ALFI bercekak pinggang dengan muka bengis. Tiga orang gadis itu dijeling tajam. Terutamanya gadis bertudung ungu bernama Hazwa itu. Panas sahaja hatinya apabila mendengar Awani dihina semasa ingin melangkah masuk ke dalam kelas beberapa detik lalu.
Awani dikatakan beria?
Tidak sedar diri?
Tak sesuai digandingkan dengannya?
Hah, lawak!
Kalau mahu dibandingkan antara langit dan bumi, Awani itu yang sebenarnya langit sementara mereka bertiga adalah bumi!
Siapa yang tidak berpijak di dunia nyata sekarang ni?
"Seronok ya korang jadi pembuli? Mentang-mentang Awani tu nerd, budak skema, korang serang dia! Dah rasa diri tu hebat sangat nak tindas orang lain? Korang datang sekolah nak tuntut ilmu ke nak jadi gangster?!" Jerkah Alfi tanpa bertapis.
Syamimi yang berdiri berhadapan Alfi terasa ingin menangis.
Bayangkan lelaki yang disukainya memarahi dia dan rakan-rakannya kerana bersikap tidak matang. Malunya bukan kepalang. Walaupun bukan Syamimi yang melontarkan kata-kata kesat, tetap sahaja dia dikira bersubahat. Dirinya hanya memerhati dari samping dan tidak berani mencelah Hazwa yang merendahkan Awani.
Perbuatan Hazwa hanya terhenti apabila Alfi muncul secara tiba-tiba dari arah belakang.
Syamimi geram!
Geram dengan Hazwa yang bermulut lancang.
Geram kerana dia tidak menghentikan Hazwa sebelum kedatangan Alfi.
Geram kerana dia dimarahi oleh lelaki yang disukainya.
Ini semua salah Hazwa!
"Sudah, Alfi. Jangan malukan dorang lagi."
Suara tenang Awani menarik perhatian mereka berempat.
Kesemua menoleh untuk melihat gadis itu yang berpeluk tubuh di sisi Alfi. Wajahnya tampak lelah dan jengah. Mungkin rimas dengan semua drama yang dicipta oleh mereka.
Alfi menghadap si gadis.
"Kau maafkan dorang macam tu je? Lepas dorang dah hina kau?" Alfi menunjukkan muka tidak berpuas hati.
Awani melepaskan keluhan kecil.
"Hina apanya kalau aku tak faham apa dorang cakap?" Tanya Awani balik.
Kening Alfi bertaut rapat.
"Kau tak faham? Dorang hina kau ni terhegeh-hegeh dengan aku! Tak sesuai bergandingan dengan aku! Maksudnya kau tak layak jadi pasangan aku!"
"Betullah apa dorang cakap. Kita memang tak setaraf. Lagipun, kenapa aku kena sesuai dengan kau? Aku tak nak digandingkan dengan kau pun. Lagi jauh beza kita, lagi aku suka." Awani berujar selamba.
Alfi pula yang tercengang mendengarnya.
"Apa maksud kau?"
Awani mengendahkan Alfi.
Dia kemudian memandang tiga sekawan itu dengan senyuman tipis di bibir. Wajah bingung mereka terasa lucu di matanya. Pandangan Awani kemudian jatuh kepada Hazwa yang mukanya pucat lesi itu.
"Saya tak tahu kenapa awak rasa tercabar dengan saya. Tapi kalau ini disebabkan Alfi, saya nak bagitahu yang saya sejujurnya tak nak pun terlibat dengan lelaki poyo ni. Setiap hari saya berdoa semoga Allah jauhkan saya dari Alfi. Kalau boleh, sejauh matahari dengan planet Pluto. Kalau awak rasa saya berbohong, sekarang juga saya buat pengakuan."
Awani berpaling menghadap Alfi.
Mata hitam lelaki itu ditatap tanpa berkedip. Awani menarik nafas dalam. Dalam satu lafaz, dia meluahkan perasaannya disaksikan oleh Syamimi, Hazwa, dan Umi.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』