Haziq melangkah masuk ke dalam bakeri milik Nadia, aroma roti dan pastri hangat menyambutnya. Dia masih tidak dapat melupakan Nusyirah, terutama setelah mendengar desas-desus tentang keadaannya. Hati Haziq berdebar, bercampur rasa ingin tahu dan risau.
Ketika pintu dibuka, bunyi loceng kecil di atas pintu mengganggu suasana. Nadia, yang sedang menguli adunan, mengangkat kepala dan tersenyum lebar. "Haziq! Tak sangka kau datang!"
"Aku datang nak beli roti. Ada yang baru keluar ke?" Haziq menjawab, cuba menenangkan dirinya. Dalam hatinya, dia berharap dapat melihat Nusyirah.
Nadia mengangguk. "Ada banyak! Tunggu sebentar, aku ambilkan." Dia berpaling dan menyambung kerjanya.
Haziq merapatkan langkahnya ke arah kaunter, memerhatikan suasana bakeri yang penuh dengan warna-warna ceria dan aroma yang menggoda. Dia menanti dengan penuh harapan dan sedikit keraguan.
Dalam beberapa minit, Nusyirah muncul dari bahagian belakang bakeri, membawa dulang berisi pastri. Apabila melihat Haziq, wajahnya terkejut, tetapi sejurus kemudian, dia mengawal ekspresinya.
"Haziq!" Nusyirah menyapa, suaranya sedikit terkejut.
"Aku datang nak beli roti. Lama tak jumpa kau," jawab Haziq, cuba mengekalkan nada biasa walaupun dalam hati dia berdebar.
Nusyirah tersenyum nipis, tetapi Haziq dapat merasakan ada sesuatu yang berbeza. Ketika Haziq cuba meneliti wajahnya, dia terperasan bahawa Nusyirah kini kelihatan lebih berisi, dan ada sesuatu yang lain yang mengganggu fikirannya.
"Nadia cakap, kau kerja kat sini sekarang?" Haziq bertanya, sambil berharap dapat menggali lebih banyak tentang kehidupan Nusyirah.
"Ya, Nad yang ajak aku kerja sini. Lagipun, aku perlu cari rezeki untuk anak ni," jawab Nusyirah sambil mengusap perutnya secara tidak sedar.
Haziq terkejut mendengar kata-kata itu. "Anak? Kau... mengandung?" tanyanya, tidak dapat menyembunyikan keterkejutannya.
Nusyirah hanya mengangguk perlahan, wajahnya sedikit memucat. "Ya, aku mengandung."
Haziq terdiam, fikirannya melayang. "Tapi... Siapa ayah kepada budak ni?" soalnya, rasa ingin tahunya membuak-buak.
"Kau punya soalan pun mestilah anak aku dengan...suami aku," jawab Nusyirah tegas, tetapi ada nada kesedihan dalam suaranya.
Haziq merasa hampa, berasa seolah-olah ada jurang yang semakin jauh antara mereka. " Suami kau yang masuk penjara tu kan."
Nusyirah mengangguk “suami yang mana lagi yang tu lah”
Hati Haziq bergetar mendengar pengakuan itu. "Kiranya kau janda lah sekarang?"
"Iya," jawab Nusyirah dengan suara yang lebih lembut.
Haziq tersenyum kelat namun dalam hatinya gembira pujian hatinya sekarang bukan milik sesiapa, tapi mungkin akan menjadi miliknya nanti ?
Ketika suasana menjadi tegang, Nadia muncul semula, membawa roti yang telah siap. "Haziq, roti ni dah siap! Kau nak ambil berapa?"
"Ambil yang paling sedap, Nad." Dia mengambil beberapa roti dan membayar.
Sebelum melangkah keluar, Haziq menoleh ke belakang, merenung Nusyirah yang duduk di kaunter itu.
Dia masuk ke dalam kereta dengan senyuman lebar, yes kini dia ada peluang untuk dapatkan Nusyirah.
