Akhirnya aku patuh. Bukan sebab dia abang aku! Sebab aku rimas selalu paksa aku. Aku sedang di dalam perut kereta milik Aldo. Aku hanya diam. Malas buka mulut. Lagi un aku buat ni sebab terpaksa, kan? Aldo pun ikut diam. Dia fokus memandu. Sudah lama aku tidak masuk kereta ni. Tak silap 2 tahun lepas. Tu un kecemasan.
Aku kena kuatkan diri berdepan dengan ahli keluarga aku. Termaksud Ayah dan Justin. Justin lagi garang dari ayah dan Aldo walaupun dia anak kedua aura dia tu ngeri!.. Tapi aku dah tak pedulikan sangat. Walaupun aku nampak dia garang ada kebencian dia kepada aku. Akulah adik kesayangan dia dulu.
"Jadi betullah kan aku dipaksa masuk family Constanzo sebab business jekan?" Soalku. Tak payah jawab pun aku dah tahu jawapan dia. Lalu dia teragak agak angguk. Bingo. Aku kembali mendiamkan diri sementara sampai ke rumah milik keluarga Constanzo. Aku agak berat hati untuk kesana. Banyak trauma aku disana. Lets just say. Past life.
.
.
.
Aku berdiri di depan rumah mewah itu. Ada banyak perubahan disitu. Sudah lama aku tidak pijak kaki disini. Sejak aku keluar dari rumah. Bukan dihalau. Atau di buang keluarga. Aku yang pilih untuk berambus dari nama family tu.
"So.. Jom masuk. Dorang tunggu." Ujar Aldo dengan perlahan. Aku telan air liur. Perasaan risau disembunyikan. Maklum baru ke rumah selepas 5 tahun. Lama? Ofc! Aku tak nak pun balik sebenarnya.
Kami mula menlangkah ke depan. Kami masuk kedalam rumah. Ruang tamu. Ada satu orang lelaki duduk di atas sofa. Sorang lagi berdiri. Aku kenal siapa. Romeo Veronica. Justin Issaco. Sekarang sudah lengkap adik beradik Constanzo. Jap. Aku masih keluarga orang tua tu ke? Lantaklah.Sunyi.
Tiada siapa nak mulakan bicara. Akhirnya Justin menhembus nafas panjang. Mata dia teralih kearah ku. Aku buat tak layan. Buat apa layan orang kita dah benci, kan?
"Sekarang baru nak balik, huh?" Ujar Justin dengan penuh amarah. Tapi aku tidak langsung ketar ketir. Peduli apa aku? Nak aku tunduk? Takkan! Aku diam dahulu sebelum menjawab.
"Dah korang semak kacau hidup aku? Sekarang mana kertas tu biar aku berambus dari sini secepatnya bau! Bau apa? Bau orang cacat." Ucap aku dengan penuh sindir. Dapat aku lihat muka dua abang itu sedang menahan emosi. Tetapi Aldo santai aje. Sakit hati pula aku tengok! Nak juga dia geram aku. Memang aku nak sakit kan hati dia. Tu tujuan aku kesini.
"Kau relax boleh tak? Memang mulut kau tak ada penapis ke? Tak payah nak marah sangat." Ujar Romeo dengan tidak puas hati. Aku senyum sinis kearahnya. Lalu ketawa kecil.
"Tak de penapislah.. Belikan boleh?" Kataku dengan penuh cabaran. Dia gengam tanganya dengan kuat macam nak tumbuk aku. Betullah apa yang aku katakan?
"Ayah nanti balik. Kau duduk sini tunggu satu jam." Ujar Aldo setelah lama diam. Mata aku sikit terbutang. Satu apa? Satu jam! Kepala dia aku nak tunggu orang tua tu. Baik aku makan ais cream.
"Baik aku duduk dengan khinzir daripada duduk dengan sampah bau macam ni." Ujarku lagi penuh sinis. Takut? Ish mestilah takkan.. Ubah fikiran waktu dekat kereta tu..
"Kau hormat sikit boleh tak? Kitaorang bertiga ni abang kau. Kitaorang lebih tua dari kau." Ucap Justin dengan tegas. Tak suka aku cakap macam tu. Tapi aku suka!
"Berubah eh kau sekarang? Dulu kau tak kurang ajar macam ni... Tula semua sebab kawan luar kau ajar bukan bukan." Kata Romeo. Apahal bangsat ni? Tiba tiba bawa kawan aku pula. Dari dia acah cool.
