BAB 59

13 2 0
                                    

NOTA kecil di tangan dibaca Awani sepintas lalu. Setelah memastikan semua barang sudah diambil, dia menoleh ke arah Tengku Naufal yang berada di sisi yang memegang troli.

“Rasanya semua barang dah ada. Jom kita pergi bayar.” Ajak Awani pada lelaki itu.

Tengku Naufal mengangguk kecil. Barang yang dibeli Awani tidaklah terlalu banyak. Namun untuk seorang gadis berbadan keding sepertinya, pasti Awani akan kesusahan mengangkat semua bahan masakan itu nanti.

Sambil berjalan menuju kaunter pembayaran, Tengku Naufal membuka topik perbualan.

“Sahur tadi makan apa?” Tanyanya rambang.

“Nasi dengan lauk ayam masak kicap, sambal udang, dan sayur campur.” Jawab Awani menyenaraikan setiap lauk yang dimasaknya.

“Wah, makan nasi eh. Family aku tak berapa suka makan nasi waktu sahur. Jadi kami makan spaghetti je.”

“Wow, spaghetti! Bolognese atau carbonara?”

Neither. Kami makan oglio olio. Haha.” Gelak Tengku Naufal geli hati.

Awani ikut tertawa kecil apabila jawapan yang diberikan Tengku Naufal lain daripada yang ditanya.

Seketika kemudian, Awani teringat akan sebuah jenaka yang berkaitan dengan spaghetti yang pernah didengarnya. Dia sudah tersengih sebelum mula bercerita.

“Bercakap pasal spaghetti, aku pernah dengar sorang budak ni tak reti sebut oglio olio. Nak tahu tak dia sebut apa?” Tanya Awani memancing minat Tengku Naufal.

“Apa?”

“Ugly oreo.”

Terburai ketawa Tengku Naufal dengan lawak Awani yang ringkas namun cukup menggeletek hati. Gadis bermata empat itu ikut tergelak kerana terjangkit dari tawa Tengku Naufal yang meriah.

“Ugly- Haha! Ugly oreo? Hahaha!” Tengku Naufal menutup mulutnya dengan badan bergetar menahan tawa.

Awani di sampingnya hanya terkekeh suka kerana lawaknya berjaya.

Dia mendengar jenaka itu ketika sedang berbelanja barang dapur beberapa bulan lalu. Awani yang sedang memilih sayur terdengar perbualan di antara seorang ibu dan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur lima tahun.

“Umi, abang nak makan ugly oreo.”

“Ugly oreo? Apa tu?”

Alah, yang umi buat hari tu! Yang ada sosej tu!

Ohhh, oglio olio! Hahaha! Ugly oreo pun boleh!

Awani yang menguping ikut tertawa mendengar perbualan lucu pasangan ibu dan anak tersebut.

Kini, setiap kali dia mendengar atau melihat nama oglio olio, pasti otaknya akan terfikir tentang apa yang diucapkan kanak-kanak tersebut.

Puas ketawa, mereka kembali pada tujuan asal menuju kaunter pembayaran. Tengku Naufal membantu Awani membawa beg plastik yang terisi barang dapur. Manakala gadis itu menolak troli kosong keluar dari pasaraya.

Setelah masuk ke dalam kereta, Awani menghadap Tengku Naufal. Sedang lelaki itu sedang menghidupkan enjin kereta, Awani bersuara.

“Terima kasih banyak Naufal sebab teman aku beli barang dapur. Kalau takde kau, tak berbuka aku malam ni.” Seloroh Awani separa serius.

Tengku Naufal tersenyum tipis.

“Sama-sama kasih.” Balasnya singkat.

Ikutkan hati mahu sahaja Tengku Naufal berkata, ‘jangankan beli barang dapur, nak beli satu pasaraya ni pun boleh’ tapi dia masih ada muka yang perlu dijaga. Tak mahulah dia nanti dicop gila oleh Awani.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now