Nusyirah melihat penampilannya di cermin sebelum melangkah keluar dari rumah. Dia bekerja di bakeri milik kawan baiknya nadia.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, suara mak cik-mak cik dari sebelah rumah tiba-tiba menarik perhatiannya.
“Dengar tak pasal Nusyirah tu? Dulu, suami dia pun bukan main baik, sekarang entah apa jadi,” seorang mak cik berkata dengan nada mengejek.
“Betul, katanya dia pun terlibat dalam kes dera. Nasiblah,” sahut mak cik yang lain.
Nusyirah terhenti seketika. Walaupun dia sudah bersiap untuk menghadapi dunia luar, kata-kata mak cik-mak cik itu seperti satu tamparan. Dia menggigit bibir, menahan air mata daripada mengalir.
“Eh, kau tak dengar ke? Dia tinggal dengan kawan baik dia sekarang. Tak tahu malu langsung,” sambung mak cik yang lain, ketawa sinis.
“Kalau aku jadi suami dia, aku pun akan marah. Lagipun, sekarang dia mengandung tah tah tu dia mengandung anak orang lain sebab tu suami dia pukul dia. Tak tahu malu betul!” mak cik pertama menambah, nada suaranya penuh dengan sindiran.
Nusyirah menggigit bibir, seolah-olah ada yang mencucuk-cucuk hatinya. Anak luar nikah, curang? Dia tak sangka ada orang berfikir sampai ke situ.
“Biar diorang bercakap. Aku tak peduli,” Nusyirah berbisik kepada diri sendiri, menyusun langkahnya ke arah bakeri.
Apabila sampai di bakeri, aroma roti dan kuih-muih menyambutnya. Nadia sedang menguli adunan di sudut dapur, dan melihat Nusyirah, dia tersenyum lebar.
“Syirah! Kau datang awal hari ini!” Nadia menyapa dengan ceria, tidak menyedari kerisauan yang terukir di wajah Nusyirah.
“Ya, Nad. Macam biasa,” jawab Nusyirah, cuba menahan perasaannya.
Nadia menghampiri dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. “Eh, kau okay ke? Wajah kau nampak lain,” tanya Nadia, mengerutkan dahi.
“Tak apa. Cuma terdengar mak cik-mak cik kat luar mengumpat,” Nusyirah menjawab, suaranya perlahan.
“Oh, itu biasalah. Biarkan je diorang. Yang penting kita kerja, kan?” Nadia memberikan dorongan sambil membantunya meletakkan apron.
Nusyirah mengangguk, berusaha membuang perasaan negatif yang menyelubungi hatinya. Mula-mula, mereka berdua bekerja dalam suasana yang ceria, membuat pelbagai jenis roti dan pastri. Namun, suara mak cik-mak cik itu masih menghantui fikirannya.
Sambil menguli adunan, Nadia perasan Nusyirah kelihatan tidak bersemangat. “Syirah, cuba kau cerita. Apa yang mengganggu fikiran kau?”
Nusyirah berhenti sejenak, menatap sahabatnya. “Kadang-kadang aku terfikir, adakah orang akan pandang aku sama seperti diorang? Aku teruk sangat ke?”
“Syirah, kau tak teruk kau baik sangat. Apa yang terjadi bukan salah kau. Ingat, orang tak tahu kisah sebenar. Kau hanya perlu fokus pada diri dan bayi,” Nadia mengingatkan dengan lembut.
“Susah, Nad. Susah nak buang semua fikiran ni. Kenapa diorang tak boleh faham?” Nusyirah meluahkan perasaannya, air mata hampir menitis.
Nadia menghampiri dan memeluk Nusyirah. “Aku tahu ia sukar. Tapi kita akan hadapi semua ini sama-sama. Ini bukan akhir dunia. Kita masih ada masa untuk buktikan yang kita boleh.”
Nusyirah menarik nafas panjang, cuba mengumpul kembali keyakinan yang hilang. “Terima kasih, Nad. Aku harap aku boleh jadi ibu yang baik untuk anak ni.”
“Bersama kita akan jadi ibu yang hebat. Jom, kita sambung kerja. Roti ni takkan siap sendiri,” Nadia tersenyum, mengalihkan perhatian Nusyirah.
___________________________________
Ni first Story yang saya tulis dan, saya akui bahawa ia tidak sempurna. Gaya penulisan saya mungkin tidak sehalus atau sekuat penulis yang lebih berpengalaman, dan terdapat banyak aspek yang boleh diperbaiki. Saya sedar bahawa jalan cerita mungkin tidak cukup menarik atau mempunyai elemen yang membangkitkan minat pembaca.
Saya berharap pembaca dapat memahami bahawa ini adalah proses pembelajaran bagi saya. Saya belajar daripada setiap kesilapan dan pengalaman yang terkandung dalam karya ini. Walaupun mungkin terdapat kekurangan, and kalau nama watak dalam cerita yang saya tulis ni sama dengan cerita lain. Saya minta maaf sebab saya bab ² pilih nama ni memang takde idea langsung 🙂
Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan sokongan.
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃
RomanceNusyirah, seorang wanita muda yang dulunya penuh harapan, kini terperangkap dalam perkahwinan yang dipenuhi dengan penderitaan dan kekejaman. Suaminya, Fatteh, yang pada mulanya kelihatan sempurna di mata keluarga dan masyarakat, ternyata menyimpan...