BAB 64

15 2 0
                                    

KAU nak ke, kau tak nak ke, kau kena datang juga. Kalau aku tak nampak batang hidung kau esok, aku seret kau dari rumah.”

Awani mengerutkan dahi.

Dia ni nak ajak berbuka ke nak ajak bertumbuk? Bukan main kasar lagi bahasa mamat ni.

“Iya, tahu. Aku dah kata kan aku datang? Aku pergi dengan Naufal nanti. Dia dah janji nak tumpangkan aku.” Balas Awani jengah.

Beberapa hari lalu, Alfi mengajak seisi kelas untuk berbuka puasa bersama di restoran yang menyediakan menu steamboat dan grill.

Jika sebelumnya Alfi tidak memaksa mereka untuk menghadiri majlis amal tersebut, tetapi kali ini Alfi tidak menerima sebarang alasan untuk tidak hadir. Katanya ini bakal menjadi Ramadan terakhir mereka menyambut bersama. Jadi dia mahu meraikannya dengan berbuka puasa beramai-ramai.

Tetapi Awani rasakan Alfi sebenarnya hanya mahu makan steamboat dengan harga lebih murah jika mereka berkongsi duit.

Apa-apapun, Awani bersetuju untuk ikut pada tahun ini setelah menolak ajakan Alfi tahun lepas. Kalau dia tidak mahu datang pun Alfi akan menyeretnya pergi. Silap besarlah Awani asyik menumpang kereta Alfi balik rumah. Kan sekarang lelaki tu dah hafal alamat rumah dia.

“Ohhh, pergi dengan Naufal eh. Dah pandai dah kau sekarang cari peluang nak berduaan dengan lelaki. Aku ingat kau ni tak reti nak bercinta. Rupanya diam-diam dah masuk line.” Usik Alfi di hujung talian.

Awani yang tidak mengerti maksud dari lelaki itu semakin bertambah kedutan di dahi. Dia merepek apa ni?

“Apa kau cakap ni? Aku bukan pergi berdua dengan Naufal. Dia pun tumpangkan Adira sekali sebab satu hala. Itulah, orang bulan puasa ni kumpul pahala, kau kerja kumpul dosa je! Dahlah, aku nak masak berbuka ni. Bye!” Talian diputuskan sepihak oleh Awani.

Bercakap dengan Alfi ni boleh buatkan dia dapat penyakit darah tinggi!

Awani kembali pada kerja mengacau kuah laksa yang tergendala kerana panggilan Alfi.

Menu berbuka hari ini cukup ringkas. Hanya laksa utara, kuih-muih yang dibeli dari bazaar dan agar-agar pandan buatan Awani. Setiap hari berbuka nasi pun jemu juga. Jadi papa memintanya untuk membuat laksa pula.

Ketika Awani hendak merasai kuah tersebut dengan hujung lidah, dia dikejutkan dengan bunyi deringan telefon sekali lagi.

“Tsk. Mamat ni nak apa lagi?” Rungut Awani rimas.

Sudu diletakkan ke tepi. Awani mencapai telefon bimbitnya yang ditinggalkan di atas meja. Tanpa melihat nama pemanggil, Awani langsung menekan ikon hijau pada skrin telefonnya.

Sebaik sahaja talian bersambung, Awani menyembur orang di seberang.

“Kau nak apa lagi ni, Alfi?! Aku dah kata kan aku datang esok?! Kau ni tak faham bahasa Melayu ke? Nak aku speaking english?! Ke kau nak aku cakap Mandarin?!” Herdik Awani geram.

Ada jeda di hujung talian.

Lalu sebuah suara lembut menyahut.

“Awani tahu bahasa Mandarin ke?” Tanya orang tersebut cukup kagum.

Awani tersentak. Itu bukan suara Alfi!

Dia menjauhkan gajet tersebut dari telinga sebelum memeriksa nama pemanggil. Bulat mata Awani apabila mendapati orangnya adalah Tengku Naufal.

Arghhh, salah orang! Jerit Awani dalam hati.

“E-Eh, Naufal! Hahaha, takdelah. Aku cuma bergurau je tu. Geram dengan Alfi sebab asyik telefon untuk ingatkan aku supaya datang esok.” Awani ketawa hambar sambil mengetuk kepalanya dengan kekura.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now