"KAU beli apa?"
Awani menoleh. Mahu memberitahu Alfi apa yang dibelinya.
Tetapi badan Awani menjadi kaku. Wajah Alfi hanya sejengkal dari mukanya. Hampir sahaja hidung Awani berlaga dengan pipi Alfi jika tidak kerana dia lebih pantas menjauhkan kepala.
Bahaya!
"Halal gap!" Marah Awani dengan pipi yang panas.
Walaupun itu Alfi, tetap sahaja dia ajnabi. Rasa malu menyerang Awani apabila mengingat betapa dekat jarak mukanya dengan lelaki itu tadi.
Alfi hanya tersengih tidak berdosa. Melompat juga jantung dia bila Awani tiba-tiba berpaling. Ludah diteguk dalam. Meredakan detak jantungnya yang kencang.
Alfi berdehem sekali.
"Sorry. Aku cuma nak tau, kau beli apa untuk Naufal?" Alfi kembali pada topik perbualan.
Awani menghela nafas panjang. Menghalau rasa aneh yang bertandang di dada. Dia cuma terkejut. Itu sahaja. Jangan fikir bukan-bukan.
Beg kertas di tangan dibuka. Memaparkan sebuah kotak bersaiz kecil di dalamnya. Alfi ikut menjenguk isi beg tersebut.
"Jam?" Teka Alfi.
Awani menggeleng.
"Perfume. Mahallah nak beli jam. Aku tak cukup bajet. Ini pun harga dia dah dekat tujuh ratus." Celoteh Awani dengan muka berkerut.
Pewangi yang dipilihnya adalah pewangi yang paling mendapat sambutan tahun ini. Bleu De Chanel dari jenama terkenal Chanel. Telan liur juga Awani ketika dia hendak membayar harga pewangi tersebut.
Tak pernah-pernah dia keluarkan duit sebanyak itu selama 17 tahun dia hidup. Tetapi kerana itu adalah hadiah untuk Tengku Naufal, dia nekad dengan pembeliannya.
Pun begitu, Awani masih berasa gusar.
"Alfi, kau rasa Naufal suka tak hadiah ni? Macam mana kalau dia rasa hadiah ni murah? Patut ke aku beli hadiah lain?" Soalnya bertubi-tubi.
Alfi berdecak lucu.
Kalau Awani bagi Tengku Naufal perfume lima ringgit dari pasar malam pun, Alfi yakin lelaki itu akan tersenyum hingga ke telinga. Apa sahaja hadiah yang diberikan Awani, pasti akan disukai Tengku Naufal.
Itulah penangan orang kemaruk cinta.
"Naufal tu tak macam golongan bangsawan lain. Dia tak pandang berapa harga hadiah kau. Janji hadiah tu kau bagi seikhlas hati. Hadiah ni ikhlas untuk Naufal, tak?" Tanya Alfi balik.
Awani mengangguk laju. Mestilah ikhlas!
Ini kali pertama dia belikan hadiah untuk orang lain selain mama dan papa. Awani siap buat research lagi apa hadiah untuk lelaki tahun ini. Tengku Naufal pula tak beritahu hadiah apa dia mahu.
Lelaki itu hanya berkata,
"Aku cuma nak kau wish birthday aku. Tak kisah bila. Asalkan aku dengar dari mulut kau sendiri. Boleh kau tunaikan hajat aku?"
Dan Awani langsung setuju tanpa berfikir dua kali.
Tetapi sebagai seorang insan yang masih mengenang budi, Awani tahu ucapan selamat sahaja tak cukup. Dia perlu memberikan sesuatu kepada Tengku Naufal. Jadi kerana itu Awani mengambil inisiatif meminta bantuan Alfi menemaninya membeli hadiah.
Alfi juga lelaki. Jadi dia pasti tahu hadiah apa yang sesuai untuk lelaki. Alfi pun sepertinya setuju dengan pemilihan hadiah ini.
Menghembus nafas lega, Awani memandang Alfi.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』