“Wait for me Nusyirah ”
𝐹𝐿𝐴𝑆𝐻 𝐵𝐴𝐶𝐾
Nusyirah dan Haziq sedang duduk di sebuah meja di restoran kecil, suasana riuh rendah dengan bunyi gelas dan suara pelanggan lain. Mereka sering datang ke sini, tempat yang penuh kenangan indah. Namun, hari ini, suasana terasa berat.
Nusyirah menggigit bibirnya, berjuang dengan kata-kata yang ingin diucapkan. Haziq memandangnya dengan penuh harapan. "Syirah, kau nampak gelisah je, kau ok tak ni?"
Akhirnya, Nusyirah menarik nafas panjang, memutuskan untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. "Haziq, aku rasa...aku kena bagitahu kau tentang...," katanya, suaranya perlahan tetapi jelas.
"Ha? Tentang apa? Kau buat aku risau je ni," balas Haziq, mengerutkan dahi.
"Nak tak nak, aku terpaksa putus dengan kau," Nusyirah menyatakan, hatinya bergetar. Dia merasakan semua mata yang memandang ke arah mereka, tetapi dia tidak peduli.
Haziq terdiam, matanya terbuka luas. "Apa? Kenapa kau cakap macam tu? Kenapa tiba-tiba?" dia bertanya, suaranya bergetar antara terkejut dan marah.
"Keluarga Fatteh... mereka mahu aku jadi menantu mereka. Aku terpaksa ikut permintaan mereka," Nusyirah menjelaskan, suaranya semakin lemah.
"Wah, jadi kau lebih memilih mereka berbanding aku? Kau tahu, aku sayangkan kau," Haziq membalas, nada suaranya penuh dengan emosi.
"Ini bukan tentang kita, Haziq. Keluarga aku sudah banyak berhutang budi dengan keluarga Fatteh. Arwah ibu bapa aku sangat baik kepada mereka," jelas Nusyirah, air mata mulai mengalir di pipinya.
Haziq tidak percaya. "Syirah, ini hidup kau! Kita dah bersama 3 tahun tak kan nak sia sia kan macam tu je!" dia berusaha memujuk.
"Ye aku tahu tapi. Aku tak mahu menghancurkan harapan keluarga aku. Mereka sudah berkorban banyak untukku. Aku tak sanggup mengecewakan mereka," Nusyirah menegaskan, suaranya penuh dengan rasa putus asa.
Haziq meraih tangannya, berusaha menahan emosinya. "Tapi, kau tahu ini akan merosakkan hidup kau! Kau akan berkahwin dengan orang yang bukan pilihan hati kau!"
"Aku tahu, tapi aku tak ada pilihan," jawab Nusyirah, air matanya semakin laju mengalir. "Tolong, Haziq... aku minta maaf."
Dia tidak sanggup melihat reaksi Haziq, tetapi dia tahu keputusannya adalah untuk kebaikan semua. Haziq menghela nafas panjang, merasai kepedihan yang menghimpit hatinya.
"Jadi ini keputusan kau? Kau lebih memilih keluarga Fatteh berbanding kita?" dia bertanya dengan nada penuh kecewa.
Nusyirah mengangguk perlahan, tidak mampu menjawab. "Maafkan aku... Aku harap kau boleh faham," katanya sambil mengesat air mata.
Haziq menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari kerusi, wajahnya dipenuhi rasa remuk. "Jika itu yang kau mahu, aku tak boleh paksa. Tapi ingat, kau akan sentiasa tunggu kau," katanya sebelum melangkah keluar dari restoran, meninggalkan Nusyirah dalam kesedihan yang mendalam.
𝐸𝑁𝐷 𝐹𝐿𝐴𝑆𝐻 𝐵𝐴𝐶𝐾....
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃
RomanceNusyirah, seorang wanita muda yang dulunya penuh harapan, kini terperangkap dalam perkahwinan yang dipenuhi dengan penderitaan dan kekejaman. Suaminya, Fatteh, yang pada mulanya kelihatan sempurna di mata keluarga dan masyarakat, ternyata menyimpan...