AWANI dapat merasakan pipinya memanas. Matanya tidak mampu melihat ke atas. Hanya menekur sebiji kek di depannya. Tertera tulisan berangkai ‘happy birthday Awani’ di atas kek itu dengan krim berwarna merah.
Sebaik sampai di laman belakang rumah Alfi, Awani dikejutkan dengan kehadiran rakan-rakan sekelasnya yang masing-masing memakai topi hari jadi. Terdapat sebuah meja panjang dengan pelbagai jenis makanan di tengah-tengah laman. Namun yang menarik perhatian Awani adalah dua biji kek di atasnya.
Awani yang terpinga-pinga kemudian ditarik oleh Zunirah agar duduk di kerusi bersebelahan Tengku Naufal di hujung meja. Tengku Naufal hanya memberinya senyuman kecil sebelum Awani mendengar mereka mula menyanyikan lagu selamat ulang tahun.
Mendengar namanya dan nama Tengku Naufal disebut, fahamlah Awani apa yang sedang berlaku.
Ini adalah majlis kejutan hari jadi untuk mereka!
Berbanding terkejut, Awani lebih kepada malu. Dia segan apabila menjadi pusat perhatian. Terlebih lagi apabila dia melihat Alfi sedang merakam video menggunakan telefon bimbitnya. Tersengih-sengih lelaki itu melihat Awani yang tersipu-sipu malu di sebelah Tengku Naufal. Andai tiada orang lain di sekitar, pasti sudah dirampas alat persegi tersebut dari tangan lelaki itu. Tiada pilihan, Awani akhirnya menundukkan kepala dan berharap nyanyian itu berakhir dengan segera.
Bunyi tepukan gemuruh bergema di telinga Awani apabila rakan sekelasnya telah selesai bernyanyi.
"Happy birthday, Awani! Semoga kau dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, berjaya dunia akhirat, dan jadi anak yang solehah!" Ucap Zunirah yang berdiri di sisi kiri Awani.
Gadis itu mendongakkan kepala. Senyuman tipis terlakar di bibir. Walaupun malu, Awani tetap gembira dengan ucapan sahabatnya.
"Terima kasih, Zu."
"Sama-sama kasih!" Zunirah tersengih lebar.
Dia kemudian memberi tumpuan pada lelaki di sebelah Awani.
"Kau pun sama, Fal. Aku doakan kau berjaya dunia akhirat, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh dan sentiasa kacak!"
Zunirah memberi satu kenyitan mata dengan kedua tangan yang membuat gaya pistol kepada Tengku Naufal.
Lelaki itu tertawa halus. “Terima kasih, Zu.”
Setelah Zunirah memberi ucapan, Adira pula mencelah dari sisi kanan Tengku Naufal.
"Selamat ulang tahun, Awani. Maaf, saya tak tahu birthday awak jatuh hari Khamis minggu lepas. Kalau saya tahu, mesti saya wish awal-awal." Wajah gadis itu jelas tercetak raut kekesalan.
Awani menggelengkan kepalanya laju.
"Eh, takpe. Aku memang tak pernah bagitahu siapa-siapa. Aku sendiri pun tak tahu bila birthday kau. Jadi fair and square lah, kan?" Pujuk Awani serba-salah.
Adira tersenyum kecil.
"Kalau macam tu, saya bagitahu birthday saya pula. Birthday saya-"
"Weh, korang! Tak habis lagi ke berborak tu? Bila nak makan kek ni?"
Suara Uzma yang merengek lapar mengganggu perbualan mereka berdua.
Awani menoleh ke arah gadis itu. Dilihat Uzma sudah memegang pinggan kertas dan garfu plastik di tangannya. Tampak tidak sabar untuk menjamah kek di atas meja. Awani kemudian memandang Tengku Naufal yang duduk di kerusi bersebelahannya. Lelaki itu turut sama memandang Awani. Tanpa bersuara pun, keduanya mengerti apa yang bermain di fikiran masing-masing.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』