Satu bulan telah berlalu sejak Fatteh dipenjara. Nusyirah kini tinggal bersama Nadia, kawan baiknya yang telah menawarkan untuk menumpangkan dirinya di rumah.
Nusyirah duduk di tepi katil, merasakan kepalanya berpusing dan perutnya berasa mual. Tanpa berfikir panjang, dia bergegas ke bilik air, menahan diri agar tidak muntah. Di hadapan sinki, dia membongkok dan mengeluarkan semua yang ada dalam perutnya.
Setelah beberapa minit, dia mengangkat wajahnya, merenung diri sendiri dalam cermin. Wajahnya pucat, dan matanya kelihatan lesu. Pelbagai kemungkinan berlegar di fikirannya, termasuk satu yang paling dia takuti adakah dia mengandung?
Dengan langkah perlahan, dia pergi ke dapur, mencari air untuk membilas rasa mual yang masih menghantuinya. Nadia, yang sedang bersiap untuk pergi bekerja, segera menyedari keadaan Nusyirah.
“Syirah! Kau okay ke?” tanya Nadia, memandangnya dengan penuh keprihatinan.
“Tak berapa sihat, Nad. Muntah-muntah,” jawab Nusyirah, sambil menggosok perutnya dengan lembut.
Nadia menghampiri, mencermati wajah Nusyirah. “Eh, kenapa? Kau ada salah makan ke?”
“Entahlah, Nad. Rasa mual je,” jawab Nusyirah, merendahkan kepala, merasai ketidakpastian menyelubungi dirinya.
Tiba-tiba, Nadia teringat sesuatu. “Eh, mungkin kau patut buat ujian kehamilan? Mana tahu…”
Nusyirah terdiam. Dia tidak pernah terfikir ke arah itu, tetapi perasaan dalam hatinya tidak dapat dielakkan.
“Ujian kehamilan?” tanyanya, tidak percaya.
“Ya! Jom kita pergi farmasi. Aku temankan,” Nadia menawarkan dengan penuh semangat.
Setelah bersetuju, mereka berdua pergi ke farmasi terdekat. Nadia terus memilih kit ujian kehamilan yang sesuai, dan Nusyirah merasakan debaran di dalam dadanya semakin kuat. Dalam perjalanan pulang, Nusyirah berasa cemas.
Setelah sampai di rumah, Nusyirah pergi ke bilik air dengan kit ujian di tangan. Dia mengikuti semua arahan dengan penuh perhatian, menunggu keputusan dengan jantung yang berdebar. Rasa cemas memenuhi ruang bilik air, dan tiba-tiba air mata mengalir di pipinya.
Dua garis muncul pada ujian itu.
“Ya Allah...” Nusyirah berbisik, terkejut. Dia... Mengandung.
Dengan langkah goyah, Nusyirah keluar dari bilik air dan memanggil Nadia. “Nadia! Kau ada sini tak?”
Nadia muncul dari ruang tamu, kelihatan bertenaga. “Ada apa, Syirah?”
“Aku... aku mengandung!” Nusyirah menunjukkan ujian itu kepada Nadia, air mata masih mengalir di pipinya.
Nadia terkejut, matanya membulat. “Serius? Ini berita gembira, oh my God aku dah nak jadi Aunti!” Nadia memeluk Nusyirah.
“Tapi... Nad anak yang aku kandung ni... Anak Fatteh,aku tak tahu nak gembira atau sedih,aku mengandung akibat dir*g*l suami aku... sendiri,” Nusyirah berkata, suaranya bergetar ingin menangis.
Nadia melepaskan pelukan dan memandang Nusyirah. “Dengar sini Syirah, dia tetap anak kau Syirah anak hasil daripada perkahwinan korang walaupun..” Nadia tak mampu untuk meneruskan kata-katanya.
“Walaupun daripada hubungan yang aku tidak inginkan,” Nusyirah tersenyum kelat, merasakan perasaannya bercampur baur.
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃
RomanceNusyirah, seorang wanita muda yang dulunya penuh harapan, kini terperangkap dalam perkahwinan yang dipenuhi dengan penderitaan dan kekejaman. Suaminya, Fatteh, yang pada mulanya kelihatan sempurna di mata keluarga dan masyarakat, ternyata menyimpan...