BAB 49

59 4 3
                                    

ALFI dan Awani berjalan pulang ke kelas selepas mesyuarat bersama guru penolong kanan HEM yang berlangsung hampir sejam itu selesai.

Sebaik sahaja mereka tiba di kelas, mereka dikerumuni oleh rakan sekelas yang tertanya-tanya kenapa pemimpin kelas mereka dipanggil. Alfi yang rimas kerana dikelilingi rakan-rakannya yang heboh itu mula menjerit marah.

“Diam semua! Balik tempat masing-masing sebelum aku tulis nama korang dekat buku pemantauan!” Jerkahnya lantang.

Seisi kelas mencicit lari bagaikan tikus ketakutan ke kerusi mereka semula. Awani yang juga dihujani dengan pelbagai soalan bersyukur dengan tindakan tegas Alfi.

Lelaki itu berjalan ke arah meja guru lalu berpeluk tubuh menghadap seisi kelas. Mereka semua nampak tidak sabar mahu mendengar apa yang bakal disampaikan Alfi. Awani pula mengambil tempat di belakang lelaki itu. Menunggu ketua kelasnya mula bermukadimah.

“Korang tau kan bila tarikh festival sekolah kita?” Soalnya yang dibalas dengan anggukan dari beberapa kepala.

Alfi tersenyum puas sebelum menyambung.

“Festival sekolah kita akan diadakan tiga minggu dari sekarang. Tapi tahun ni ada kelainan dari tahun lepas.” Ucapan Alfi mengundang tanda tanya besar bagi pelajar 5 Sains yang mula berbisik-bisik.

Ada yang berasa teruja, ada yang masih keliru, dan tidak lupa juga yang merasa gusar.

Namun segala persoalan mereka terjawab apabila Alfi kembali bersuara.

“Tahun ni, setiap kelas diminta untuk sediakan satu event untuk meriahkan hari festival nanti sebab sekolah kita akan ada VIP dari luar.”

Sebaik sahaja Alfi selesai berujar, beberapa rakan mereka sudah mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan.

Kamal yang paling laju mengangkat tangan diberi peluang untuk bercakap oleh Alfi.

Event macam mana tu? Macam kita buat game ke?” Dia menelengkan kepalanya bingung.

“Yup. Itu salah satu idea yang kita boleh buat. Tapi selain game, kita boleh buat persembahan, exhibition, food booth, dan apa-apa sahaja yang menarik minat pelawat.”

“Jadi kita boleh buat persembahan drama jugak ke?” Sarah pula bertanya dan Alfi mengangguk mengiyakan.

Wajah Sarah bertukar teruja. Dia yang merupakan ahli kelab persembahan theater sangat suka berlakon. Jika mereka dibenarkan membuat persembahan, dia dulu akan menawarkan diri untuk menjadi pelakon utama.

Yes! Jom kita buat persembahan drama! Kita boleh buat lakonan semula Highschool Musical!”

Objection! Aku nak buat food booth!”

Idea Sarah ditentang Uzma yang mendapat jelingan tajam dari gadis berkelip rambut rama-rama itu.

“Korang ni tak kreatif lah! Benda yang paling orang suka mestilah rumah hantu!” Celah Amir yang mendapat sorakan setuju dari Kamal di belakangnya.

Taufik yang mendengar idea tersebut bergedik ngeri. Dia sangat tidak suka dengan hal-hal berunsur seram dan lemah semangat jika bercerita tentang makhluk ghaib.

Penolong Ketua Kelas [OG]Where stories live. Discover now