Nusyirah isteri yang sempurna. Wajahnya lembut, bicaranya sopan, senyumannya manis, dan tindak-tanduknya sentiasa terjaga. Hidupnya kelihatan bahagia, disayangi suami, dan dikelilingi kemewahan. Mereka yang memandang dari luar hanya mampu berbisik sesama sendiri, memuji betapa beruntungnya Nusyirah mendapat lelaki seperti Fatteh.
Namun, di sebalik senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya, tiada siapa tahu bahawa setiap senyum itu adalah topeng. Satu kepura-puraan yang dia terpaksa pakai untuk menyembunyikan kebenaran sebuah kehidupan yang lebih menyerupai penjara.
Nusyirah memandang ke luar tingkap rumah agam mereka. Di luar, burung-burung berkicauan, membawa rasa kedamaian yang dia tahu hanya ada di luar sana. Rumah itu terlalu besar, terlalu sunyi, dan dia sering merasa keseorangan di dalamnya.
"Kau buat apa dekat sini?" Suara Fatteh memecahkan lamunan Nusyirah. Dia berdiri di ambang pintu, merenung isterinya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan antara benci dan kehampaan.
Nusyirah tersentak sedikit, namun segera menundukkan wajahnya, seperti biasa. "Saya tengok luar, bang."
"Tengok luar?" Fatteh melangkah perlahan mendekati Nusyirah, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. "Untuk apa? Rasa terkurung ke dalam rumah ni?"
Nusyirah menggigit bibir. Setiap pergerakan Fatteh membuatkan dia merasa seperti ada gelombang ketakutan yang menyelinap ke dalam tubuhnya. "Tak, bang. Saya cuma... suka tengok luar. Damai."
Fatteh tersenyum sinis. "Damai? Kau ingat hidup kau ni damai?" Dia menghampiri Nusyirah dengan langkah yang tenang, tetapi penuh ancaman. Tangannya yang besar menggenggam dagu Nusyirah dengan kasar, memaksa wajahnya untuk menatap ke arahnya.
"Damai tu tak ada dalam hidup kau, Nusyirah. Ingat tu."
Wajah Nusyirah terasa perit dipegang begitu, tetapi dia tetap diam. Dia sudah biasa dengan ugutan sebegitu.
"Tak puas hati dengan aku?" bisik Fatteh, wajahnya makin dekat dengan wajah Nusyirah. "Cakap! Kau tak puas hati ke hidup dengan aku?"
Nusyirah menggeleng lemah. "Tak, bang. Saya tak ada apa-apa masalah."
Fatteh melepaskan cengkamannya dengan satu tolakan kecil, membuatkan Nusyirah hampir jatuh. "Bagus. Ingat kau cuma patung dalam rumah ni. Patung yang ikut cakap. Faham?"
Nusyirah mengangguk. Dia sudah terlalu biasa dengan arahan itu. Apa saja yang Fatteh mahu, dia ikut. Bukan kerana cinta, tetapi kerana takut. Fatteh bukan sekadar suami. Dia adalah pembuli yang telah merampas segala rasa kebahagiaan dari hidupnya. Di hadapan orang ramai, Fatteh adalah lelaki sempurna, suami contoh. Tetapi di sebalik pintu rumah ini, Fatteh adalah raksasa yang setiap hari mencari alasan untuk menyakitinya.
“Buat apa lagi kat sini? Pergi siapkan makanan aku.” Fatteh beralih arah, melangkah menuju ruang tamu. Suaranya dingin dan tak ada sekelumit rasa kasih.
Nusyirah menarik nafas perlahan, kemudian segera menurut. Setiap arahan daripada Fatteh baginya adalah perintah yang tidak boleh ditentang. Di dapur, dia mula menyiapkan makanan dengan pantas. Tangannya terketar-ketar sedikit, mungkin kerana terlalu banyak berfikir. Dia tahu, jika makanan itu tidak sempurna, Fatteh tidak akan teragak-agak untuk melayangkan satu tamparan ke mukanya.
Tiba-tiba, dia terdengarter bunyi kerusi yang digeret kasar di ruang makan. Fatteh sudah duduk, menunggu dengan mata yang tajam. Nusyirah mempercepatkan kerjanya, berharap semuanya akan berjalan lancar tanpa insiden.
Makanan dihidangkan di meja. "Ini, bang. Saya dah siapkan semuanya."
Fatteh memandang makanan itu tanpa sebarang ekspresi, lalu mencapai garpu dan mula menyuap. Nusyirah menunggu dengan degupan jantung yang semakin kencang. Dia tahu apa yang akan datang. Seperti biasa, ada sesuatu yang tidak kena.
"Ini apa?" Suara Fatteh kedengaran. Garpunya terhenti di tengah-tengah udara.
“Makanan, bang. Saya masak ayam goreng abang...” Nusyirah menjawab perlahan, cuba meredakan kegelisahan dalam hatinya.
Fatteh membaling garpunya ke atas meja dengan kuat, menyebabkan Nusyirah terkejut. “Ayam goreng? Kau ingat aku nak makan sampah macam ni?”
Hatinya bergemuruh. Nusyirah menggenggam apron di tangannya, cuba mengawal diri daripada menangis. "Maaf, bang... saya ingat abang suka ayam goreng ni."
"Kau ingat? Kau ingat aku suka benda ni?" Fatteh bangun dengan kasar, memegang pinggan yang diisi penuh makanan tadi. Tanpa amaran, dia membaling pinggan itu ke arah Nusyirah, menghentam dadanya dengan kuat sehingga dia terjatuh ke lantai.
"Sampah!" jerit Fatteh, matanya berkilau dengan amarah. “Kau tak pernah buat apa yang betul. Tengok diri kau tak guna, tak layak jadi isteri!”
Nusyirah terbaring di lantai, tubuhnya terasa sakit akibat hentaman itu. Tetapi yang lebih menyakitkan adalah kata-kata Fatteh yang terus-menerus menghancurkan setiap rasa yang tinggal di hatinya. Air matanya mula mengalir, tapi dia tahu Fatteh tidak akan peduli.
“Bang...” Nusyirah cuba bersuara, suaranya tersangkut-sangkut di celah tangisan. “Saya... minta maaf.”
Fatteh ketawa sinis. "Kau ingat dengan minta maaf, semua akan selesai? Bodoh!"
"Diam! Jangan menangis depan aku!" Fatteh menengking, tangannya yang besar menghayun ke arah Nusyirah, menampar pipinya dengan kuat. Nusyirah terjatuh ke lantai, terhuyung-hayang dari kesan tamparan itu.
Saya... minta maaf, bang," bisiknya, teresak-esak.
Dia berbalik dan berjalan keluar dari ruang makan tanpa menoleh lagi. Nusyirah tinggal sendirian di lantai, cuba mengumpul kekuatan untuk bangun.
Hatinya hancur setiap kali Fatteh melayannya sebegitu, tapi dia tak ada tempat lain untuk pergi. Seperti selalu, dia akan diam dan menanggung. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang akan tahu. Dia terperangkap dalam neraka ini, dan tiada jalan keluar.
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃
RomanceNusyirah, seorang wanita muda yang dulunya penuh harapan, kini terperangkap dalam perkahwinan yang dipenuhi dengan penderitaan dan kekejaman. Suaminya, Fatteh, yang pada mulanya kelihatan sempurna di mata keluarga dan masyarakat, ternyata menyimpan...