BAB 55

17 2 2
                                    

AWANI menghembuskan nafas lega.

Setelah kumpulan terakhir selesai memecahkan teka-teki eksperimen kurang daripada sepuluh minit berkat bantuan Tengku Naufal, akhirnya test-run mereka pun tamat.

Khairul kemudian memanggil mereka supaya berkumpul untuk melakukan mesyuarat. Sebarang penambahbaikan dan cadangan boleh disuarakan untuk perubahan terakhir escape room mereka.

"Setakat ni, aku rasa semua bilik tak ada masalah. Cumanya, teka-teki untuk bilik Bahasa tu agak susah. Ini kali pertama aku dengar peribahasa seperti katak disimbah air, cacing hendak menjadi naga, umpama ayam beranak itik, dan bagai anjing menyalak di ekor gajah." Ujar Khairul menatap Izlyn.

Gadis itu tersenyum senget dengan kata-kata Khairul.

Dia sememangnya sengaja meletakkan peribahasa yang jarang didengar dan digunakan dalam kehidupan seharian untuk escape room mereka.

Tidak mencabarlah kalau mereka hanya menggunakan peribahasa yang sama sahaja seperti anjing dengan kucing, katak di bawah tempurung, bagai murai tercabut ekor, dan berpuluh lagi peribahasa yang umum. Peribahasa yang jarang didengar pun perlu diperkenalkan kepada masyarakat.

Bagi Izlyn, dia menggunakan escape room itu sebagai platform untuknya menyebarkan ilmu baharu dalam khazanah sastera.

"Sebab aku tahu susahlah aku letak requirements para peserta cuma perlu susun 6 daripada 10 peribahasa untuk keluar. Kalau aku minta cari semua, rasanya tak ada satu kumpulan pun yang lulus." Jelas Izlyn dengan wajah kecewa.

Kalau diikutkan hati, sebenarnya Izlyn tidak mahu memberi kelonggaran tersebut.

Dia ingin melihat berapa ramai peserta yang mampu mencari kesemua peribahasa yang diletakkan di sekitar bilik Bahasa. Sekaligus menguji tahap pengetahuan para pelajar dan orang awam tentang bahasa kiasan.

Namun kerana ahli kumpulannya menggesa Izlyn supaya mengubah syarat permainan, terpaksalah dia menurut kehendak majoriti.

"Tapi kalau ada yang mampu selesaikan semua teki-teki macam mana?" Bidas Adira pula selaku penolong ketua projek.

Izlyn mengorak senyuman lebar dengan pertanyaan Adira.

Dia menoleh ke arah Awani di sisi kirinya. Pergelangan tangan gadis itu dipegang lalu cop khas di tangannya ditunjukkan pada seisi kelas.

Berbanding cop di bilik lain yang mempunyai lakaran satu bintang besar, cop khas di tangan Awani bercorak lima bintang kecil. Menandakan hanya yang berjaya keluar dengan melengkapkan setiap teka-teki sahaja yang layak mendapat cop tersebut.

Apabila Izlyn melihat dua jenis cop yang berbeza bilangan bintang itu, sebuah idea terlintas di kepalanya.

"Aku cadangkan siapa yang dapat selesaikan semua peribahasa di bilik Bahasa akan dapat cop khas dengan tiga bintang. Hadiahnya kupon percuma lima ketul nugget ayam Marrybrown. Kita boleh jadikan kupon ni sebagai tricky prize untuk peserta yang mampu selesaikan semua teka-teki peribahasa."

Cadangan Izlyn menggamit perhatian rakan sekelasnya yang merasakan idea tersebut cukup menarik. Bahkan ahli kumpulannya juga seperti pertama kali mendengar idea tersebut.

Mereka mula membincangkan tentang pros and cons cadangan Izlyn sebelum akhirnya seisi kelas sepakat memberi kata setuju. Khairul selaku ketua projek juga tidak keberatan untuk mengusulkan idea tersebut kepada pihak penaja.

Awani yang hanya menjadi pendengar tidak kalah kagumnya dengan idea bernas gadis bertocang kuda itu.

Walaupun dia tidak gemarkan nugget, tetapi dia tahu ramai yang sukakan makanan segera tersebut. Dan Awani yakin objektif mereka untuk menghabiskan setiap baucar dan kupon tidak lagi kedengaran mustahil.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now