawan saya pun lebih suka lepak dengan pakwe dorang waktu rehat. Jadi saya sorang je takde peneman. Kalau abang tak suka saya duduk dengan lelaki lain, apa kata abang je yang teman saya borak? Saya sunyilah, bang.” Rungut Balqis manja.

Khairul meraup mukanya kasar.

Ya Allah, penatnya bercakap dengan orang yang tak faham bahasa!

Perbualannya bersama Balqis sewaktu rehat tadi hampir sahaja membuatnya menghentakan kepala ke dinding. Jika setiap hari dia dihadapkan dengan situasi begini, boleh botak kepalanya nanti.

“Khai, kau okay tak ni? Dari tadi asyik mendengus je. Kena sampuk saka harimau ke?” Kamal muncul entah dari mana dan menepuk bahu rakannya.

Khairul mendongakkan kepala. Wajah Kamal ditatap lama.

“Selama ni aku ingat kau cuma buat-buat sengal, tapi hari ni aku sedar kau memang sewel.” Tutur Khairul tidak berlapik.

Kamal menjentik dahi jendul Khairul kuat.

“Ini makan dia!”

“Ack! Sakitlah, Mal!”

Kedua rakan baik itu mula bertekak mulut.

Taufik yang terganggu tidurnya membuka mata. Dilihat dari pandangan matanya yang kabur, Khairul dan Kamal saling menjentik dahi masing-masing.

“Hey... Apa korang tengah main ni?” Tegurnya sembari menguap kecil.

Khairul dan Kamal yang dahi masing-masing sudah merah berpaling ke arah Taufik.

“Fik, kau tengok Khai ni! Dia kutuk aku sengal!” Adu Kamal mencebik.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now