“DAH settle?”
Khairul keluar dari tempat persembunyiannya selepas melihat Balqis berlalu pergi.
Meskipun dia meminta bantuan Zunirah, tetap sahaja Khairul berasa bimbang. Gadis seperti Balqis itu tidak boleh dijangka. Silap haribulan, boleh bercakaran mereka berdua.
Namun syukurlah Balqis masih ada sekelumit perasaan gentar terhadap Ustazah Azean. Jika tidak, Khairul pasti gadis itu masih akan berdegil.
“Yup. Dah settle. Lepas ni kau tak payah risau pasal budak tu. Aku berani jamin dia tak akan berani buat hal lagi.” Janji Zunirah.
Khairul tersenyum lega.
“Thanks, Zu. Kau dah selamatkan aku dari si Balqis tu. Aku terhutang budi sangat dengan kau. Kalau kau ada apa-apa permintaan, kau cakap je. Aku akan tunaikan.” Tawar Khairul yang ingin membalas jasa gadis tersebut.
Zunirah mengibar tangannya perlahan. “Alah, takde apalah, Khai. Benda kecil je. Lagipun memang tugas aku untuk tolong kau sebagai penolong.” Tolaknya sopan.
“Mana boleh macam tu. Benda kecil pun hampir seminggu juga aku kena hadap. Tapi kau dapat selesaikan dalam sehari je. Aku betul-betul nak balas jasa baik kau, Zu.” Khairul berkeras.
Keluhan terlepas dari bibir Zunirah. Nampaknya Khairul akan terus memaksa sehingga dia berkata setuju.
Puncak hidungnya yang terasa gatal digaru. Cuba memikirkan jika ada apa-apa yang boleh dia minta dari Khairul. Dilirik wajah lelaki itu yang sedang menunggu dengan penuh harap.
Kalau ada sesuatu yang dia boleh minta dari Khairul...
Jari Zunirah berhenti menggaru. Anak matanya melihat ke kiri dan ke kanan. Memastikan tiada manusia lain di sekitar mereka. Setelah yakin ia selamat, barulah Zunirah bersuara.
“Aku tak nak minta apa-apa dari kau. Tapi aku cuma nak tanya satu soalan, boleh?”
“Satu soalan je? Kau nak tanya apa?” Kening Khairul terjongket kehairanan.
“Tapi sebelum tu kau kena janji dengan aku apa yang kita cakap dekat sini habis sini. Kau tak boleh bagitau orang lain. Kalau kau mungkir janji, aku tak nak bercakap dah dengan kau lepas ni!” Ancam Zunirah serius.
Khairul meneguk ludahnya kelat.
Seriau pula dengan wajah Zunirah yang tegang itu. Serupa nak telan orang.
“Okay, aku janji. Apa yang kau nak tanya?” Soal Khairul semula.
Zunirah menarik nafas dalam. Lalu dihembus perlahan. Mencari kekuatan dan keberanian untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Taufik ada crush dekat sesiapa tak?” Zunirah bertanya dalam satu nafas.
Khairul mengernyit.
“Taufik? Kau tanya pasal Taufik?” Ulang Khairul inginkan kepastian.
Dia tak salah dengar ke?
Zunirah mengangguk mengiyakan.
Khairul terdiam seketika.
Dia memandang Zunirah yang sedang bermain dengan jari-jemarinya sambil menekur tanah. Umpama anak dara sunti yang bertemu dengan pujaan hati.
Hm?
Pujaan hati?
Mata Khairul membulat besar.
“K-Kau suka Taufik?!”
.
.
.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Dla nastolatków𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』