Tanpa aku sadari sudah 4 hari berlalu sejak kejadian kebenaran tentang diri Haider. Dia tak pernah mesej kitaorang. Nak cuba mesej dia pun segan. Entahlah Kenapa..
Iskandar tak de lansung nak try mesej Haider. Kata dia masih tak boleh terima kenyataan.. Daniel? Aku tak tahu dia buat apa. Bagaikan Haider yang salah sepenuhnya bagi diaorang.
Aku memicit kepala. Terasa pening apabila fikirkan masalah ini. Mata aku teralih ke seorang gadis. Zara. Apahal dia pakai pakaian cantik hari ini? Sejak dia duduk serumah dengan aku.. Perasaan aku ni susah difahamkan. Cinta?
"Kau nak pergi mana?" Soalku kepada gadis itu. Langkah gadis itu terhenti sebaik sahaja mendengar suara ku.
"Aku nak pergi rumah kawan aku. Kitaorang ada buat sleepover." Gugup gugup suara gadis itu membalas. Aku pandang ke anak mata biru milik dia.
"Jantan ke betina?" Soalku lagi. Dia megengam beg tangan miliknya. Mata biru miliknya menatap mata aku yang berwarna hazel. Aku setia menunggu jawapan gadis itu. Hanya terdengar bunyi ligat kipas di atas siling rumah milik aku.
"Pe.. Perempuan." Jawab Zara setelah lama mengucikan mulutnya. Aku mengangkat kening. Terasa ditipukan pun ada. Aku mula memandang ke telefon pintar yang ada di tangannya. Telefon itu masih terbuka. Mata dikecilkan. Nama Riyyan jelas dipaparkan di telefon pintarnya.
Nampak aje mata aku teralih ke telefonnya pantas gadis itu mematikkan telefon miliknya. Dia tipu aku. Dia nak pergi ke rumah jantan tu. Pantas aku bangun dari dudukku.
"Tak boleh, kau tak boleh pergi ke rumah jantan tu." Ujarku dengan tegas. Terus berubah air muka gadis itu.
"Kau tak ada hak halang aku." Balas gadis itu lalu dia menlangkah ke muka pintu keluar. Pantas aku menhalangnya dengan menarik beg tangannya. Terus langkahnya terhenti. Mata kami bertembung. Dia menhembus nafas tidak puas hati.
"Kau ni kenapa? Aku nak keluar dengan kawan aku, Riyyan. Yang kau beria halang aku pahal? Bukannya ada kena mengena dengan kau!" Ujar Zara dengan nada sedikit tinggi.
"Kau memang gatal eh? Dia lelaki kau perempuan. Kau tak boleh ke jaga jarak dengan lelaki, huh?"
"So? Aku tahu dia lelaki! Tetapi dia takkan apakan aku!
Kitaorang dah kawan selama 5 tahun. Kau tak tahu dia!
Jadi stop fikirkan benda tak elok tentang dia atau stop sibuk hal aku. Kau just kawan, kau tak ada hak untuk control aku." Balas Zara dengan suara bergetar. Hati aku sebak. Entah kenapa.."Eh.. Riyyan tu ajak kau untuk tidur kat rumah dia. Kau kata dia baik? Mamat tu tak faham haram dan halal ke? Yang kau back up mamat yang ajak benda tak elok, pahal!?" Ucapku dengan amarah.
"Habis!? Kita ni serumah ni halal ke, sial!? Kau pun sama! Tak jaga jarak dengan aku! Jadi jangan samakan Riyyan dengan kau!" Jerkah Zara.
".. Kau pernah nampak aku buat benda tak baik ke, sial? Kau dengan Riyyan tu siap kongsi minuman. Kau ingat aku tak nampak? Siapa yang tak jaga jarak?" Balasku dengan suara perlahan. Aku cuba menahan untuk tidak meninggikan suara. Gadis itu terdiam.
YOU ARE READING
ELYN ADRIANA | OG
Romance"Perkenalkan aku boyfriend dia."-Tengku Iskandar bulat mata Elyn apabila dengar yang keluar dari mulut Tengku Iskandar.Adam menatap Iskandar dengan santai. "Kau ingat aku percaya?buktikan."-Adam Haider cabar Adam.Apa masalah dorang ni?tiba-tiba Iska...