SEPTEMBER.
Bulan kesembilan daripada dua belas bulan dalam kalender Gregorian.
Pada bulan ini, banyak perkara yang akan berlaku. Keputusan peperiksaan percubaan SPM, sambutan hari kemerdekaan, ujian lisan bertutur Bahasa Melayu, dan sebagainya.
Namun ada satu lagi keistimewaan pada bulan ganjil ini kepada Awani.
Iaitu hari jadinya yang ke-17.
Tanggal hari lahir Awani jatuh pada 12 September. Bermakna hanya berbaki seminggu sebelum tarikh keramat itu tiba.
Kebiasaannya, Awani akan menyambut ulang tahunnya secara kecil-kecilan bersama papa dan mama. Namun firasat Awani mengatakan akan ada kelainan pada tahun ini.
Dan dia sudah dapat meneka apa puncanya.
"Birthday kau hari Khamis depan kan?"
Inilah orang yang bakal menterbalikkan dunia Awani seratus lapan puluh darjah.
Bibir Awani tanpa sedar menguntum senyum. Dia memutar kepala ke arah insan yang bertanyakan soalan tersebut. Siapa lagi orangnya selain ketua kelas 5 Sains yang kerek itu.
Alfi si poyo.
"Mana kau tau?" Tanya Awani curiga.
Selama dia bersekolah di sini, hanya ada seorang sahaja yang tahu pasal hari jadi Awani.
Setiap tahun Awani akan menerima hadiah dari seseorang yang diletakkan di bawah meja. Dia akan mendapat sebuah kad ucapan bersama sekotak coklat dan sekuntum bunga. Namun tahun lalu Awani turut menerima hadiah sehelai tudung selendang.
Tetapi Awani tak tahu siapa orangnya. Hanya perkataan 'your admirer' sahaja yang tertulis.
Sehingga ke hari ini, Awani masih tertanya-tanya siapa agaknya pemberi misteri itu.
"Aku tanya Cikgu Balqis. Kalau tanya kau, sampai habis sekolah pun kau tak nak bagitahu, kan?" Teka Alfi dengan tepat sekali.
Awani tersenyum sinis. Pandai pun.
Alfi mengeluh kecil. Awani adalah gadis paling pelik yang pernah dia kenal.
Kalau Alfi menunjukkan minat terhadap seseorang, pasti mereka sudah terkinja-kinja dan melompat teruja terutamanya perempuan. Tapi Awani? Kalau boleh dia tak nak beritahu pun nama sebenar dia dekat Alfi.
Kadang-kadang Alfi pun tak tahu siapa yang lebih kerek. Dia ke Awani.
"Kau ada buat birthday party tak?" Alfi kembali kepada topik asal.
Awani menggeleng.
"Takde. Aku sambut dengan family aku je. Intimate party." Jawab Awani laju. Tak mahu Alfi mempunyai idea lain.
Bukan boleh percaya mamat tu. Silap haribulan, birthday intimate pun dia nak join. Muka Alfi tu dah setebal tembok besar China.
Alfi mengusap dagu tajamnya. Dia masih punya akal waras. Majlis hari jadi tak sama dengan rumah terbuka hari raya. Ia lebih sentimental dan bermakna. Jadi Alfi faham jikalau Awani hanya mahu menyambutnya bersama orang terdekat.
Tetapi Alfi nak juga sambut hari jadi Awani.
Dia nak tengok muka Awani ketika dinyanyikan lagu selamat ulang tahun. Pasti perempuan tu malu bukan kepalang. Atau merasa canggung dan cringe. Atau mungkin Awani menangis?
Alfi tak tahu dan dia nak cari tahu. Kalau Awani menangis, bolehlah dia ambil gambar dan jadi modal menyakat gadis itu nanti.
"Hm... Kalau macam tu..." Alfi meliarkan pandangan mata ke sekitar ruangan kelas.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』