"Diamlah. Korangkan memang sampah. Buat sakit mata aje pandang. Oh ya.. Mesti suruh aku kembali kat family sampah ni sebab dah jatuh miskin! Kenapa tak jual diri aje? Korang kan ada makwe.. Suruh lah makwe korang tu jual diri. Boleh dia kasih kau duit!" Ujarku dengan sinis lagi. Muka mereka jelas makin emosi. Aku tersenyum sengit. Biar makin mencabar.
"Diego Ignazio Constanzo! Language!" Jerkah Justin. Aku ketawa sinis. Tapi pada masa yang sama aku tak suka dia panggil nama tu.
"Tak payah panggil nama tu. Tak ingin aku dipanggil nama orang tua tu kasih. Aku kan bukan anak dorang. Right?" Balasku. Aku nampak Romeo gengam erat tanganya. Aku tak langsung takut. Nak tumbuk? Tumbuklah. Tapi aku takkan berdiam diri.
"Cukup mak ada dekat rumah ni! Kalau dia dengar macam mana?" Marah Aldo. Orang tua tu ada kat sini? Ingatkan dah kena kubur.
"Hidup lagi orang tua tu? Ingatkan dah mati. Yela dosa banyak.. Mustahil lahkan hidup?" Hina ku. Romeo terus pandang ke arahku dengan tatapan maut.
"Kau jangan berani hina mami!" Tanpa berkata apa apa lagi. terus dia nak tumbuk aku. Aku santai. Tapi dia tak dapat tumbuk aku. Aldo menghalangnya.
"Lepaslah! Kau tak dengar apa budak tu kata! Dia hina mami! Mami Aldo!" Jerkah Romeo. Aku buat muka tak bersalah. Tak de rasa menyesal pun aku katakan hal macam tu. Memang betul apa aku kata. Dia aje yang tak terima. Sayang sangat dengan mami tu. Orang yang aku benci.
"Aku tahu dia hina mak! Tapi jangan cederakan dia! Ayah dah nak balik! Kalau ayah marah macam mana!?" Balas Aldo.
"Biar aje lah Romeo tumbuk budak tu... Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Ucap Justin sinis. Tapi aku tak terkesan. Belum pedas mana perkataan dia.
"Kau ingat aku bodoh macam kau? Aku pun belajarlah langit tu tinggi ke rendah. Bodoh." Ujarku pula. Buat air muka Justin berubah. Puas aku tengok dia marah.
"Kau memang.." Belum sempat justin habiskan ayatnya. Seorang perempuan. Aku kenal! Orang paling sial. Aku harap dia tak ada dekat sini!
"Diego.. Maafkan mak.." Ujar perempuan tua itu perlahan. Tapi aku langsung tidak kasihan. Hati aku sudah tertutup untuk kasihankan wanita tua itu.
Aku diam. Aku tak tahu kenapa. Hati berkata aku patut tak kurang ajar kepada dia. Entahlah.."Diego.. Jom balik ke keluarga ni.. Mummy dengan daddy rindukan kamu.." Sayup sayup suara wanita itu. Mulut aku terkunci. Apa maksud ni! Kenapa aku tak mampu buka mulut! Dia orang yang aku benci kenapa mulut ni terkunci!? Akhirnya aku hanya geleng. Tapi teragak agak. Gugup aku ketika perempuan itu didepan ku. Terus hilang rasa marah itu.
"Diego.. Maafkan mummy sebab dulu buat Diego macam bukan anak sendiri." Ucap wanita itu lagi dengan perasaan menyesal. Aku ketap gigi. Kenapa? Kenapa aku tak mampu caci maki dia? Kenapa!
"Diego dah bahagia dengan kehidupan Diego sekarang." Ujarku perlahan. Kenapa ayat ni keluar dari mulut aku!? Bukan aku nak maki perempuan ni ke?
"Diego.." Perlahan suara perempuan itu. Lalu kepalanya ditundukkan. Aku dapat lihat Romeo marah sebab aku tolak permintaan wanita itu. Kenapa aku rasa bersalah? Ingat. Dorang sakitkan kau dulu!
"Diego. Akhirnya kamu sampai." Suara lelaki tua terdengar di belakang. Pandangan mereka teralih. Lalu kepala ku pusing kebelakang.
Constanzo. Ayah.
FLOWERS🌻
Kali ni full haider punya story.
YOU ARE READING
ELYN ADRIANA | OG
Romance"Perkenalkan aku boyfriend dia."-Tengku Iskandar bulat mata Elyn apabila dengar yang keluar dari mulut Tengku Iskandar.Adam menatap Iskandar dengan santai. "Kau ingat aku percaya?buktikan."-Adam Haider cabar Adam.Apa masalah dorang ni?tiba-tiba Iska...